Malaysia’s Largest Clothes Buffet Pada 25 – 27 April 2014

Ruby telah menterjemahkan Malaysia’s Largest Clothes Buffet kepada Buffet Pakaian Terbesar Malaysia. Hehehehe. Acara ini akan berlangsung pada 25 April 2014 hingga 27 April 2014 bermula jam 10 pagi hingga 6 petang di Syopz Mall, Taylor’s University Lakeside Campus.

Acara unik ini mendapat sambutan ramai kerana konsep yang digunakan. Pembeli akan mempunyai akses kepada 50,000 buffet fesyen pakaian dengan hanya membayar sebanyak RM 60. Mereka akan menerima beg ziplock dan dibenarkan merebut seberapa banyak pakaian dan aksesori yang mereka inginkan boleh dalam masa 15 minit. Selagi mereka boleh memuatkan ke dalam pakaian yang mereka pilih dan ziplock beg tersebut, Pakaian itu adalah milik mereka dan boleh bawa pulang!

Malaysia's Largest Clothes Buffet April

Pada 25 hingga 27 April 2014, 3 hari berturut-turut juga akan diadakan “Blowout Sale” bermula dari jam 4 petang – 6 petang. Setiap pakaian akan dijual pada harga RM 10 sahaja. Gerai-gerai bazaar juga akan mengambil bahagian.

blowout sale

Jika anda ingin menyertai Malaysia’s Largest Clothes Buffet dinasihatkan membeli tiket lebih awal di https://www.facebook.com/malaysiaclothesbuffet/app_434287979923319.

Caranya mudah sahaja, anda pilih tarikh dan masa. Setiap masa yang diberi 15 minit untuk grab pakaian. Jadi bayangkanlah dari 10 pagi hingga 6 petang berapa banyak slot untuk anda semua. Jadi anda boleh pilih bila-bila masa yang anda inginkan.

Ziplock Bag

Beg ziplock adalah 9 x 14 inci besar
Beg di Kiri : 4 x pakaian
Beg di kanan: 1 x pakaian, 4 x tali pinggang kurus , 1 x clincher , 1 x sepasang stoking
Rekod adalah 16 keping pakaian dan aksesori di dalam ziplock beg

Terma & Syarat

 

  • Bayaran secara tunai hanya pada hari acara
  • Tiada beg tangan dan mana-mana beg lain yang dibenarkan dalam ‘ kawasan membeli-belah ‘
  • Boleh beli bag banyak-banyak tetapi digunakan pada berlainan sesi
  • Hanya 1 beg untuk setiap seorang pada satu sesi
  • Setiap sesi terhad kepada sementara stok masih ada
  • Semua pakaian adalah dalam kondisi baru
  • Tiada pre-loved/pre-owned/vintage
  • Tidak dibenarkan mencuba pakaian
  • Pembeli mesti berupaya untuk menutup beg Ziploc sebelum keluar ‘ kawasan membeli-belah ‘
  • Beg tidak boleh koyak atau rosak atau penalti bagi beg baru akan dikenakan
  • Tiada bayaran balik
  • Pengurusan berhak untuk menolak kemasukan / penjualan beg
  • Pengurusan berhak untuk meminda terma & syarat tanpa notis terlebih dahulu

Malaysia's Largest Clothes Buffet Location

Jom sertai ruby, ruby akan berada di Malaysia’s Largest Clothes Buffet pada Sabtu 26 April 2014 jam 10 pagi. Tidak kira anda datang awal atau lambat. Sebab setiap sesi semua pakaian yang sama ada dan pelbagai pilihan!

www.malaysiaclothesbuffet.com

xoxo!

sign5

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge