NuSentral adalah pusat membeli-belah terkini yang berada di KL Sentral. Jika anda pengguna pengangkutan awam seperti Bas, LRT dan Monorail pastinya anda pernah nampak poster NuSentral sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Monorail stesen KL Sentral.
Lokasi yang amat stratergik dan menjadi tumpuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Ruby harap, pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai keperluan supaya sambil-sambil balik kerja tu boleh le pergi “shopping”. Sebab boleh dikatakan hari-hari akan ke KL Sentral kerana urusan kerja ke Putrajaya la, ke Serdang la. Semua menggunakan pengangkutan awam. Mudah. 🙂
Jadi pada 29 March 2014 dan 30 March 2014 ini akan diadakan perasmian pusat membeli-belah NuSentral. NuSentral dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula 29 March 2014. Bersempena pembukaan pusat membeli-belah NuSentral ini, pelbagai aktiviti diadakan.
Butiran acara seperti berikut.
29th March 2014
Pengacara oleh Julie Woon 4.00pm Baki Zainal Fan meet – Win prizes incl. an iPad and loads of other gifts #MiaSara @ Children’s Corner for Art Attack 5.00pm Performance by Asia No.1 & World No.4 (2012) Beat Boxer – Shawn Lee, Showdown Allstars 2nd Runner-Up Rejuvenate Dance Crew, Malaysian YouTube sensation Elizabeth Tan 5.30pm Celebrity Cooking Demo by 8TV HotChef 1st Runner-Up Billy Ng & sidekick Randall Chen
Selebriti yang turut hadir adalah Dennis Yin, Mawar Rashid,Dina Nadzir, Azura Zainal dan ramai lagi.
30th March 2014
Pengacara oleh Radio DJ Melissa Th’ng 2.00pm Cooking Demo by Top 6 Master Chef All Stars Malaysia 3.00pm Performance by Soo Wincci 4.00pm Insta Mall Hunt by Soo Wincci
Jom ke NuSentral banyak aktiviti dan hadiah anda boleh menangi! Mungkin TV LED?? Hehehe.
xoxo!
Sudah lama tidak mengunakan kenderaan awam. Terkenang-kenang zaman naik Bas Mini Wilayah antara kenderaan paling pantas ke destinasi.
Yeah….. nak pergi tengok Ruby laaa….