Rawatan Tocolytic Dan Suntikan Dexamethasone

Kemudian doktor cakap “puan kena masuk ward ya, sebab air ketuban masih keluar jadi kami kena masukkan antibiotik supaya baby tak kena infection.”. Ruby pun pasrah je, “Baiklah doktor”.

Nak tunggu katil untuk masuk ward lama skit sebab ramai ibu-ibu yang tidak discas lagi. Masa nak tunggu katil ni, ruby ingat lagi jam 3.45 petang ruby dah start rasa contraction. Inikah dinamakan saat-saat ingin bersalin. Ya Allah, contraction tiap 5 minit pula tu. Dah rasa nak baring je ni. Suam bagi tahu dekat nurse dan ruby masuk balik ke bilik. Doktor datang pegang perut dan kira kekerapan contraction. Kemudian nurse datang bagi ubat tahan sakit dan ubat demam. Sebab temperature ruby macam demam.

Katil-Hospital-Selayang

Sekitar jam 6 petang ruby dibawa ke ward 5B dengan menaiki kerusi roda. Macam best je naik kerusi roda ni. Lega rasanya tidak perlu berjalan jauh. Ruby ambil kelas ke tiga je. Sebab kelas ke dua full! Tapi alhamdulillah katil ruby no 17 sebelah kaunter staff nurse. Miahahaha. Lagi la 100% pemantauan. Yeeha! Sebab demam dan air ketuban pecah. Makanlah ubat seperti dibawah. Hehehe. Antibiotik yang warna oren tu.

Ubat-Di-Hospital-Selayang

8 malam doktor Charnjeet dan team melawat ruby. Masa ni semua keputusan adalah muktamad. “Puan akan berada disini sehingga puan bersalin”. Cek bukaan still 1 cm tapi air ketuban masih keluar.

Jam 10 malam ruby dibawa ke dewan bersalin bilik 9 untuk rawatan Tocolytic. Tocolytic adalah rawatan untuk melambatkan kelahiran beberapa hari, rawatan ini khas untuk mereka yang balak bersalin kelahiran pra matang. Supaya pihak hospital sempat melakukan persediaan dan bantuan dalaman kepada ibu dan kandungan. Untuk ruby mereka gunakan 3 dos nifedipine kerana contraction kerap. Kemudian antibiotik dan suntikan Dexamethasone. Dexamethasone adalah suntikan di bahagian punggung yang membantu mematangkan paru-paru bayi dalam kandungan.

Efek dari Nifedipine adalah ruby rasa mengantuk yang teramat sangat dan kerap dahaga. Bila suami masuk bilik untuk teman ruby, ruby sedar kehadiran dia tapi macam mamai. Suami siap tidur dekat kerusi sebelah. Kesian dia. Dalam dewan bersalin, penghawa dingin sangat sejuk. Sejuk sampai ke tulang. Huhuhu.  Nurse bagi ruby selimut sampai 3 helai. Terima kasih banyak-banyak Nurse.

Sekitar jam 5 pagi contraction sudah tiada, ruby di bawa ke ward 5B balik. Hari ini sudah 10 hb January 2014. Hari Jumaat. Hari ni ke aku bersalin? bermonolog di dalam hati.

Panjang cerita ruby ni. Sambung lagi esok ye. Hehehehe. xoxo!

P/S : Niat ruby ingin berkongsi pengalaman dan ilmu kelahiran pramatang, tidak bermaksud untuk menakutkan mana-mana pihak atau membuat anda annoying dengan pengalaman ruby. Sharing is caring. 

Part 1 : Air Ketuban Pecah

Part 2 : Rawatan Tocolytic Dan Suntikan Dexamethasone

Part 3 : Kelahiran Pramatang

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Rawatan Tocolytic Dan Suntikan Dexamethasone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.