#BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky

      4 Comments on #BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky

Kerja kalau diikutkan sangat memang tidak akan habis. Setiap aktiviti harian yang kita lakukan boleh dikategorikan kerja. Walaupun anda suri rumah tangga, boss di pejabat, staff biasa-biasa, pelajar universiti dan sebagainya. Nikmati waktu rehat walau 5 minit #BiggerBreak bersama Kit Kat Chunky. Hehehe.

Nilai Kit Kat Chunky 1 bar sekitar RM 2.90. Jika anda beli pek promosi ia bernilai RM 5.90 untuk 3 bar.

#BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky #BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky #BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky

Kit Kat Chunky ni satu bar ada 3 bahagian boleh dipotong. Tetapi kebiasaannya sekali rehat 5 minit ruby boleh habiskan semua. Hehehehe. Ruby rasa masa ruby semakin terhad, jika nak layan sangat makan lama-lama mesti Adam dah merengek nak susu. Jadi 3 minit makan Kit Kat Chuncky dan 2 minum air. Ekspress kan? Begitulah nasib ibu muda. Masih belajar menyesuaikan diri. Jadi suri rumah tangga lagi 3 kali ganda kerja di pejabat.

#BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky #BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky

Pentingnya anda semua rehat! Ya #BiggerBreak membuatkan ruby kira bila lah waktu rehat ruby. Sejak hamil sampai dah bersalin tiada isitilah rehat. Jadi ruby hargai sangat waktu rehat. Dapat makan Kit Kat Chunky sudah memadai. Itulah ruby punya #BiggerBreak. 🙂

Jom tonton video dari Zizan Razak. Beliau sebagai selebriti juga memerlukan rehat. Ini kan pula kita sebagai peminat dia. Hehehe.

Kajian menunjukkan satu pertiga rakyat Malaysia menghabiskan masa di tempat kerja melebihi waktu kerja lazim 8 jam setiap hari kerana mengejar tarikh akhir dan memenuhi permintaan majikan. Umumnya, kita telah sedia maklum bahawa kerja yang berpanjangan tanpa rehat yang mencukupi boleh menjejaskan kesihatan dan produktiviti keseluruhan di tempat kerja. Di samping itu, sebilangan besar rakyat Malaysia iaitu 91% memeriksa e-mel dan mel suara mereka ketika bercuti dan 80% pula memastikan telefon bimbit mereka sentiasa terpasang ketika berehat atau bercuti supaya mudah dihubungi oleh majikan jika diperlukan.

“Tabiat tidak membezakan antara waktu kerja dan peribadi ini telah terbukti boleh menjejaskan kesejahteraan seseorang. Pada peringkat harian, kekurangan waktu rehat boleh mengganggu tumpuan dan produktiviti. Dalam tahun bekerja, kekurangan cuti sebenar yang bebas daripada tekanan kerja boleh membawa kepada kelesuan dan kehabisan tenaga. Secara keseluruhan, ketiadaan rehat daripada kerja yang mencukupi di kalangan pekerja membawa kesan buruk kepada kesihatan dalam jangka panjang,” kata May Tan, Pengurus Pemasaran Konsumer

Bahagian Konfeksi Nestlé. “Menerusi Bigger Break Drive, Kit Kat Chunky berharap dapat menonjolkan kepada rakyat Malaysia kepentingan berehat, sama ada sekadar 10 minit ketika waktu bekerja atau beberapa minggu dalam setahun,”

Jenama ikonik Kit Kat dilancarkan pada 1935 apabila wafer pertama dengan empat jejari ini diperkenalkan sebagai Rowntree’s Chocolate Crisp di London dan Tenggara United Kingdom. Dalam tempoh 18 bulan, ia dijenamakan semula oleh pengarah pemasaran Rowntree, George Harris, sebagai Kit Kat Chocolate Crisp, dan lahirlah Kit Kat. Slogan iklan “Have a break, Have a Kit Kat” yang terkenal dicipta pada 1958 dan telah digunakan secara berterusan sejak itu. Kit Kat kini dikilang oleh Nestlé di 13 buah negara dan dijual secara terus di lebih 70 pasaran. Tahun 2010 merupakan ulang tahun ke-75 pelancaran wafer ikonik empat jejari Kit Kat.

www.facebook.com/KitKatMalaysia

xoxo!

sign5

4 comments on “#BiggerBreak Bersama Kit Kat Chunky

    1. Ruby Post author

      Fadzi Razak, eh sesuai kan untuk alas sebelu berbuka dengan juadah besar. Hmm. dulu masa saya kerja pejabat saya macam awak juga. Berbuka kit kat lepas tu solat kemudian baru makan nasi. kalau waktu cuti lepas solat tarawikh baru makan nasi. kat surau bawa kit kat. Hehehe. Tak sabar nak puasa!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge