Menu Sarapan Susu Soya F&N Seasons NutriSoy “Breakfast Love”

Hari ini ruby nak kongsikan dengan anda semua bagaimana ruby manfaatkan kebaikan susu soya di dalam sarapan pagi. Menu Sarapan Bersama F&N Seasons NutriSoy “Breakfast Love”. Hehehe. Jika anda bukan penggemar susu berasaskan haiwan, susu soya adalah yang paling sesuai kerana sumber dari sayuran iaitu kacang soya.

Protein dari kekacang seperti soya juga adalah pengganti kepada pengambilan daging. Sebagai orang melayu, saya memang terkenal dengan pengambilan daging dari ayam dan lembu. Maka jika anda ingin diet, pemakanan berasaskan sayuran adalah digalakkan bagi menggantikan protein dari daging dan telur.

Jadi apakah sarapan yang anda amalkan pada setiap pagi? Kebiasaanya ruby makan roti dan sapu dengan marjerin, jem strawberi atau kaya je. Cuma roti je bertukar-tukar sama ada wholemeal atau roti putih biasa. Bila dah bekeluarga, kenalah pelbagaikan menu sarapan pagi. Untuk memberi semangat kepada ahli keluarga kita yang bekerja di pejabat.

Suami ruby jenis yang tidak sarapan pagi, tetapi setelah berkahwin kena paksa sarapan pagi “no matter what happen”. Sedih bila waktu whatsaap sebelum makan tengahari pasti dia hantar mesej “lapar! lapar! lapar!”. Geram pula baca kan.

Ini antara sarapan pagi ruby dan suami. Mudah tetapi mengenyangkan ditambah pula minum dengan susu soya F&N Seasons NutriSoy suam atau soya F&N Seasons NutriSoy sejuk.

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-12

Roti Putih Sandwich Sardin + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-11

Roti putih disapu marjerin dan ditaburkan sedikit gula + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-10

Roti Wholemeal Sandwich Telur + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-9

Roti Wholemeal bersama jem strawberi + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-8

 

Mee Goreng  + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-15

Teh ‘O’ + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy = Teh Tarik 🙂

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-16

Kopi + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy = Kopi Susu

Menu sarapan seperti mee goreng, mihun goreng, kuew teow goreng, nasi goreng, nasi lemak, roti canai, kuah lodeh, kopi susu dan teh tarik juga menjadi menu utama hidangan sarapan bagi rakyat Malaysia. Jadi, apa sahaja sarapan yang anda nikmati, boleh dinikmati bersama dengan Susu Soya F&N Seasons NutriSoy. Susu Soya F&N Seasons NutriSoy mempunyai protein dapat membantu untuk membina tisu baru. Ia tidak mempunyai kolesterol dan rendah lemak.  Susu Soya F&N Seasons NutriSoy tidak ditambah bahan pengawet, perisa dan pewarna.

Ruby ingin kongsikan 1 resepi “Breakfast Love” dengan anda semua iaitu Waffle yang ruby masak untuk sarapan pagi suami. Hehehehe.

Waffle Breakfast Love

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan Susu Soya F&N Seasons NutriSoy
1 cawan air panas
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis Mauripan
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu kecil perisa vanilla dari Star Brand

Cara-caranya :

Masukkan semua bahan kecuali air panas, gunakan pengacau seperti Ruby guna untuk memudahkan kerja. Kalau guna sudip / sudu pun boleh. Kacau adunan sambil masukkan air panas sikit-sikit, sampai cair macam kat kedai waffle selalu buat tu. Mereka jual RM 3 sekeping. Oh my God! Baik buat sendiri! Kemudian biarkan adunan tu dalam setengah jam. Nak bagi Yis tu buat kerja skit. Hehehe.

Ruby guna Waffle Maker dari Takada ni. Beli dari Lazada. Waffle Maker ni jenis cepat panas, jadi bila nak masak tu anda boleh terus standby la dengan senduk yang sesuai untuk masak waffle. Tuang dari tengah supaya adunan cair tu merebak ke sekeliling bentuk LOVE tu. hehehehe. Jangan tutup dulu tunggu sampai ada buaih-buih macam sedang masak baru la tutup waffle maker tu.

Bila guna waffle maker tu ada lampu merah dan hijau, ruby tak guna lampu tu sebab macam tak masak je waffle ruby. Selalu kat kedai kemain berjanggut tunggu waffle nak masak, ni takkan la baru letak bancuhan dah masak? Errrr.. Jadi ruby set kan masa 10 minit untuk masak waffle sampai cantik. Hehehe.

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-5

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-3

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-2

menu-sarapan-bersama-fn-seasons-nutrisoy-breakfast-love-1

Waffle Coklat + Susu Soya F&N Seasons NutriSoy

Selamat mencuba!

www.facebook.com/NutriSoy.MY

xoxo!

sign5

6 thoughts on “Menu Sarapan Susu Soya F&N Seasons NutriSoy “Breakfast Love””

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.