Kelahiran Pramatang

10hb January 2014 melihat kipas berputar-putar, melihat ibu-ibu yang sudah bersalin dan sedang menyusukan bayi. Comelnya. Ada yang bersalin operation. Aa yang bersalin Normal. Hmmm. Macam mana aku bersalin nanti? Dalam minda ruby dah set kepala yang ruby mesti kena operate. Huhu.

Rutin hari ini, bangun tidur, mandi, makan, makan ubat, tidur, makan, toilet, tidur dan seterusnya. Kena suntikan antibiotik dan Dexamethasone. Suntikan Dexamethasone ni kena 3 kali tau. Tiap selepas 12 jam. Hukhukhuk. Team doktor ala-ala Dr House buat lawatan sehari 3 kali. Pagi, petang dan malam. Tanya air masih keluar? Ya masih keluar doktor. 🙁

11hb January 2014 hari sabtu. hmmm.. InsyaAllah tak bersalin la ni kan. Boleh balik! Yay! Jangan seronok sangat ye. Hahahaha. Jam 10 pagi, contraction mula balik. 1 jam sekali. Baring je la nampaknya. Kemudian jam 4 petang contraction makin kerap. Hukhukhuk. Sakitnya.

Sepanjang mengandung ni memang kerap bersembang dengan baby. Berharap sangat baby bantu ibu memudahkan proses bersalin. Walau terlalu cepat hadir ke dunia. 🙁

Hari Sabtu waktu lawatan tidak lama, kesian suami kena tunggu di luar. Sepanjang ruby berada di hospital. Suami turut ada, tidur dan makannya tidak terjaga kerana risaukan ruby. Kesian dia. Hmm..

Bersalin-Di-Hospital-Selayang

Jam 9 malam contraction makin kerap. Ruby bangun dari katil tanggalkan seluar dalam dan berjalan-jalan paut meja semua. Bila nampak ada titisan darah, baru ruby panggil Nurse. Cleaner hospital pun ada. Makcik tu siap cakap jalan2 dik mudah bersalin InsyaAllah. Lepas tu berjalan panggil nurse di kaunter, nurse datang bersama Doktor untuk cek bukaan. Dah 4 cm. Makanya nurse tolak aku menggunakan kerusi roda ke dewan bersalin. Masa ni memang dah tak fikir apa dah. Nak takut ke nak apa ke. Semuanya hilang. Yang tahu nak keluarkan Adam je.

Mengerang kesakitan bersama suami mempraktiskan teknik pernafasan di dalam dewan bersalin membantu sedikit sebanyak ruby tahan sakit contraction. Bila contraction datang balik, tangan suami digenggam kuat sampai boleh patah le gamaknya. Naib baik baik tangan lelaki ni kuat kan. Hmmm.

12 January 2014. Dah hari ahad. Antara sedar dan tidak sedar. Nak tengok jam kat dinding pun tidak larat. Bilik yang tadinya sejuk gila, kini dah tiada rasa apa-apa. Badan berpeluh-peluh dan sakit makin bertambah. Jam 12.20 tengah malam doktor melihat ruby yang mengerang sakit tak habis-habis. Mulut mula merepek nak operate. Hahaha. Mamai ke apa tah kan. Mereka scan baby 1.7kg, probably kecil dan mudah bersalin normal. Berdoa berzikir agar dipermudahkan sahaja. Doktor mula cek bukaan, dah 7cm! Patut lah sakit sangat-sangat. Lepas tu seperti biasa doktor dan nurse tinggalkan ruby dengan husband. Masa ni husband ingatkan balik teknik pernafasan masa belajar di kelas antenatal. Kalau tiada suami, sure jerit terpekik telolong sakit sakit, Allahhuakbar. Sakitnya ya Allah. Terasa ada sesuatu nak keluar, nak teran sangat. Ruby nak teran!! Tiba-tiba nurse datang, eh jangan angkat kaki lagi. Belum lagi ni, nanti awak punya laluan bawah koyak teruk nanti. Hukhukhuk. Saya dah tak tahan ni. Rasa nak teran sangat ni.

Nurse pun panggil Doktor, Doktor cek bukaan pada jam 1 pagi dah full buka. Dah 10 cm. Doktor tanya puan nak teran atau nak kami pulley. Hah selama ruby mengandung tak pernah dengar apa tu pulley, so ruby cakap saya nak teran. Masa ni pula dah cara lain pula pernafasannya. Ya Allah permudahkanlah. Ruby mula disuruh tarik kaki untuk kangkang luas dan pegang buku lali. Kemudian tarik nafas dan dagu di dada sambil tu teran. Teran yang katup gigi tu. Yang paling penting teran jangan nak bising-bising.

Teran yang pertama, nampak rambut je. Teran yang kedua, keluar kepala baby dan doktor support dengan twist skit. Teran yang ketiga dan terakhir paling lama ruby curi nafas dan teran sehabis mungkin. Sekali ada benda panas suam-suam lalu iaitu uri. Masa tu baru ruby buka mata dan lihat baby. Ah leganya dan terus hilang sakit-sakit semua. Doktor usik punggung baby dan bermulalah tangisan baby uwek uwekkkk.. Ohh syahdu sangat hati.

Oleh kerana baby ruby pramatang, doktor cepat-cepat bawa baby ke NICU. Ruby tak sempat pun nak pegang baby atau nak lihat wajah baby. Cuma doktor bg ruby tengok kemaluan baby sahaja untuk mengesahkan jantina dan tag nama penuh ruby untuk baby pakai di kaki. Suami ruby lepas tu terus pergi kejar doktor untuk azankan baby. Azankan baby di NICU kerana doktor risau komplikasi berlaku kepada baby jika tidak diberi bantuan oxygen secepat mungkin.

Sementara suami di NICU mengazankan baby, ruby masih di dewan bersalin. Apa lagi, doktor sedang jahit bahagian yang terkoyak tu la. Koyak secara spontan sebab anggaran berat baby masa scan 1.7kg. Bila ruby teran keluar baby saiz normal iaitu 2.03kg. Ada la koyak skit. Huhu. Bius sikit-sikit dan jahit, tetapi paling terasa jahit bila bahagian isi. Adoi.. Ngilu gila pun ada. Terasa benang tu melalui lapisan kulit. Sepanjang waktu bersalin ruby menerima rawatan dari Doktor Syafikah. Doktor yang sangat lemah lembut, walau pun pesakit pertama kali nak bersalin ni mengerang kesakitan agak kuat. Doktor tu siap pujuk ruby puan jangan mengerang kesakitan macam ni, nak tengok baby lahir tak? sabar puan.. jangan serik nak mengandung lagi ya puan.. saya kena jahit ni cantik-cantik agar jahitan kemas dan banyak lagi kata-kata semangat dari Doktor Syafikah. Alhamdulillah semuanya selamat di permudahkan. Bermulalah hari untuk ruby berpantang.

Satu pengalaman bersalin yang tragis bagi ruby. Walaupun kelahiran pramatang, sakit bersalin tetap sama. Walaupun bayi kecil, sakit terima jahitan tetap ada. Nasib baik ruby aktif masa hamil dulu. Contraction dan penolakan kepala baby nak keluar cepat je. Jika kita lambat teran baby akan letih dan masa tu mula la pelbagai komplikasi mungkin berlaku.

Ruby dapat rasakan ruby bersalin pada malam jumaat. Tetapi dengan kondisi bayi pramatang, doktor berjaya lambatkan proses bersalin selama 3 hari. Baby lahir sihat alhamdulillah. Nanti ruby share berkenaan perkembangan baby ya. xoxo!

P/S : Niat ruby ingin berkongsi pengalaman dan ilmu kelahiran pramatang, tidak bermaksud untuk menakutkan mana-mana pihak atau membuat anda annoying dengan pengalaman ruby. Sharing is caring. 

Part 1 : Air Ketuban Pecah

Part 2 : Rawatan Tocolytic Dan Suntikan Dexamethasone

Part 3 : Kelahiran Pramatang

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Kelahiran Pramatang

    azlina hamdan

    (July 4, 2015 - 3:57 pm)

    ruby…
    pengalaman akak dengan baby pra-matang..
    G6PD..
    jaundice..
    ya allah…
    10 hari pertama duduk dalam wad dah tak macam orang berpantang dah akak ni..

    cikpuanjiyah

    (February 18, 2014 - 10:26 am)

    Ngeri baca pengalaman Ruby.. teringat pengalaman bersalinkan Delisha last year. Alhamdulillah takde sakit contraction sebelum tu. Tumpah darah sikit terus pergi hospital. Contraction lepas doktor pecahkan air ketuban je. Takde gunting-gunting pun. Tapi yang paling ngeri uri terpecah. Terus doctor seluk tangan masuk korek uri keluar. Lagi sakit dari teran bersalinkan baby. Tu yang bila nurse jahit tak rasa apa dah sebab dah rasa yang lebih sakit. Alhamdulillah la semua selamat kan… Moga Adam membesar dengan sihat dan bam-bam nya.. Hehe.. Suka baca pengalaman orang bersalin ni.. Tak sabar nak mengandung lagi!! 🙂

      Ruby

      (February 18, 2014 - 1:26 pm)

      Cikpuanjiyah hahahaha. kan. bila dah bersalin ni. rasa nak baby lg. hahaha. tp sakit gila tu yg tak tahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.