Top 10 Produk Mainan / Kanak-kanak / Bayi Lazada Malaysia

Sejak suka membeli secara dalam talian dengan portal Lazada Malaysia ni. Ruby kerap juga meninjau kategori “Toys/Kids/Babies”. Ruby rasa macam cepat je masa berlalu bila Adam mula lincah dan aktif. Dulu memang sedih sebab Ruby tiada ilmu berkenaan bayi pra-matang dan tambahan pula Malaysia tidak banyak kedai barangan bayi pramatang. Masa Ruby banyak terluang dengan Google semua keperluan tentang bayi pra-matang. Membeli-belah di dalam talian sangat membantu.

Alhamdulillah Adam nak masuk 3 bulan, berat pun bertambah. Makin bam bam. Hehehehe. Dari lampin pakai buang saiz “Super Small NewBorn” sekarang dah saiz S Mamy Poko dan M Pet Pet. Hehehe.

Sebagai ibu, pasti kita ingin berikan yang terbaik kepada bayi walau bagaimana keadaan dia sekali pun. Hanya kita yang tahu penat, letih, emosi ketika hamil, bersalin dan berpantang. Adam adalah anugerah yang tidak ternilai bagi Ruby dan suami. Bersyukur sangat.

Ruby nak beri tips kepada ibu-ibu baru dan lama. Beri susu ibu sehingga bayi berusia 2 tahun agar kesihatan bayi dan perkembangan bayi bagus. Ruby kalau pergi mesyuarat di mana-mana pasti bawa “nursing poncho” supaya dapat susukan Adam dengan lebih selesa. Kalau tidak bawa Adam, Ruby akan perah susu EBM untuk Adam. Jadi, sesiapa yang jaga Adam hanya perlu panaskan susu guna mesin “warmer” sahaja. Jangan lupa pakai Disposable Breast Pad supaya susu tidak meleleh dan meninggalkan kesan kepada pakaian anda. ūüôā

Top 10 Pilihan Produk Mainan / Kanak-kanak / Bayi Dari Lazada Malaysia semuanya berkaitan keperluan Ruby untuk menjaga Adam. Siap boleh fikir untuk masa akan datang lagi tau. Memandangkan Adam adalah bayi lelaki. Maka.. Jeng Jeng Jeng.. 

top-10-pilihan-produk-mainan-kanak-kanak-bayi-dari-lazada-malaysia

 

Inilah dia Top 10 Pilihan Produk Mainan / Kanak-kanak / Bayi Dari Lazada Malaysia yang Ruby telah pilih buat masa ni. Jadi Ruby nak kongsikan dengan pembaca. Ada daripada produk tersebut Ruby dah beli sebelum Adam lahir lagi. Sebagai persediaan dan mungkin penulisan Ruby kali ini memudahkan ibu-ibu diluar sana.

NUK Printed Soother Chain

1. NUK Printed Soother Chain

NUK Printed Soother Chain ni sesuai untuk membantu ibu-ibu bapa-bapa dari tersalah letak puting bayi kita. Nanti kena “tour” satu rumah kemana menghilang soother baby tu. Hehehehe. Jadi bila ada NUK Printed Soother Chain ni boleh gantung dekat baju anak kita. Hehehehe.

 

Farlin Electric Breast Pump Kit RM 128

2. Farlin Electric Breast Pump Kit

Jika sewaktu hamil dah niat dalam hati nak menyusukan anak secara esklusif, pam susu wajib anda beli. Supaya waktu berpantang tidak susahkan suami untuk mencari pam susu. Pam susu mahal atau murah tidak mengapa, asalkan anda dapat mengeluarkan susu. Kalau kena “breast¬†engorgement” boleh demam woooo..

Macam Ruby lepas bersalin Adam, Adam dimasukkan terus ke NICU. Jadi EBM diperlukan. Ruby hari pertama susu belum ada lagi, sedih betul sebab tak beli lagi pam susu. Hari kedua doktor dah minta susu untuk mulakan penyusuan susu ibu tetapi Adam menggunakan paip. Jadi kena perah juga susu. Nak mudah google dan beli secara dalam talian la pam susu. Hahahaha! Alhamdulillah selama dua minggu berjaya buat EBM untuk Adam. Lepas tu dah balik rumah Ruby susukan Adam ikut kehendaknya. Hehehehe.

Pigeon Disposable Breast Pads RM 54

3. Pigeon Disposable Breast Pad 60+12 pcs

Bila dah menyusukan anak, wajib pakai “Disposable Breast Pad” sebab kilang susu pada awal-awal waktu berpantang memang banyak. Boleh basah baju tau. Lepas berpantang nak masuk kerja ofis takkan nak biar “tiba-tiba” baju basah tu berulang lagi. Sila pakai “Disposable Breast Pad” yer ibu-ibu. Ruby rasa beli yang pakai buang ni lagi bersih sikit. Terjamin kebersihannya.

Simple Dimple Misty Cat Activity Playgym RM 60

4. Simple Dimple Misty Cat Activity Playgym

Tumbesaran bayi memang cepat. Sampaikan rasa rindu pula rengekan waktu awal-awal kelahiran. Walaupun stress masa tu. Yelah kali pertama. Hehehe. Sekarang Adam dah 2 bulan lebih, dia dah boleh tarik baju Ruby. Teringat waktu ingin mandikan dia, dia nak tarik baju tetapi tercapai rambut Ruby dulu. Kuat betul tangan Adam.

Jadi Ruby mula terfikir, patut beli playgym atau apa-apa produk yang boleh merangsang perkembangan bayi. Macam tempat tidur bayi yang ada mainan gantung-gantung ke. Sesuai sangat semua ni. Tetapi untuk leka kan bayi pada waktu siang, elok sangat baringkan bayi diatas lantai playgym supaya anda tidak risau jika bayi mencuba meniarap atau merangkak pada waktu yang sama.

Pororo-11-Singing-Pororo-RM-79-90

5.¬†Pororo 11″ Singing

Bayi memang suka mendengar. Kadang-kadang tidak faham bahasa bayi yang digunakan apabila mereka respon. Bila pasang lagu yang menenangkan mereka akan mudah tidur. Untuk menggalakkan Adam bercakap Ruby bagi dia bersembang dengan Pororo. Hehehehe. Mainan ni sampai kanak-kanak Adam boleh main. ūüôā

Wisecube Concrete Mixer Truck RM 50

6. Wisecube Concrete Mixer Truck

Mainan ini bagi Ruby lebih selamat sebab material berasaskan kayu. Mainan ini mudah merangsang perkembangan kanak-kanak sebab bentuk dan sambungan menggunakan magnet. Mudah untuk mereka bermain dan kita rasa selamat.

Wisecube Police SUV RM 50

7. Wisecube Police SUV

Ruby suka jenama dari Wisecube ni sebab ia lebih selamat untuk kanak-kanak. Kali ni Police SUV pula. Hehehe.

Trunki Classics Travel Luggage Terrance Blue RM 169

8. Trunki Classics Travel Luggage Terrance Blue

Kanak-kanak bila nampak ibu ayah tolak troli bagasi, mereka pun nak juga. Bila mereka tolak atau tarik mana la sesuai dengan mereka. Nanti tersungkur pula anak kita. Jadi, selain beli bagasi untuk mereka. Mereka juga akan praktis bertanggungjawab dengan barangan milik mereka. Tidak boleh tinggalkan sesuka hati dimana-mana. Sementara anak suka nak tiru apa ibu ayah buat, masa ni paling sesuai untuk ajar tanggungjawab walaupun dalam keadaan paling simpel dan mudah.

Trunki Classics Travel Luggage Trixie Pink RM 169

9. Trunki Classics Travel Luggage Trixie Pink

Tak aci la Ruby bagi warna biru je kan. Warna pink untuk kanak-kanak perempuan pun ada ni. Comel kan? Jika ada sepasang anak lelaki dan perempuan atau ada anak ramai. Belikan satu sorang supaya jadi ingatan bila mereka dewasa. Hehehe. Ruby masih simpan bag sekolah pertama yang ibu bagi Ruby pilih masa tadika umur 5 tahun. Jenama Swan tu. Sebab itu pertama kali ibu bagi peluang untuk Ruby membuat keputusan memilih bag. Rasa teruja sangat! Dengan Trunki Classic Travel Luggage juga anak-anak boleh duduk dan bermain dengannya.

Scrabble Pocket UK RM 49

10. Scrabble Pocket UK

Hehehe. Maklumlah Ruby suka melancong, jadi nak menggalakkan anak supaya pergi travel tu biar lah berilmu dan tidak goyang kaki atau tidur je ke dalam bas / kapal terbang. Jadi, Scrabble Pocket UK ni bagus untuk membantu kanak-kanak ni berfikir dan mengisi masa terluang mereka.

Jadi, anda minat tak dengan Top 10 Pilihan Produk Mainan / Kanak-kanak / Bayi Dari Lazada Malaysia yang Ruby pilih ni?

Jika anda juga seperti Ruby memerlukan barangan seperti diatas, klik pada www.lazada.com.my/mommy-bloggers-ruby dan masukkan Voucher CODE : MummyRuby pada paparan pengesahan pembelian.

SB_mumb_ruby_080414

Voucher Code boleh digunakan sehingga 9 May 2014.

Selamat membeli-belah!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Top 10 Produk Mainan / Kanak-kanak / Bayi Lazada Malaysia

    akubiomed

    (April 12, 2014 - 11:36 pm)

    Luggage menarik perhatian saya. Sesuai untuk Aslah anak saya agaknya.

      Ruby

      (April 14, 2014 - 11:07 am)

      beli la akubiomed… comel tuuu..

    KiD

    (April 10, 2014 - 5:18 pm)

    Luggage tu macam best je.. boleh untuk travel.. hehehe

      Ruby

      (April 12, 2014 - 12:27 am)

      ya beli untuk ilham Kid. ūüôā

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.