100 Selebriti Turut Serta Di Mega Bazaar 2014

| |

Kalau tiada selebriti, pasti Mega Bazaar 2014 akan sunyi sepi. Kerana selebriti lah yang menggamatkan suasana di Bazaar. 100 selebriti turut serta di Mega Bazaar 2014. Neelofa, Yana Samsudin dan Hanez Suraya bakal berada di Mega Bazaar 2014 sepanjang dua hari, malah pelakon komedi terkenal seperti Afdlin Shauki, Sharol Shiro, Sharifah Shahora dan dramatis Eira Syazira akan turut memeriahkan bazaar ini dengan menjual produk mereka.

Selain itu penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia seperti Adira, Adam, Afiq dan Fitri akan turut serta bersama bintang popular lain termasuk Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Fiza Elite, Catriona Ross dan ramai lagi.

Mega Bazaar 2014

Kepada anda semua yang sudah pun membeli booth dan ruang niaga masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk anda bukan saja menjana keuntungan malah ia satu platform terbaik bagi membina jenama produk perniagaan masing-masing kerana pengunjung yang dijangka hadir adalah luar biasa.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, bazaar terbesar di Malaysia ini bakal mencipta fenomena tersendiri selain direkodkan sebagai himpunan peniaga online terbesar malah Mega Bazaar 2014 akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemampuan kuasa beli rakyat Malaysia.
“Saya sebagai penganjur sendiri tidak sangka sambutan yang kami terima setakat ini. Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 100 selebriti ternama sudah pun membuat pengesahan mereka untuk sama-sama menyertai jualan online terbesar ini nanti. Justeru saya yakin Mega Bazaar 2014 akan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk membeli barangan pelbagai jenis dan pilihan pada harga paling rendah lebih-lebih lagi semua sedang sibuk membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ruang niaga, kami masih membuka peluang pada saat akhir ini tapi perlu saya ingatkan, kami hanya tingggal beberapa saja lagi booth yang masih kosong kerana lebih 1000 lain sudah lama ditempah. Jangan tunggu lama dan tak perlu fikir lagi. Hubungi kami untuk membina profil keuntungan anda bersama kami,” katanya.

MEGA BAZAAR CELEB HIGHLIGHTS - NEELOFA

Ruby nanti nak cari Lofalens di Mega Bazaar 2014. Admire dengan kanta lekap warna grey yang Lofa pakai. Hehehe.

Mega Bazaar 2014 akan berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Jun 2014 depan bertempat di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60122920131 bagi keterangan lanjut.

Jumpa anda di sana!

Twitter : @EhEhBazaar

Instagram : @EhEhBazaar

xoxo!

sign5

Previous

Nasi Lemak Saleha Kg Pandan

Pulut Mangga Thai Aroy Aroy Monorail Imbi

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.