Ulasan Lipstik Revlon ColorStay Ultimate Suede

Revlon sememangnya jenama yang paling ruby suka. Terutamanya lipstik. Hehehe. Sebabnya ruby memang suka guna lipstik dengan kemasan “matte”. Glossy atau shine atau yang tak tahan dibibir lama-lama memang ruby tidak minat. Kalau boleh nak bersiap mekap sekali sehari dan tak perlu “touch up” walaupun selepas makan.

Banyak lipstik ruby dari rangkaian matte lipstik. Kadang-kadang sanggup tunggu watson’s “restock” Revlon matte lipstick sebab warna yang ruby guna cepat habis. Hehehe.

Bagi ruby harga lipstik Revlon jenis matte ni berpatutan sebab tahan lama kan. Sekali sehari je ruby pakai. Hahahaha. Sebagai pengguna, anda perlu kira kos perbelanjaan untuk barangan mekap. 🙂

ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-8

Jadi hari ini ruby nak mengulas lipstik baru dari Revlon iaitu Revlon ColorStay Ultimate Suede. Ruby mencuba dua warna iaitu Flashing Lights dan All Access. Dua warna yang berbeza dan ini adalah cubaan berani menggunakan lipstick warna garang macam All Access ni.

Pada awalnya ruby ingin buat “Get Olivia Wilde Look” tetapi kekangan masa tidak mengizinkan. Jadi kita buat ulasan style selfie je lah. Hehehehe.

Revlon ColorStay Ultimate Suede – Flashing Lights

 

ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-2 ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-1 ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-3

Bagi ruby Revlon ColorStay Ultimate Suede – Flashing Lights ni lebih kepada warna natural. Terlalu natural seakan sama dengan warna bibir asal ruby. Hehehe. Wajib ada warna ni, sebab mood kita berbeza setiap hari. 🙂

Revlon ColorStay Ultimate Suede – All Access

 

ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-5 ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-7 ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-6

Revlon ColorStay Ultimate Suede – All Access ni warna dia agak garang juga. Kena pandai main warna juga ni. Mungkin bila buat smockey eye untuk mekap mata, lipstik ini lebih menyerlah. 🙂

Ini wajah ruby sebelum mekap. Bukannya mudah nak buat ulasan mekap sejak ada baby ni. Hahahaha. Tangan Adam tu..

ulasan-lipstik-revlon-colorstay-ultimate-suede-4

Terima kasih kepada Traclyn Yeoh kerana sudi memberi hadiah Revlon ColorStay Ultimate Suede. Beliau adalah beauty blogger yang dah lama dalam industri. Anda boleh baca blog beliau di  www.lavoguefemme.com

olivia-wilde-revlon

Lipstik Revlon ColorStay Ultimate Suede dijual di semua kiosk kecantikan seperti Parkson, SaSa dan farmasi seperti watson’s, guardian. Harga seunit RM 36.00.

xoxo!

sign5

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge