Avon Malaysia Beauty Workshop

      2 Comments on Avon Malaysia Beauty Workshop

Dah lama tidak ke “beauty workshop”. Al maklumlah bila sibuk melanda, memang tidak terfikir nak pergi kelas kecantikan dah. Hahaha. Minggu lepas Ruby berkesempatan ke Avon Malaysia Bloggers Party di Royale Chulan Damansara. Aktiviti yang telah diadakan adalah Beauty Workshop. Dari mula membersihkan muka hinggalah mekap bersama jurusolek tersohor Najeeb Azami.

Jom kita sama-sama praktis kan ANEW 360° WHITE bersama cikgu Rose. Hehehehe. Ruby pertama kali guna produk ANEW ni, sebab terlupa umur dah 27! Hahahaha. Patutnya dah boleh sangat guna ANEW 360° WHITE. Pada hari tersebut ruby dapat belajar cara penjagaan kulit wajah dengan lebih terperinci. 

ANEW 360° WHITE bersama Cikgu Rose

 

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-20

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-54

Cara-cara membersihkan wajah dengan ANEW 360° WHITE.

1. AVON Face and Eye Makeup Remover

2. ANEW 360° WHITE  Illuminating Cleanser 

3. ANEW 360° WHITE Illuminating Toner 

4. ANEW 360° WHITE  Full Face Mask 

5. ANEW 360° WHITE  Intensive Serum

6. ANEW 360° WHITE  Day Cream SPF 20 PA++

7. ANEW 360° WHITE  Ultra UV Shield SPF 50 PA+++

8. ANEW 360° WHITE  Night Cream

 

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-52 Avon-Malaysia-Bloggers-Party-33

Sebelum memulakan sesi membersihkan wajah, pakai sarung kepala ya. Agar tidak basah tudung atau rambut anda. Kemudian bersihkan muka dengan AVON Face and Eye Makeup Remover. Mungkin mekap semalam tidak dibersihkan sepenuhnya ke kan? Hehehehe.

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-31 Avon-Malaysia-Bloggers-Party-27

Bersihkan muka dengan ANEW 360° WHITE  Illuminating Cleanser. Picit pembersih muka sebesar RM 0.50 sahaja dan gosokkan diantara kedua-dua 4 jari tangan sehingga naik buih. Kemudian sapukan ke muka. Peringatan hanya 4 jari sahaja yang penuh dengan pencuci muka, bukan keseluruhan tangan dan tapak tangan tau. Hahahaha. Pastikan kawasan mata tidak terkena pembersih muka ya. 

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-24

Bersihkan muka dengan air suam dan lap ke arah ke atas. Contohnya dari dagu ke hujung telinga, dari bibir ke pipi. hidung ke pipi dan hidung ke dahi.

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-21

Selesai membersih muka, pakai ANEW 360° WHITE Illuminating Toner dan tekap-tekap di wajah anda. 

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-19

Kemudian masa untuk merehatkan diri dengan ANEW 360° WHITE  Full Face Mask. Disebabkan kita berada di Beauty Workshop, maka 5 minit je pakai mask. Kalau di rumah ruby akan pakai sampai puas hati. Hehehehe. Mungkin pakai semalaman semasa tidur. 🙂

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-17

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-51

Kemudian anda picit ANEW 360° WHITE  Intensive Serum sebesar RM 0.05 sahaja. Sikit sahaja sudah memadai. Sapukan di muka dan tekap-tekap di muka sehingga rata di seluruh muka. Nampak macam tidak cukup kan? Tetapi tekstur Serum ni seperti air, ia mudah meresap.

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-16

Dah selesai pakai serum, kena juga jaga kulit wajah dengan krim siang malam dan pelindung sinar UV. Aplikasikan ANEW 360° WHITE  Day Cream SPF 20 PA++, kemudian ANEW 360° WHITE  Ultra UV Shield SPF 50 PA+++. Jika untuk waktu malam sebelum tidur pakai ANEW 360° WHITE  Night Cream sahaja.

Tadaaa. segar betul ruby rasa. Terpapar nurrrrrr kesegaran di wajah ku. Hehehehe.

Sesi Mekap Bersama Najeeb Azami

 

Sebagai Lifestyle Blogger, memang kerap juga mekap sebelum kemana-mana tugasan. Wajib mekap, sebab kalau tidak mekap macam Zombie dah muka ni. Hahaha. Walaupun dah biasa mekap, pasti kena polish lagi teknik mekap tambahan apabila Avon Malaysia membawa Najeeb Azami sewaktu sesi workshop. Waaaa.. Macam jumpa selebriti dah tau. Minat giler dengan Najeeb, sebab cara mekap dia simple aje. Tak mengubah wajah orang, malah makin cantik!

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-12 Avon-Malaysia-Bloggers-Party-11

Pertama sekali perlulah pakai perlindungan sinaran UV, Alhamdulillah Cikgu Rose dah siap-siapkan kami semua dengan UV protection dan Krim Siang. Jadi, terus ke sesi mekap.

1. AVON Ideal Luminous Cashmere Advanced Foundation SPF 15 25g (Pure Beige) – RM 29.90

2. AVON Ideal Luminous Dual Powder Foundation 9g (Shell) – RM 35.90

3.  AVON Over Nature Make Up Palette 2.4g (Garden Voyage) – RM 39.90

4. AVON Supershock MAX Waterproof Mascara 10g (Black) & AVON SuperExtend Extreme Waterproof Mascara 7.5g – RM 35.00

5. AVON Ultra Color Rich Over Nature Lipstick 3.6g (Pink Lily) – RM 21.90

Mula-mula pakai AVON Ideal Luminous Cashmere Advanced Foundation SPF 15, tona yang sesuai dengan ruby adalah Pure Beige. Kemudian pakai AVON Ideal Luminous Dual Powder Foundation, ruby aplikasikan dengan berus seperti loose powder. Tona ruby adalah Shell. Ruby suka foundation warna gelap dan kemudian warna loose powder cerah. Hehehe.

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-10 Avon-Malaysia-Bloggers-Party-9

Ruby memang jimat orangnya bila pakai loose powder, sampai la Encik Najeeb datang dan ajar pakai loose powder ni supaya kemas-kemas dan sekata. Terutama bahagian bawah mata. Encik Najeeb juga memberi tips bahawa wajah macam ruby ni tidak perlukan concealer. Yahooo. Bak kata Encik Najeeb “Less is More”. Hehehe.

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-4

Ruby suka mekap yang natural tetapi cantik. Walaupun nak natural, pembayang mata kena pakai tau. Lepas tu pakai mascara secara zig zag.

Avon-Malaysia-Bloggers-Party-3 Avon-Malaysia-Bloggers-Party-2

Selesai pembayang mata dan maskara, ambil berus dan aplikasikan shading, kemudian sapukan sedikit pemerah pipi dengan warna yang lembut. Tekniknya senyum dan sapukan dari tepi hidung ke pipi. Terakhir sapukan gincu yang ruby suka! Hehehehe. Pink Lily kegemaran ruby!

10271560_10152418042004931_9011547388600184852_n

Harga tertera adalah harga promosi pengenalan mengikut kempen 9 & 10 2014.  Selamat mencuba!

www.my.avon.com

www.facebook.com/AvonMy

@AvonMY

xoxo!

sign5

2 comments on “Avon Malaysia Beauty Workshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge