Kekal Selamat Bersama Norton AntiVirus Dan Tips Dalam Talian

Norton-360-001

Norton AntiVirus adalah produk yang dibuat dan dikembangkan oleh Symantec Corporation. Ianya adalah sejenis perisian untuk komputer bagi menghalang serangan virus kepada penggunaan internet yang berisiko. Norton dikeluarkan pada tahun 1991. Sekarang Norton 360 adalah AntiVirus terbaru Symantec Corporation. Norton 360 umpama perisian yang cukup pakej untuk segala AntiVirus.

Pakej ini mempunyai perisian AntiVirus, “personal firewall” dan penjagaan daripada “phising”  serta program sokongan data. Norton 360 ini terbahagi kepada Norton 360 (standard), Norton 360 (Edisi Perdana) dan Norton 360 Multi-Device. Edisi perdana mempunyai semua fungsi, manakala perbezaan edisi standard adalah simapanan data dalam talian sebanyak 25 GB VS 2 GG.

Perisian Norton 360 tidak dijual tetapi ianya pembelian melalui langganan untuk satu jangka masa. Selepas habis tempoh hayat, perinsian ini akan dimatikan secara automatik kecuali jika anda menyambung tempoh langganan yang baru.

Norton-360-002

Norton-360-003

Di sini saya mahu berkongsi tip-tip untuk mengekalkan komputer kita selamat semasa kita melayari internet:

Pastikan komputer anda bersih dari virus.

  • Pastikan Antivirus anda dalam keaadan bagus. Mempunyai perisian keselamatan terkini, pelayar web dan sistem operasi pertahanan terbaik untuk mengatasi virus, malware dan ancaman yang lain semasa dalam talian.

Jaga data peribadi anda

  • Jadikan kata laluan anda panjang dan kuat. Gabungkan huruf besar dan kecil bersamaan dengan nombor atau simbol untuk membolehkan kata lalu lebih utuh.

Pastikan anda melayar dengan selamat

  • Jaga kewangan anda semasa membuat transaksi di dalam talian. Semasa anda membuat simpanan atau memindahkan wang atau membeli belah, pastikan laman sesawang itu mempunyai keselamatan yang ektra. Pastikan alamat laman sesawang bermula dengan “https://” atau “shttp://”, itu bermakna laman sesawang tersebut mempunyai langkah keselamatan yang ektra dalam menjaga data peribadi anda. Jikalau bermula dengan “Http://” bermaksud laman tersebut tidak mempunyai langkah keselamatan yang ekstra.

Pastikan anda selalu buat data sokongan

  • Pastikan anda selalu buat data sokongan secara kerap, ini kerana dapat memastikan data amda selamat jika ada serangan virus.

Berhati-hati ketika menggunakan “P2P File Sharing”

  • P2P (Peer To Peer) File Sharing memudahkan kita semua, tetapi risikonya amat besar. Perisian ini menggunakan internet tanpa batasan. Malah anda boleh muat turun apa sahaja file. Mungkin file muzik, filem terkini dan juga porno tanpa disedari file lain juga ikut serta masuk ke dalam peranti gadget anda. Diantara contoh P2P file sharing adalah LimeWire, BitTorent, Gnutella, Ants dan macam-macam lagi. Anda namakan sahaja. Berhati-hati muat turun sebarang fail kerana disin tiada firewall untuk menyekat sebarang virus atau malware. Jika guna pelayar web Internet Explorer, Chrome, Safari mungkin sekuriti lebih tarjaga.

http://malaysia.norton.com/360

www.facebook.com/Symantec

www.facebook.com/NortonAsia

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Kekal Selamat Bersama Norton AntiVirus Dan Tips Dalam Talian

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.