OtterBox Preserver RM 309

Telefon pintar jika tidak di sarungkan dengan “casing” yang tahan lasak memang akan bersepai apabila jatuh. Walaupun kita berkira-kira untuk memilih warna telefon pintar keluaran terkini tetapi hakikatnya pilihan telefon pintar itu tidak akan menampakkan reka bentuk asalnya. Jadi, kita wajib mencari sarung telefon pintar yang bagus agar pelaburan kita terhadap telefon pintar itu tidak disia-siakan. Hehehehe.

Ruby memang ambil berat tentag penjagaan telefon pintar. Telefon dah le mahal, sekali jatuh dah bersepai bateri, dah berlekuk sana sini. Boleh menangis. Memandangkan diri ini agak kelam kabut sejak sibuk menguruskan bisnes dan rumah tangga. Maka, wajib cari sarung telefon pintar yang tahan lasak, terkena air masih ok atau masuk dalam air pun masih okay! Hahahaha.

Pernah telefon pintar jatuh dalam mangkuk tandas, terus tak boleh ON. Dah guna hair dryer pun masih tak berfungsi. Rosak macam tu je. Wuwuwuwuwu.

OtterBox-Preserver-RM-309

OtterBox Preserver ini diinspirasikan bagi gaya hidup masa kini. Kesibukan kerja, masa yang terlalu singkat. Jadi, aset yang kita miliki perlu la dijaga.

OtterBox Preserver buat masa ini khas untuk pengguna iPhone5, iPhone5s, Samsung Galaxy S4 dan akan datang untuk Samsung Galaxy S5. Terdapat 5 warna menarik iaitu Carbon, Glacier, Pistachio, Permafrost dan Primrose.

Yang paling ruby suka adalah warna Primrose. Hehehehe. Sweet sweet gitu.

OtterBox-Preserver-Primrose-iPhone5

OtterBox Preserver Primrose – iPhone5

OtterBox-Preserver-Primrose-iPhone5s

OtterBox Preserver Primrose – iPhone5s
OtterBox-Preserver-Primrose-Samsung-Galaxy-S4OtterBox Preserver Primrose – Samsung Galaxy S4

Keunikan OtterBox Preserver

1. Bingkai plastik yang kukuh
2. Nipis dan mudah masuk ke dalam kocek
3. Sarung telefon pintar yang memberi perlindungan kepada air, hentakan sewaktu jatuh dan habuk.
4. Pelindung skrin daripada calar.
5. Kusyen dibahagian dalam sarung telefon yang bagus bagi memegang telefon pintar dengan lebih kukuh.
6. Kalis air sedalam 6.6 ft dan boleh bertahan sehingga 30 minit.
7. Telefon pintar anda masih okay jika terjatuh dari ketinggian 6.6 ft 
8. Sarung Telefon Pintar OtterBox Preserver melindungi telefon anda dari habuk. Tiada ruang untuk habuk masuk dan berkampung di dalam OtterBox Preserver.
 

 OtterBox Preserver – RM 309

http://www.otterbox.asia/questions/Where_to_Buy_OtterBox_Cases.aspx

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “OtterBox Preserver RM 309

    sherry

    (Apr 3, 2014 - 9:17 pm)

    this is nice sure my friends like to know about this

    penaberkala

    (Apr 3, 2014 - 9:09 pm)

    perghhh, mengancam…
    klu ada nih nak hiking, nak juggle trekking, nk swimming pun dah tak risau
    ohsem

    […] Okay hari ni nak bagi OtterBox Preserver. Dah baca entry ruby berkenaan OtterBox Preserver? http://ruby.my/2014/04/otterbox-preserver-rm-309/ […]

    linda

    (Apr 3, 2014 - 8:16 pm)

    Nak!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.