Manjakan Bayi Di Little Spa Kingdom

      11 Ulasan pada Manjakan Bayi Di Little Spa Kingdom

Pendidikan awal sangat penting bagi bayi zaman kini. Tambahan pula, pelbagai informasi berkenaan perkembangan bayi telah membuka mata ibu bapa di luar sana bahawa manfaat urutan dan berenang sangat penting. Melihat Little Spa Kingdom telah beroperasi selama 3 minggu, ruby yakin untuk mencuba perkhidmatan mereka. Kebiasaan kita hanya duduk terperap di rumah menanti waktu bila meniarap, merangkak dan bertateh. Kita sebagai ibu bapa boleh membantu juga dengan pelbagaikan aktiviti bagi merangsang bayi untuk mencuba sesuatu.

Little Spa Kingdom adalah pusat jagaan bayi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk permata hati kita iaitu anak. Diantara servis yang ditawarkan adalah baby swim, baby yoga, baby massage, potong rambut, manicure & pedicure. Little Spa Kingdom adalah dibawah jenama Little Kingdom yang berkembang secara agresif di Malaysia dalam tempoh 18 bulan akan datang dengan kepakaran termasuk kesihatan, kecantikan, pendidikan, reka bentuk dalaman, makanan dan minuman.

Little Spa Kingdom terletak di Blok A4, Tingkat 1, Publika. Lokasi yang mudah untuk kesana. Ruby selalu ke Publika sebab kebanyakan acara blogger diadakan disana. Black Box dan The Bee memang lokasi wajib. Hehehe.

Little-Spa-Kingdom-Publika-1 Little-Spa-Kingdom-Publika-2 Little-Spa-Kingdom-Publika-3

Setibanya di Little Spa Kingdom, Ruby dan Adam disambut mesra. Untung sangat menempah Baby Spa Package pada hari jumaat jam 12 tengahari, kerana pelanggan tidak ramai dan Adam dilayan seperti anak raja. Hahaha. Kakak-kakak “therapist” semua layan Adam. Hehehe. Relax la ruby, masa ni lah nak ambil gambar Adam dan bersembang dengan Jaja iaitu Penolong Pengurus Little Spa Kingdom.

Little-Spa-Kingdom-Publika-22

Konsep Little Spa Kingdom sangat mudah dan selesa. Ruby email untuk booking buat pertama kali, memang blur la kan. Tapi teringin nak beri aktiviti kepada Adam. Lepas tu Little Spa Kingdom akan telefon untuk pengesahan tarikh dan masa pilihan ruby. Hehehe. Ruby pilih hari Jumaat jam 12 tengahari.

Little-Spa-Kingdom-Publika-23

Therapist untuk Adam adalah Cik Fadhilah. Dari Ruby sampai di Little Spa Kingdom, Baby Yoga, Baby Swim dan Baby Massage sehinggalah Ruby nak balik Cik Fadhilah akan jaga Adam. Dukung Adam sampai la Adam boleh tertidur. Hahaha syoklah Ruby walaupun pergi berdua je dengan Adam. Kebiasaan keluar berjalan mesti ada suami supaya boleh bergilir-gilir jaga Adam. Jadi, Adam dah serasi dengan Cik Fadhilah, pada masa akan datang ke Little Spa Kingdom Ruby akan tempah sekali dengan therapist. Boleh mereka jadualkan untuk Adam. Mana la tau kot kot Cik Fadhilah cuti. Hehehe.

Kebaikan Baby Yoga

 

Baby Yoga bagus untuk menguatkan dan membantu pembangunan bayi, terutama sistem pencernaan bayi kerana ia membantu untuk mengelakkan sakit perut dan sembelit. Kedudukan senaman Baby Yoga membantu melegakan ketegangan di perut mereka, bayi menjadi lebih tenang dan dengan itu mengalami corak tidur yang lebih baik. Baby Yoga juga membantu memperkukuhkan otot bayi anda, menggalakkan perkembangan otak dan membina refleks.

Little-Spa-Kingdom-Publika-11

Baby Swim

 

Lebih kerap bayi menggerakkan otot, mereka tidak lagi terhad oleh ketidakupayaan mereka untuk duduk atau berdiri. Setiap sesi berenang menyediakan senaman fizikal yang lengkap, menguatkan jantung dan paru-paru bayi dan seterusnya membantu perkembangan otak. Berada di dalam air juga membantu meningkatkan penyelarasan dan keseimbangan. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang suka berenang akan berjalan lebih awal. Bayi juga menjadi lebih bebas dan lebih yakin. Air menawarkan mereka untuk bertindak balas terhadap yang tidak dijangka. Kanak-kanak sering gembira dengan pencapaian mereka dan sedia menunjukkan kepada ibu bapa mereka.

Little-Spa-Kingdom-Publika-12 Little-Spa-Kingdom-Publika-13 Little-Spa-Kingdom-Publika-15 Little-Spa-Kingdom-Publika-14 Little-Spa-Kingdom-Publika-24 Little-Spa-Kingdom-Publika-26Little-Spa-Kingdom-Publika-16

Suhu air tab kecil adalah 32°C untuk bayi.

Suhu air tab besar adalah 34°C.

Baby Massage

 

Urutan membantu bayi anda berehat dengan mengawal kitaran tidur/jaga bayi, mengurangkan bayi menangis dan mana-mana tekanan emosi. Ia juga memperbaiki peredaran darah, membantu penghadaman, memperbaiki keadaan kulit dan melegakan sakit gigi. Urutan bayi berfungsi dengan menggalakkan pengeluaran hormon Cuddle (Oxytone), pelega kesakitan yang mempunyai kesan menenangkan kepada bayi.

Little-Spa-Kingdom-Publika-28 Little-Spa-Kingdom-Publika-27

Little Spa Kingdom juga adalah penjual sah Tiddley Pom Natural Baby Spa. Diantara rangkaian Tiddley Pom yang dijual di sini adalah Organic Baby Wash, Organic Massage Oil, Organic Soothing Lotion, Organic Nappy Balm, Baby Massage Music CD, Baby Night Time CD dan Baby Cuddles CD. Tiddley Pom Natural Baby Spa memang susah nak cari di Malaysia. Kalau nak beli, beli online dari shop.tiddley-pom.com yang kos penghantaran lagi mahal kan. Jadi, walk in ke Little Spa Kingdom untuk dapatkan produk Tiddley Pom Natural Baby Spa yang 100% organik. 🙂

Little-Spa-Kingdom-Publika-4

 Organic Baby Wash – RM 79.90
Organic Massage Oil – RM 69.90
Organic Soothing Lotion – RM 79.90
Organic Nappy Balm – RM 59.90

Little-Spa-Kingdom-Publika-5

 Baby Massage Music CD – RM 49.90
Baby Night Time CD – RM 49.90
Baby Cuddles CD – RM 49.90 

Jadi, apakah barang keperluan yang perlu ibu bapa sediakan jika ingin ke Little Spa Kingdom?

 

Di Little Spa Kingdom, pakej yang ditawarkan sangat menarik. Jika anda ambil Baby Spa Package yang terdiri dari Baby Yoga, Baby Swim dan Baby Massage. Anda hanya perlu bawa bayi anda dan pampers. Jika macam Adam yang datang dengan baju tidur tu, Ruby bawa sepersalinan pakaian untuk selepas semua sesi selesai. Hahaha. Adam nak berjalan ke tempat lain lepas tu. Hehehe. Tetapi ketika sesi Baby Swim tu anda boleh bawa Cloth Diapers. Pihak Little Spa Kingdom juga ada menyediakan Huggies Little Swimmer Diapers yang termasuk di dalam pakej. Ibu bapa juga tidak perlu bawa tuala. Hehehe. Melenggang ke spa macam Spa dewasa juga la kan. Bawa sepersalinan pakaian je atau nak pakai balik baju yang sama pun boleh. Hehehe.

Little-Spa-Kingdom-Publika-6

Little-Spa-Kingdom-Publika-17

Little Spa Kingdom juga menjual Cloth Diapers bernilai RM 39.90 setiap satu. Ruby lihat corak lebih menarik dari tempat lain. Sesuai untuk bayi lelaki dan perempuan.

Little-Spa-Kingdom-Publika-19

Huggies Little Swimmers Diapers yang disediakan oleh Little Spa Kingdom dari saiz S, M, L dan XL.

Pelampung juga disediakan oleh Little Spa Kingdom. Hehehe. Ada dua jenis pelampung, satu yang terletak di leher bayi dan satu lagi yang boleh duduk.

Little-Spa-Kingdom-Publika-20 Little-Spa-Kingdom-Publika-21

Jaja, Penolong Pengurus Little Spa Kingdom

Pelampung juga terdiri dari pelbagai saiz bergantung kepada leher bayi. Macam Adam leher yang double chin tu kena pakai saiz L ye. Hehehe.

Kemudahan yang disediakan di Little Spa Kingdom

 

Little-Spa-Kingdom-Publika-32

Ruang menunggu yang selesa. Sementara menunggu giliran boleh la baca buku dan menonton televisyen rancangan kartun sesuai untuk anak-anak.

Little-Spa-Kingdom-Publika-31

Tab besar dan Tab kecil. Permulaan baby swim di dalam tab kecil terlebih dahulu, jika ibu bapa yakin dengan bayi mereka boleh ke tab besar dan mandi bersama 2 rakan yang lain supaya bayi selesa. Tab besar ini siap ada buih-buih lagi tau macam Jakuzi tu. Syok betul!

Little-Spa-Kingdom-Publika-10

Little-Spa-Kingdom-Publika-9

Meja untuk bayi melakukan Baby Yoga dan Baby Massage.

Little-Spa-Kingdom-Publika-29

Ini pula bahagian untuk kanak-kanak 2 tahun keatas melakukan Baby Yoga dan Baby Massage. Dibantu oleh Therapist, bukan buat sendiri ya. Hahaha.

Little-Spa-Kingdom-Publika-33

Bahagian saloon rambut. Beroperasi pada hari sabtu dan ahad sahaja (10.30AM – 6.30PM). Peringkat umur adalah dari bayi berumur 1 bulan hingga kanak-kanak berumur 12 tahun.

Little-Spa-Kingdom-Publika-18

Manicure dan Pedicure turut disediakan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 12 tahun sahaja. Wah seronok la princess ni semua. Sementara menunggu turn untuk ke saloon rambut, servis kuku dulu ya. Hehehe.

Baby Yoga & Baby Massage – 1 bulan (4.5kg keatas) hingga 4 tahun

Baby Swim – 1 bulan hingga 3 tahun

Medi – 2 tahun hingga 12 tahun

Servis Potong Rambut – 1 bulan hingga 12 tahun

Harstyling – 2 tahun hingga 12 tahun

Pakej Little Spa Kingdom

 

 

Little-Spa-Kingdom-PRICES

Klik gambar untuk lebih jelas. 🙂

Little Spa Kingdom sedang menawarkan promosi sempena “grand opening” dengan memberi 20% diskaun kepada pakej 5, 10 dan unlimited. Tawaran sehingga 30 April 2014.

Sebagai contoh, Ruby ambil Baby Spa Package – Unlimited RM 1799.90. Jadi RM 1439.92

RM 1799.90 x 20  / 100 = RM  359.98.

Jadi anda jimat RM 359.98

Little Spa Kingdom dibuka setiap hari dari jam 9AM hingga 7PM. Mereka menerima “walk in customer” tetapi digalakkan untuk membuat tempahan agar anda tidak menunggu lama kerana therapist sedang bersama bayi lain.
 
Publika
A4-1-1 Solaris Dutamas,
No 1, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
 
Tempahan & Pertanyaan :
info@little-spa-kingdom.com 
+603 – 6211 7758

www.little-spa-kingdom.com

www.instagram.com/littlespakingdom

www.twitter.com/LSK_Malaysia

www.facebook.com/littlespa.kingdom

xoxo!
sign5

11 comments on “Manjakan Bayi Di Little Spa Kingdom

  1. Afiza Mustafar

    Alhamdulillah..terkejut bila tengok dalam NONA yg bersiaran hari ni ( 23/11/2014 ) psl SPA utk baby..for your info Ruby, Cik Fadhilah adalah 1 of my ex-practical student for physio…dia memang talented! masa practical kat tempat kerja saya dulu..memang dia ada experience on baby massage because she doing her practical at Maternity Hospital ( Muslimah Maternity Hospital ). Rasa bangga juga kerana beliau pernah bekerja di bawah saya, dan kini beliau dapat mencurahkan ilmu yang dia ada untuk dikongsi bersama.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge