Laman Facebook Rasmi Budimas Charitable Foundation

Bila bercerita tentang yayasan kebajikan, ramai dari kita keliru badan kebajikan mana yang perlu kita sokong dan derma. Ada kalanya perasaan was-was untuk menderma pasti ada. Sebagai manusia kita tidak lari dari perasaan itu. Kerana perasaan begitu ruby pun ada. Hehehe.

Memandangkan ruby was-was, ruby buat research yayasan mana yang membantu kanak-kanak sebab ruby suka kanak-kanak. Kadang-kadang dari melihat kanak-kanak ni lah ruby lebih bersyukur dengan kehidupan kerana masih ada ibu bapa walaupun mereka bercerai. Salah seorang masih ingin menjaga ruby dan adik-adik. Alhamdulillah.

Budimas

Ruby rasa tidak salah ruby membantu, memberi sumbangan dan menjadi volunteer kepada badan kebajikan seperti Budimas Charitable Foundation. Mereka terdiri dari pelbagai individu yang sentiasa sedia untuk membantu kanak-kanak. Ada kalanya mereka mengeluarkan wang sendiri untuk membina perpustaan untuk anak-anak yatim. Kita sedia maklum pendidikan adalah penting, dengan ilmu dan pendidikan kita dapat mengubah kehidupan kita tidak kiralah sama ada yatim atau tidak.

Tetapi bagi kanak-kanak yang tiada ibu bapa, dimana mereka akan dapat buku-buku untuk mereka ulang kaji.?? Ruby sendiri nampak dunia luar dengan membaca. Baca tentang kisah perlancongan dan kenegaraan baru ruby tahu berapa banyak negara ada di dunia ini. Jika tidak membaca, mungkin ruby ingat Malaysia ni je yang ada di dalam hidup ruby. This is true story kerana ruby bukannya dapat merasa naik kapal terbang untuk bercuti ke negara lain sewaktu kecil dulu. Tetapi bersyukur kerana terdapat buku-buku ini di perpustakaan sekolah iaitu Atlas.

Jadi berapa ramai kanak-kanak ini dapat membaca atau melihat gambar Atlas Dunia? Oleh kerana pengalaman ruby sukarnya untuk berpeluang melihat dunia, ruby sertai Budimas Charitable Foundation yang di bawah kelolaan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Jika anda ingin menjadi volunteer atau ingin mengetahui perkembangan Budimas Charitable Foundation boleh LIKE Laman Facebook

www.facebook.com/budimascharitablefoundation

xoxo!

sign5

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 comments on “Laman Facebook Rasmi Budimas Charitable Foundation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge