Nokia X Dual Sim Bernilai RM 399

Pada 5 March 2014 semalam telah berlangsungnya perlancaran telefon pintar baru dari Nokia. Nokia Malaysia menawarkan Nokia X dengan hanya bernilai RM 399 sahaja. Ruby rasa dengan harga begini ramai yang akan membeli telefon pintar Nokia X.

Nokia X memiliki dual sim, kamera 3 MP Fixed Focus, Sistem Operasi adalah Nokia X Software Platform dan Cip Pemprosesan 1 GHZ Qualcomm Snapdragon Dual Core. Saiz Nokia X adalah 115.5 x 63 x 10.4mm dan berat 128.66g. Jangka masa berbual lebih dari 1o jam dengan 3G. Jika anda menggunakan 2G jangka masa berbual dalam 13 jam boleh bertahan. Memori sedia ada di dalam Nokia X adalah 4GB eMMC dan anda boleh menambah memori sehingga 32GB MicroSD.

Nokia masih mengekalkan sistemnya walaupun membolehkan pengguna muat turun aplikasi Android  tetapi pengguna perlu muat turun dari laman sesawang agar boleh muat turun apa sahaja file “.apk”. Sebagai contoh laman sesawang yang menawarkan file “.apk” adalah www.appsapk.com

NOKIA-X-Dual-Sim-Bernilai-RM-399-3

Dari kiri Gary Chan, Head Of Marketing, Pan Asia, Nokia; Eda Lim, Head Of Marketing, Nokia Malaysia; Wind Koh, Penasihat LINE Malaysia dan Steve Chan dari Nokia Malaysia.

NOKIA-X-Dual-Sim-Bernilai-RM-399-5

Telefon Pintar Nokia X mmpunyai 4 warna iaitu hijau, merah, hitam & putih dan anda boleh membeli pre order dari sekarang hingga 31 March 2014 melalui StoreKini dan akan menerima free gift bernilai RM 50 dan 2600mAh Power Bank.

Pasti anda tertanya-tanya apakah fungsi LINE Malaysia. LINE Malaysia bersama-sama Nokia Malaysia akan mempromosikan telefon pintar Nokia X di lokasi-lokasi terpilih. Anda juga berpeluang memenangi Nokia X percuma dengan muat naik gambar di facebook dan instagram #NokiaXmy @NokiaMY. Disamping itu, anda berpeluang bertemu kesemua ikon sticker LINE Malaysia di semua lokasi roadshow.

NOKIA-X-Dual-Sim-Bernilai-RM-399-6

Nanti dah beli Nokia X wajib anda muat turun HERE Maps FREE Satellite GPS dari Nokia. Hehehe.

www.nokia.com/my

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.