Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House – e@Curve

Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House ni memang terkenal sejak awal tahun. Outlet utama mereka di Jalan Telawi, Bangsar pun dah sesak dengan pelanggan. Kalau waktu malam tu, sampai ada yang beratur untuk tunggu meja. Kenapa sampai jadi macam tu? Apa yang menarik tentang Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House ni? Lebih senang panggil DipnDip je. Kalau anda perasan di laman media sosial pun sudah trending dengan hashtag #dipndip. Haaaa.. Penangan Dip ‘n Dip Belgian Chocolate sedap ni memang pencetus revolusi kepada penggemar coklat. Hehehe.

Sabtu lepas ruby berkesempatan mencuba DipNDip di Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House cawangan e@Curve. Pada asalnya keliru sama ada ia di The Curve atau e@Curve? Walau apa pun parking kereta di IKEA ya, balik dari DipNDip nak shopping pinggan di IKEA. Miahahaha.

Bayangkanlah ruby berjalan sambil dukung Adam untuk ke Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House yang tidak tahu dimana lokasi sebenar. Suami dah masam muka dah, “kat mana DipNDip you ni??”. Hahaha. Sebab ruby kerah dia bangun awal untuk ke Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House supaya dapat parking dekat IKEA dan jadi pelanggan pertama di DipNDip ni. Hahahaha. Berjalan dari IKEA, masuk ke The Curve jalan-jalan dan jalan lagi tak jumpa pun DipNDip. Tengok map pun tak jumpa.

Sekali jalan punya jalan, nampak DipNDip dekat jambatan yang atas McDonalds e@Curve tu. Kalau biasa ikut jambatan dari e@curve yang ada kedai kosmetik Elianto tu, anda terus ke laluan jambatan dan nampak la DipNDip di sebelah bersebelahan restoran Le’ko.

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-4

Kalau nak lebih senang, anda berjalan ke dataran e@Curve dan naik ke tingkat 1.

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-3

Ini adalah permandangan dari Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House tu. Mudah kan?

Bila dah sampai di DipNDip, jadi rambang mata nak pilih menu apa. Semuanya sedap. Hidangan berasaskan dari coklat berkualiti, takkan tak sedap? Hahaha. Ruby cuba 2 menu makanan dan 3 minuman. Harga disini berbaloi sebab saiz hidangan agak besar. Boleh kongsi dengan pasangan. Hehehe.

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-6 Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-7

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-8

 Dip ‘n Dip Pancake Mini Tower – RM 17.00

5 keping lempeng yang disaluti coklat. Kebiasaanya sapu madu kan. Makan dengan coklat dari Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House memang best!

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-9

Dip ‘n Dip Waffle – RM 39.50

Waffle panas-panas dihidangkan bersama buah-buahan segar terdiri dari pisang, kiwi, strawberry dan nanas. Disaluti dengan Dip ‘n Dip Belgian Chocolate. Perghhh.. Mengidam lagi dibuatnya! Ketagih!

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-12

Dip ‘n Dip Hot Chocolate – RM 15.50

Hot Chocolate yang ruby minum ni sangat sedap kerana dihidangkan panas-panas dari “chocolate fountain” dan bukan dari mesin membuat air seperti kebiasaan cafe’. Jadi, rasa dan tekstur memang lazat. Urgggh my favorite! 🙂

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-16

Dip ‘n Dip Cappuccino – RM 12.00

Cappuccino ni suami pilih. Katanya sedap dan berkrim disukai ramai. Dah macam iklan punya review pula. Hahaha.

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-10

 Dip ‘n Dip Freezy – RM 18.90

Dip ‘n Dip Belgian Chocolate Ice Blended bersama whipped cream. Nyummeh!

Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-15 Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-14 Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-13

“Kalau makan di Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House tak sah jika jari jemari dan bibir tidak comot. Nikmat sungguh dapat makan coklat ni. Bagi penggemar coklat, Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House adalah syurga anda.”

Selamat menjamu selera!

Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House
E@Curve Level 1
11 pagi – 10 malam

www.dipndip.com

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Dip ‘n Dip Chocolate Sweets & Coffee House – e@Curve

    saya dan aku

    (Sep 30, 2014 - 4:22 pm)

    ada halal tak??

    hazman aka species1980

    (Mar 24, 2014 - 7:27 am)

    Thanks ruby….. ni tempat yang bagus untuk melembutkan hati gadis dan wanita…… hahahahaha

    mamatisya

    (Mar 19, 2014 - 10:25 pm)

    mmg lama dh nk pegi dip n dip ni tp sbb kt bangsar tu susah parking ..now dh ada kt curve ni senang la skit….mmg yummmmmm tgk menu2 tu

      Ruby

      (Mar 21, 2014 - 12:18 pm)

      akak nanti jangan rambang mata pilih makanan tau. hahahaha

        mamatisya

        (Mar 21, 2014 - 4:37 pm)

        tu la, bila tgk gmbr kwn2 mkn, mmg rambang je tp kn mau pitam tgk bil…hehe

          Ruby

          (Mar 21, 2014 - 4:49 pm)

          hah tahu takpe. bil ruby rm 100++ kak. miahaha. tp dh layan nikmat coklat tu. tetiba rasa takpelah bukan selalu. hahaha. hakitnya akan jd selalu kerana dah ketagih DipnDip. :):)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.