Terrapuri Terengganu Menyingkap Warisan Istana Kerajaan Melayu Lama

Percutian kali ini ruby ingin membawa anda ke suatu tempat yang akan membuka minda dan berbangga dengan warisan Melayu lama. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa lebih dari 6 jam, masuk sahaja ke jalan-jalan kampung sememangnya menggamit kenangan dengan keindahan permandangan rumah tepi laut, pohon hijau dan udara anyaman. Terengganu sememangnya destinasi yang sesuai untuk pencinta alam seperti saya. Dari makanan hinggalah ke lokasi perlancongan terlalu banyak untuk ditawarkan sehinggakan saya rasa tidak puas untuk teroka negeri Terengganu.

Terpegun dengan keindahan lokasi filem Hikayat Merong Mahawangsa, ia membawa saya untuk mengetahui dimana lokasi Terrapuri. Terrapuri terletak di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu.

Terrapuri-2

En. Alex Lee Yun Ping, Pemilik Terrapuri Heritage Village sememangnya lebih mengenali budaya dan sejarah melayu dari saya. Terpegun mendengar cerita permulaan beliau membina semula rumah melayu lama iaitu Rumah Terengganu Klasik. Menarik lagi apabila beliau bercerita tentang Kerajaan Langkasuka.

Terrapuri bermaksud “The Land Of Palace”, adalah projek pemeliharaan dan pemuliharaan rumah Terengganu Melayu Klasik. Terdapat 29 ciri-ciri rumah antik klasik berusia lebih ratusan tahun yang dipelihara semula. Susun atur Terrapuri dan kawasan persekitarannya diilhamkan dari Istana Terengganu pada abad ke-17. Terrapuri terdiri daripada 20 vila eksklusif yang dipulih yang dijadikan Spa, restoran mewah Melayu, vila istirehat, galeri dan rumah pantai .

Terrapuri-25

Lokasi Terrapuri amat unik kerana ia berada di atas tanah yang diapit oleh Laut China Selatan  dan sungai bakau Setiu Wetland. Oleh kerana lokasi yang cantik, damai, anda boleh lihat pokok-pokok kelapa bergoyang yang disapa oleh bayu laut sambil melihat pemandangan indah Pulau Perhentian, Lang Tengah, Pulau Bonjol, Redang dan Pulau Bidong. Pada waktu malam anda dapat meliaht kelip-kelip berkelip. Jika anda datang ke Terrapuri pada musim penyu bertelur, pasti anda dapat melihat penyu hijau bertelur di tepi pantai. Penyu hijau pulang ke pantai pada sekitar bulan Mei hingga September.

Rumah Terengganu Klasik adalah penempatan orang melayu yang datang dari tamadun purba Champa di Indochina dan Kemboja. Mereka menetap di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia dari abad ke-2 hingga abad ke-16. Terengganu adalah sebahagian daripada kerajaan Melayu Langkasuka . Banyak bentuk seni tradisional Melayu hari ini berasal dari sana, termasuk Wayang Kulit , Mak Yong, Menora, Sobek dan Kerawang.

Terrapuri-23 Terrapuri-21 Terrapuri-13

Uniknya Rumah Terengganu Klasik adalah mempunyai serambi iaitu ciri-ciri sama dengan ruma-rumah Kemboja dan rumah-rumah Thailand. Setiap rumah ada keunikan tersendiri. Orang zaman dahulu lebih cenderung menjaga susur galur kekeluargaan dengan cara bagaimana mereka menjaga rumahnya. Kita boleh tahu dengan melihat tiang utama rumah yang dibangkitkan di atas tiang lain iaitu tiang Seri, bentuk segi tiga di tepi bumbung , bumbung gable curam, hujung gable lembut melengkung, jajaran liat jubin bumbung dan dinding yang diperbuat daripada panel kayu yang berlubang ke alur bingkai. Kebanyakan ahli keluarga yang berasal dari keluarga ini adalah berjaya kerana ikatan kekeluargaan sangat utuh mungkin.

Terrapuri-6 Terrapuri-7 Terrapuri-9 Terrapuri-10

Tiap 29 rumah di Terrapuri walaupun dibaik pulih dan dipelihara, pengusaha masih mengekalkan dengan menggunakan sepenuhnya kayu daripada kayu Cengal. Manakala bahagian dinding, pintu, tingkap dan Gables terdiri daripada panel kayu yang berasingan yang dipasang bersama-sama menggunakan sendi kayu yang di Pasak daripada kayu Penaga . Dengan begini tiada paku digunakan, maka keseluruhan struktur boleh diambil berasingan dan dipasang semula. Rumah ini dengan mudah boleh dipasang atau dibuka semula. Disamping itu mudah untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Terrapuri-24 Terrapuri-16 Terrapuri-14 Terrapuri-3

Jika anda ingin melihat Rumah Terengganu Klasik dan mendalami kisahnya, anda boleh ke Terrapuri Heritage Village kerana ia adalah satu-satunya projek pemulihan dan pemuliharaan rumah Terengganu Klasik yang masih mengekalkan budaya, simbol dan nilai-nilai sejarahnya. Di Terrapuri Heritage Village mereka menyediakan pelbagai pakej untuk keselesaan anda mengikut tradisi melayu lama. Tiada televisyen, telefon dan radio. Unikkan?

www.terrapuri.com

www.facebook.com/Terrapuri

www.gayatravel.com.my

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Terrapuri Terengganu Menyingkap Warisan Istana Kerajaan Melayu Lama

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.