Demo Sarapan Bersama F&N Seasons NutriSoy

      1 Comment on Demo Sarapan Bersama F&N Seasons NutriSoy

Kebaikan dan manfaat Soya kita semua sedia maklum. Tetapi waktu bila dan dengan hidangan apa pastinya membuka idea untuk minum soya sebagai menu permulaan hari. 🙂

NutriSoy-Breakfast-Love-20

Pilihan ruby adalah F&N Seasons NutriSoy. Berlemak dan sedap diminum bila-bila masa. Susu soya mengandungi pelbagai khasiat, malah sewaktu hamil ruby amalkan untuk menambah tenaga kepada badan bagi menggantikan pengambilan susu lembu. Ruby alah kepada susu lembu ketika hamil. Minum sikit nak muntah je, jadi ruby gantikan susu soya sebagai rutin.

NutriSoy-Breakfast-Love-21

Sekarang sedang menyusukan bayi, soya juga adalah penggalak bagi menghasilkan susu ibu kerana kandungan proteinnya. Selain itu minum F&N Seasons NutriSoy bagi melengkapkan hari ruby. Dua gelas sehari untuk memberi tenaga, maklumlah pertama kali jadi ibu kadang-kadang makan pun sekali sehari. Hehehehe.

Secara jujur, F&N Seasons NutriSoy ruby minum pada waktu tengahari sahaja. Tidak sangka ia sesuai untuk dijadikan menu bersama sarapan pagi. Biasanya minum kopi susu dan teh susu. Itu pun dengan krimer manis. Ruby cuba dengan F&N Seasons NutriSoy sedap juga kopi dan teh ruby tu. hehehehe. Semalam ruby ber eksperimen menggunakan soya untuk menu sarapan pagi. InsyaAllah penulisan seterusnya tentang F&N Seasons NutriSoy ruby akan kongsikan dengan anda.

Hari ini ruby nak kongsikan pengalaman menyediakan menu sarapan pagi bersama Chef Kenneth Kam di The Cooking House, Sri Hartamas baru-baru ini.

NutriSoy-Breakfast-Love-2 NutriSoy-Breakfast-Love-6Penerangan dari Leonard selaku emcee pada hari tersebut.

NutriSoy-Breakfast-Love-7

Sedikit kata-kata ucapan dari Cik Selena Tan selaku Brand Manager F&N Seasons NutriSoy.

NutriSoy-Breakfast-Love-8

Model F&N Seasons NutriSoy, dari kiri Derek Fong, Selena Tan dan Leonard. Hehehe.

Memang seronok sertai demo masakan di The Cooking House, lokasi yang mudah dicari. Dekorasi dapur The Cooking House yang selesa dan paling best semua bahan masakan semuanya ada. Chef siap berkongsi dimana lokasi beli rocket salad dan pemanggang ajaib dia. Hehehe. Chef Kenneth Kam sangat murah hati berkongsi ilmu.

Lima resepi kami buat bersama Chef Kenneth Kam, faham-faham la bila ibu-ibu semua di dapur. Hehehe. Homemade Banana and Walnut Muffins with Dark Chocolate. Homemade NutriSoy Pancake with Bananas, Toasted Almonds. Mushroom Omelette with Oven Roasted Tomatoes. Wholemeal Breakfast Wrap with Mixed Greens and Grilled Chicken. Cereals with NutriSoy. Lime resepi ini mengambil masa dari 10 pagi hingga 1 tengahari untuk sediakan. 3 jam je boleh dapat buat 5 resepi.. Cepat kan? Nak request dekat suami nak dapur macam Chef Kenneth. Tersusun rapi semua ada. Jadi kerja lagi cepat la kan. Hmm..

Homemade Banana and Walnut Muffins with Dark Chocolate

 

NutriSoy-Breakfast-Love-13 NutriSoy-Breakfast-Love-14 NutriSoy-Breakfast-Love-15

Homemade NutriSoy Pancake with Bananas, Toasted Almonds

 

NutriSoy-Breakfast-Love-11 NutriSoy-Breakfast-Love-24 NutriSoy-Breakfast-Love-16

Mushroom Omelette with Oven Roasted Tomatoes

 

NutriSoy-Breakfast-Love-25 NutriSoy-Breakfast-Love-9

Wholemeal Breakfast Wrap with Mixed Greens and Grilled Chicken

 

NutriSoy-Breakfast-Love-10 NutriSoy-Breakfast-Love-27 NutriSoy-Breakfast-Love-26 NutriSoy-Breakfast-Love-17

Cereals with NutriSoy

 

NutriSoy-Breakfast-Love-23

Jadi, menu sarapan apa yang menjadi pilihan hati anda? Hehehe. Ruby suka semua! InsyaAllah ruby kongsikan resepi setiap hidangan diatas didalam penulisan seterusnya juga. 🙂

Ini adalah menu di demo masakan, kalau yang dari rumah ni agak-agaknya sedap tak. Hehehehe.

LIKE Facebook F&N Seasons NutriSoy

#NutriSoy

#BreakfastLove

Selamat mencuba!

xoxo!

sign5

1 comment on “Demo Sarapan Bersama F&N Seasons NutriSoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge