Fabrik Wangi Dengan Downy Parfum Happiness

Downy Parfum telah mengeluarkan koleksi wangian baru iaitu Downy Parfum Happiness. Sejak Downy Parfum berada di pasaran Malaysia. Tiap rumah ahli keluarga Ruby pasti ada Downy Parfum. Ramai dah bertukar kerana dengan 1/2 penutup Downy Parfum untuk satu kali cucian mesin sudah mencukupi berbanding jenama lain yang memerlukan 1 atau 2 penutup botol penuh dan kadang kala wanginya tidak semerbak. Jika diikutkan perbandingan harga, Downy Parfum dan jenama lain tidak banyak beza. Untuk ruby yang hanya membasuh pakaian suami, pakaian ruby, cadar dan towel dengan 1 botol 900 ml Downy Parfum boleh bertahan dalam masa 2 bulan. 🙂

Kegemaran ruby adalah Downy Parfum Passion sebab bau dia yang segar dan seksi tu membuatkan satu rumah berbau wangi. Hahaha. Ruby tinggal di rumah pangsapuri, jadi bila sidai kain dalam kawasan rumah juga dibahagian balkoni tu. Mesin basuh pula di tepi bilik air. Kadang-kadang bila mesin basuh bilas air tu bau Downy Parfum semerbak keluar. Hehehee.

Downy Parfum Happiness

Kali ini ruby ingin mencuba Downy Parfum yang baru iaitu Happiness. Bila lihat botol berwarna gold ni dalam fikiran pasti bau seperti oren citrus gitu.. Tapi sangkaan ruby meleset. Hahaha.

Downy Parfum Happiness Downy Parfum Happiness

Arahan Penggunaan Downy Parfum

Pada bilasan terakhir, masukkan Downy mengikut sukatan di bawah ke dalam air bilasan atau ruang pelembut pada mesin basuh.

Untuk cucian tangan

Tambah ½ penutup untuk 15-20 helai pakaian, rendam selama beberapa minit dan keringkan.

Untuk cucian mesin

Tambah ½ penutup untuk separuh muatan (sehingga paras air 35L). 1 penutup untuk muatan penuh (sehingga paras air 52L). Selepas kitaran membilas selesai, keringkan seperti biasa.

Untuk hasil terbaik pada jeans, selimut dan tuala, tambahkan 1 lagi penutup Downy.

Downy Parfum Happiness Downy Parfum Happiness

Jatuh cinta semula dengan Koleksi Downy Parfum, rangkaian pelembut fabrik berwangian mewah yang dihasilkan mengikut trend wangian terkini dengan pereka-pereka wangian terbaik di dunia. Sebagai salah satu jenama pelembut fabrik terkemuka dunia, Downy kini membawakan inovasi baru ke Malaysia, Teknologi Penukaran Bau – yang menjadikan setiap sentuhan satu pengalaman wangian yang baru!

Setiap varian dalam Koleksi Downy Parfum – Mystique, Passion, Innocence dan tambahan terbaru dalam rangkaian ini: Happiness – kini mengandungi Kapsul Mikro Wangian (Perfume Micro-Capsules, PMC) Dual di dalam setiap botol. Dua jenis PMC di dalam satu botol pelembut fabrik dari Koleksi Downy Parfum ini meninggalkan partikel-partikel wangian bersaiz kecil yang melekat pada fabric. Partikel-partikel kecil ini diaktifkan oleh pergerakan semula jadi pada pakaian lalu membebaskan wangian yang berlainan dan menghasilkan rangkaian bau yang berbeza. Pengalaman ini boleh diibaratkan seperti menggunakan dua wangian kegemaran anda dan baunya akan kekal sehingga basuhan seterusnya. 

Koleksi Downy Parfum

Varian-Varian Downy di Malaysia

Mystique

Mystique membawakan wangian bunga-bungaan Timur yang mengasyikkan dan merangsang deria yang diilhamkan daripada suasana bandar Paris di tengah malam seperti yang digambarkan di dalam pelbagai filem-filem hebat Hollywood. Biarkan diri dibuai wangian Downy Mystique yang menawan. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual. 

Sunrise Fresh

Serapkan kesegaran waktu pagi pada pakaian anda – memberikan kesegaran yang dirangsang oleh pergerakan selama 7 hari dengan hanya satu cucian.

Anti Bacteria

Dengan bahan-bahan penghapus kuman unik yang menghalang pembiakan kuman yang menyebabkan bau busuk. Kesegaran pada pakaian tahan lebih lama walaupun ketika berpeluh.

Passion

Wangian manis campuran buah-buahan yang diadun dengan haruman bunga-bungaan yang menawan dengan sentuhan Vanila yang hangat dan sensual. Serlahkan daya penarik anda dengan kesegaran ‘wangian pada pakaian setiap hari’. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual.

Happiness

Memperkenalkan Downy Happiness baru untuk musim panas – wangian menyegarkan yang menarik dan nyaman untuk cuaca panas. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual.

Innocence

Wangian sejambak bunga yang disaluti haruman kasturi menyerlahkan sisi lembut dan romantik sifat kewanitaan yang sofistikated. Serlahkan daya penarik anda dengan kesegaran ‘wangian pada pakaian setiap hari’. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual.

Untuk menekankan kepentingan wangian di dalam majlis-majlis sosial yang penting, Koleksi Downy Parfum telah melancarkan kaji selidik dalam talian hari ini dengan kerjasama portal rangkaian sosial dan fesyen Clozette untuk meninjau sekiranya pembaca bersetuju bahawa lelaki tidak begitu peka terhadap wanita berbanding ketika janji temu pertama. Adakah benar lelaki tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama? Lawati www.clozette.co/downy untuk menyertai kaji selidik ini. Sertai juga perbualan di media sosial dengan #CluelessMan dan #DownyMY.

Koleksi Downy Parfum Downy_Dolce_logo-01

Sepanjang bulan April dan May, pasangan ini akan berkongsi pendapat mereka tentang sama ada lelaki benar-benar tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama dan menyeru para peminat Koleksi Downy Parfum untuk mengambil bahagian di dalam kaji selidik Clozette dan menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna Malaysia tentang kebolehan untuk menghangatkan semula cinta dengan Koleksi Downy Parfum baru yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau di laman-laman media sosial mereka.

Koleksi Downy Parfum yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau boleh didapati di semua cawangan runcit utama bermula April 2014. Harga Cadangan Jualan adalah RM5.85 untuk 370ML, RM10.90 untuk 900ML dan RM20.90 untuk 1.8L. 

Ambil bahagian di dalam kaji selidik “Lelaki Tidak Peka Terhadap Wanita” di www.clozette.co/downy

Sertai perbualan di media sosial dengan #CluelessMan dan #DownyMY

Kongsi pandangan anda bersama Diana dan Farid di

Instagram & Twitter

@DianaDanielleB | @FaridKamilZ

Facebook

www.facebook.com/DianaDanielleB   www.facebook.com/faridkamil.fanpage

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Fabrik Wangi Dengan Downy Parfum Happiness

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.