Lazada Malaysia Wishlist Dan Pengalaman Membeli Dalam Talian

Wanita dan “shopping” memang tidak boleh dipisahkan. Bagi ruby membeli-belah di dalam talian ni lebih selesa dan jimat masa. Malah ruby memiliki lebih masa untuk membuat perbandingan harga dalam keadaan berbaring di rumah atau di hadapan komputer sahaja. Mudah sangat. Kalau ke shopping mall, penat dan putus asa nak berjalan bertanya harga barangan setiap kedai memang akhirnya beza harga tidak banyak pun. Hahahaha. Buat letih badan je.

Ruby selalu juga membeli secara dalam talian untuk barang-barang keperluan rumah, keperluan kesihatan, dan blogging. Macam sebelum ni beli rak kasut, power bank, photo studio, makanan kesihatan dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu bikin panas hati kerana penghantaran tidak menepati masa. Sedangkan ruby beli dan bayar menggunakan paypal dan bank transfer terus. Tidak semua “online shop” menawarkan “COD (Cash On Delivery)“.

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-26

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-31

Tetapi sejak membeli-belah di dalam talian dengan Lazada Malaysia. Ruby bertambah seronok berbelanja. Miahahahaha!! Semua kepeluan ada di dalam Lazada Malaysia. Sekarang lagi mudah, Lazada Malaysia ada aplikasi android, sekejap sahaja ruby muat turun ke telefon pintar Samsung S4 dan klik klik masuk wishlist. Hehehe.

Sejak sudah memiliki cahaya mata, nak keluar untuk cari barang keperluan bayi memang ruby tiada masa. Ibu muda macam ruby masih tidak boleh menyesuaikan diri ke pasaraya sambil membawa bayi. Pernah ruby bawa bayi ke 1Utama, untuk mencari pam susu. Memang payah sebab nak kena “survey” harga. Bajet kecil nak beli pam susu tetapi harga di pasaran ratusan ringgit. 6 jam mencari pam susu barulah jumpa yang murah dan dual fungsi. Wuwuwuwu. 6 jam tu sekali dengan berhenti menyusukan Adam di bilik bayi 1Utama selama 2 kali. Penat tidak terkata tetapi itulah pengalaman. Hehehe.

Jadi, marilah kita beramai-ramai membeli-belah secara dalam talian di Lazada Malaysia. Hahahaha! Ruby teruja “shopping” di Lazada Malaysia. Tak henti-henti skrol setiap kategori yang terdapat dalam laman sesawang dan telefon pintar. Mana berkenan klik masuk dalam wishlist. Hoho. Banyak betul wishlist ruby, sehinggakan pilih 2 atau 3 barang yang sama sambil bezakan harga dari pembekal. Lagi banyak diskaun dan banyak ulasan dari pembeli lagi la ruby yakin untuk membeli. Hehehe.

Sebelum membeli-belah, sila daftar dulu ya.

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-28 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-30

 Muat Turun Aplikasi Lazada Malaysia di Android dan log masuk.

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-11 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-12 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-13 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-14

Ruby akui selepas memiliki bayi, jarang ruby menggunakan laptop. Kebanyakan masa menggunakan telefon pintar. Terlalu sibuk sehinggakan ruby rasa waktu yang ruby ada masa untuk skrol membeli barangan di Lazada Malaysia adalah pada waktu Adam tidur. Itu pun tidur sekejap-sekejap sebab Adam menyusu setiap 2 jam. Lepas tu nak buat kerja rumah lagi. Masak lagi. Hmmm. Jadi, curi-curi masa untuk “Shopping” di Lazada Malaysia pada waktu tengah malam dan awal pagi sebelum semua orang dalam rumah ini terjaga. Hehehehe.

Sejak akhir-akhir ni Adam suka pula sebelum tidur nak tidur beriba sambil berenjut tu, lenguh juga kaki ni. Boleh kebas kaki tidurkan dia macam tu. Inisiatif ruby adalah mencari “rocker” untuk Adam di Lazada Malaysia. Hahahaa!

Bukan ruby malas nak ke pasaraya, tetapi tak sanggup nak stress kan diri yang sememangnya dah penat. Jadi, kita membeli-belah rilek sikit di dalam talian ni. Memandangkan Adam adalah bayi istimewa iaitu pra-matang. Lahir awal, jadi badan dia agak kecil. Bukan sebarang “rocker” yang sesuai. Kita sebagai ibu, mesti pandai memilih yang terbaik untuk bayi kita. Cewahh. Hehehe. Di Lazada Malaysia, uols boleh klik bahagian Toy’s, Kids & Babies.

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-16 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-17 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-18

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-19

Ruby berkenan dengan Fisher Price Newborn to Toddler Portable Rocker yang bernilai RM 348.90 bagi harga asal dan selepas 26% diskaun jadi RM 259.00. Banyak juga diskaun kan? Kebiasaannya jenama Fisher Price ni ada di Hamley’s 1Utama dan Toys”r”Us sahaja. Jarang pula dapat diskaun di cawangan kedai disitu. Maka bila hati berkenan dengan sesuatu barang di Lazada Malaysia, sila klik ikon “cinta” tu ya. Hehehe.

Sambil-sambil skrol semua kategori, hrmmmm terjebak juga beli barangan lain. Suka betul membeli-belah klik klik klik macam ni. Tetapi jangan lupa fikir samada ia keperluan atau nafsu ya. Hahahaha. Hasil skrol dan klik adalah seperti dibawah. LOL!

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-20

Tetapi setelah fikir-fikir dan fikir lagi, perlukah ruby beli televisyen sekarang? perlukah ruby beli oven sekarang? Rumah pun masih dalam keadaan ubah suai. Hmmm. Nak letak mana la dulu barang-barang elektrik ni. Takpe, kita simpan dalam wishlist dulu. Hehehehe. Jadi, dari 30 barang-barang dalam wishlist Lazada Malaysia. Ruby beli 5 jerrrrrr.. Hahahaha..

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-21

Lima barang keperluan seperti gambar diatas ruby dah fikir semasak-masaknya bahawa ia adalah keperluan. Hehehehe. Lens kamera Canon 50mm untuk memenuhi kerjaya ku sebagai blogger. LOL! Kemudian bekas penyimpan makanan seperti itu juga diperlukan supaya setiap “food storage” terjaga rapi dari hilang dari pandangan mata. Hehehe. Autumz warmer dan sterilizer juga penting! Sangat penting kerana boleh kurangkan masa untuk curah air panas setiap kali nak guna botol susu Adam dan nak panaskan susu EBM Adam. Lagipun harga tu berpatutan. Yay! Rak untuk keringkang botol susu Adam selepas membasuh pun penting juga! Kerana, kadang-kadang penutup botol susu hilang dari pandangan pun ada. Lusa jumpa balik. Hahaha. Jadi dah ada rak ni tersusun la barang-barang Adam ni.

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-22 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-23 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-24 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-25

Yay ruby berjaya membeli-belah menggunakan telefon pintar, nanti Lazada Malaysia akan hantar email pengesahan dan nombor tracking dari servis penghantaran TA-Q-BIN. Ruby sahkan pembelian pada hari Khamis jam 1.30 pagi macam tu. Hari jumaat jam 10 pagi “courier man” TA-Q-BIN telefon beritahu mereka ingin hantar barang dari tracking no sekian-sekian dan tanya lokasi rumah dimana. Kemudian mereka hantar kotak besar seperti dibawah. Siap bawa troli tau, besar betul kotak ni. “Excited” bila menerima barang macam ni. Jadi bayaran C.O.D (Cash On Delivery). Ruby bayar dan mereka bagi resit. Yay!

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-1 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-2

Do-It-Yourself pasang Adam punya Fisher Price Newborn to Toddler Portable Rocker. Perlukan skru mata bunga je. Hehehe.

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-3 lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-4

Dah siap! Adam boleh tidur di dalam “rocker”. Nampak dia selesa bila berada dalam “rocker” tu.

lazada-malaysia-top-wishlist-dan-pengalaman-membeli-dalam-talian-5

 Selamat membeli-belah!

www.lazada.com.my

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “Lazada Malaysia Wishlist Dan Pengalaman Membeli Dalam Talian

    Muhaimin

    (December 7, 2014 - 12:41 am)

    Nak tanye,kalo bayar gune bank transfer bole ke?die ambik tak kalo COD bhgian Ledang,Johor,sbb bace kat page,COD terima dkat bndar utama je

      Ruby

      (December 8, 2014 - 12:35 pm)

      Muhaimin, tak pasti pula. Tapi kalau guna Rakuten ada dia bg masa utk bank transfer. Lazada sekarang kat bandar utama pun ada tak terima COD. Tak tau kenapa.

    fathin

    (July 6, 2014 - 1:46 pm)

    ok ke if beli kat lazada?cnfirm barang akan smpai?sy berminat nk bli nfon lenovo sbb murah sgt dkt lazada tpi sedkit ragu2 ..

      Ruby

      (July 6, 2014 - 11:27 pm)

      Salam Fathin, selama ruby shopping sakan di Lazada alhamdulillah barang selamat sampai ke rumah. hehehe. ruby beli televisyen lg tau. hehe.

    amirnawawi

    (March 19, 2014 - 1:12 pm)

    Saya pun baru jer shopping kamera kat sini. Memang murah..

    lagi satu kat Zalora.. Adik beradik dia la tuh..huhu

      Ruby

      (March 19, 2014 - 4:15 pm)

      Amir ko gi Zalora, PricePanda, FoodPanda, tu semua adik beradik Lazada. Hehehe. Zalora akak tak shopping baju kat situ sebab tak reti la nak pilih saiz baju. risau tak muat je. miahahaa.

        amirnawawi

        (March 19, 2014 - 7:47 pm)

        Oh ye ker? Groupon pun adik beradik dia jugak kan.. Bro Eyriqazz ada cakap hari tuh..

        Rambang mata nak memilihnya…

          Ruby

          (March 19, 2014 - 9:40 pm)

          Amir, Groupon tu orang lain punya le.. hehehe..

    Pondok Papan

    (March 18, 2014 - 10:24 pm)

    Selama hayat ni, tak pernah lagi beli barang online..mungkin tiada keperluan kot..hehe..insyaAllah..satu masa nak cuba gak terima pengalaman macam ni..

      Ruby

      (March 18, 2014 - 11:37 pm)

      Hehehehe. Cuba la beli dalam talian. Saya mula beli dalam talian masa sedang berpantang baru-baru ini. Sangat convenient. Hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.