Kempen ‘All Happy Families’ dari Ayam Brand

Jenama Ayam Brand sememangnya tidak asing dengan kehidupan ruby. Malah ia menjadi kewajipan untuk membeli produk Ayam Brand setiap bulan. hehehe. Wajib “restock”  Sardines, Mackerel, Tuna, Baked Beans, Santan, Sweet Corn dan Fruit Cocktail. Mesti ada dalam sebulan tu mood memasak malas. Jadi ruby akan buka tin Sardin atau Mackerel Ayam Brand je. Potong bawang, cili skit, perah limau dan masak atas dapur sekejap. Wallah siap. Kalau taknak  masak pun takpa. Terliur sekejap! Nasi panas, telur goreng dan sardin. Argghh.. Yummeh!

Kalau terlebih rajin pula, Kuih Kastard Jagung pun ruby gigih nak buat. Hahaha. Sweet Corn Ayam Brand dan Santan Ayam Brand ruby selalu guna untuk masak kuih ni.. Walaupun seleksi produk Ayam Brand tidak banyak. Tetapi, ia diperlukan.

Ayam-Brand-All-Families

Baru-baru ini Ayam Brand™ telah mengadakan Kempen “All Happy Families” yang bermula dari 2014 hingga 2016 menerusi tiga siri, iaitu satu siri setahun diiringi dengan aktiviti di lokasi terpilih serta pendedahan melalui media cetak dan internet di lokasi dimana Ayam Brand™ adalah aktif. Bagi membawa kisah AyamBrand™ ke peringkat global, kempen tersebut diperluaskan dalam bentuk iklan di majalah-majalah dalam penerbangan syarikat penerbangan utama dunia seperti Qantas, Singapore Airlines, China Southern, SilkAir dan syarikat tanahair, AirAsia.

Pengguna juga dijemput untuk berkongsi cerita mereka dalam pertandingan ‘All Happy Families’ di Facebook di mana mereka boleh menyuarakan pendapat mereka mengenai kekeluargaan, tradisi dan Ayam Brand™.

Ditubuhkan pada 1892, Ayam Brand™ amat dikenali ramai dengan logo ayam jantannya. Ia merupakan salah satu jenama konsumer tertua di Asia dengan pejabat di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Australia, China, Perancis dan Jepun, dan dipasarkan lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia.Ayam Brand™ juga terpilih secara konsisten sebagai 500 jenama terbaik di Asia.

Jenama tersebut kini mengeluarkan lebih 60 juta tin setahun dan mempunyai lebih daripada 1,000 pekerja di serata dunia. Ayam Brand™ terkenal dengan produk ikan dalam tin seperti sardin, mackerel dan tuna, ramuan Asia seperti santan kelapa, sos dan perencah, buah-buahan serta sayur-sayuran seperti kacang panggang, kacang pea, cendawan, nanas dan banyak lagi.

Sejajar dengan aspirasi untuk mengukuhkan jenamanya di peringkat global, AyamBrand™ melancarkan promosi masakan Asia, di serata dunia, khususnya Malaysia melalui Kempen ‘All Happy Families’ yang menonjolkannya sebagai satu jenama warisan yang dipercayai dan digemari oleh semua lapisan generasi di rantau ini.

Produk-produk yang digunakan dalam iklan untuk Malaysia adalah Ikan Sardin dalam Sos Tomato, Tuna Bercili, Kacang Panggang dan Santan Kelapa, kesemuanya kegemaran tradisional.

Hmm.. Banyak sebenarnya resepi untuk produk Ayam Brand yang ruby boleh buat. Hehehe. Ini antara menu makanan yang ruby dan keluarga sering masak.

1. Sambal Sardin Kentang dimakan bersama capati / nasi panas

2. Tuna Bercili untuk sarapan pagi bersama roti bakar

3. Kacang Panggang dengan Ais Batu Campur! Asingkan sos tu ya. Sedap!

4. Kacang Panggang dengan Telur Goreng sebagai supper! Kadang-kadang malam perut berkeroncong. Hehehe.

5. Santan pula gunakan untuk masak kari sardin. Letak kentang skit. Subhanallah sedap!.

6. Santan dengan kuih kastard jagung. Ruby suka makan kuih kastard waktu panas dan masih lembik. Nikmat!

7. Sardin / Mackerel bersama bawang, cili dan perah limau. Membuka selera!

Banyak lagi resepi turun temurun. Terliur!

www.ayambrand.com.my

www.facebook.com/AyamBrand

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Kempen ‘All Happy Families’ dari Ayam Brand

    akubiomed

    (March 30, 2014 - 1:15 pm)

    Jenama Ayam boleh dikatakan agak premium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.