Bergambar Percuma Dengan Koleksi UNIQLO LifeWear Kids And Baby

Puas juga seharian berjalan hari ini, bawa Adam dan suami ke UNIQLO Fahrenheit 88. Nak beli pakaian Adam dari koleksi UNIQLO LifeWear Kids And Baby. Pertama kali membeli-belah di UNIQLO cawangan tersebut sebab ruby suka pergi ke UNIQLO 1Utama kerana berdekatan dengan lokasi tempat kerja. Hehehe.

Tetapi setelah ke UNIQLO Fahrenheit 88 rasa seronok pula. Tempat letak kereta di Fahrenheit 88 mudah dan cas hanya RM 5 sekali masuk. Lain kali boleh datang kesini lagi. Hehehe.

UNIQLO Malaysia terdapat 13 cawangan keseluruhannya. Sunway Pyramid, Alamanda, Fahrenheit 88, 1Utama, Setia City Mall, Mid Valley, Paradigm Mall, Queensbay Mall, KL Sogo, The Mines, Berjaya Times Square, Dataran Pahlawan Melaka dan The Main Place USJ 21.

Buat pengetahuan anda semua, Koleksi UNIQLO LifeWear Kids berada di semua cawangan UNIQLO seluruh Malaysia. Tetapi untuk UNIQLO LifeWear Kids And Baby hanya terdapat di 4 cawangan sahaja iaitu Fahrenheit 88, 1Utama, Mid Valley dan Queensbay Mall.

Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-15 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-32

Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-34 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-33 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-17 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-4 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-3

Bersempena dengan pembukaan cawangan baru UNIQLO Sunway Pyramid, UNIQLO Alamanda dan koleksi UNIQLO LifeWear Kids And Baby. Mereka telah mengadakan aktiviti “photobooth” untuk anda bersama anak-anak pada 2 hujung minggu berikut:

12 – 13 April 2014 (Sabtu & Ahad) – UNIQLO Fahrenheit 88 dan 1Utama

19 – 20 April 2014 (Sabtu & Ahad) – UNIQLO Mid Valley dan KL Sogo

Syarat-syarat untuk ambil gambar secara langsung di UNIQLO “photobooth” bersama jurufoto profesional serta cetakan PERCUMA dengan pelbagai prop dan bingkai gambar berlatar belakang warna-warni adalah dengan membeli apa sahaja koleksi UNIQLO LifeWear Kids And Baby. Satu pembelian sahaja pun boleh. 🙂

Setelah membuat pembayaran, pergi ke kaunter “photo booth”, serahkan resit dan isi maklumat anda. Pilih prop dan ambil gambar bersama keluarga. Kemudian anda hanya menunggu gambar anda dicetak dengan latar belakang pilihan anda. Siap!

1 cetakan gambar terhad kepada 1 orang kanak-kanak/bayi.

Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-26

Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-22 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-23 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-21

Lihatlah hasil gambar kami sekeluarga. Inilah kali pertama kami bergambar bertiga bersama. 🙂

Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-19 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-20 Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-28

Jadi jom ke cawangan UNIQLO hujung minggu ini. Selamat membeli-belah!

www.facebook.com/uniqlo.my

xoxo!

sign5

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Bergambar Percuma Dengan Koleksi UNIQLO LifeWear Kids And Baby

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge