Zombi Kilang Biskut

      2 Comments on Zombi Kilang Biskut

zombi- kilang-biskut-001

Zombi Kilang Biskut ini adalah filem arahan Mamat Khalid yang terbaru. Zombi Kilang Biskut ini dikatakan membawa pembaharuan baru dalam filem yang sebelumnya. Dengan tema zombi, Mamat Khalid menjanjikan satu kelainan komedinya daripada terbitan yang lain.

Filem Zombi Kilang Biskut ini menelan kos sebanyak RM 1.7 juta. Sesi pengambaran  filem Zombi ini di jalankan di sekitar Perak.  Zombi Kilang Biskut ini mengisahkan mengenai Usin yang dapat bekerja di kilang biskut sekitar Kampung Pisang. Setelah berlaku beberapa insiden di Kilang Biskut, Usin mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kilang biskut. Setelah beberapa insiden telah berlaku pengzombian di kalangan kawan dan rakan sekerja di kilang. Usin lantas mencari Sofi untuk mengesahkan kebenaran itu.

Di samping insiden itu, kampung Pisang digemparkan dengan kejadian puntianak. Kehadiran Kamariah di kampung Pisang menjadi tanda tanya megenai kesamaan antara puntianak dan zombi yang sedang melanda. Konflik ini menyebabkan kampung Pisang huru-hara.

Zombi Kilang Biskut ini adalah filem seram komedi, setiap elemen di susuli dengan komedi menjadikan filem ini tidak sering gusi. Pada pendapat saya, jika filem ini dibuat genre seram mesti lagi menakutkan. Cuba anda bayangkan, tiba-tiba keluarga terdekat bertukar menjadi zombi dan serang anda. Dari segi grafik, Zombi Kilang Biskut zombi-zombi ini amat menakutkan. Kalau diamati dengan pendekatan lain, filem ini lebih seram dengan adanya puntianak yang membunuh tidak kira manusia ataupun zombi.

Kepada peminat filem arahan Mamat Khalid, ini adalah filem yang anda perlu tonton di pawagam pada 20 Mac 2014.

Facebook Zombi Kilang Biskut

2 comments on “Zombi Kilang Biskut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge