Lagi 30 Hari Mega Bazaar 2014

Pastinya anda semua telah ketahui acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun bakal berlangsung lagi 30 hari! Sebelum ini artikel ruby berkenaan Perlancaran Eh Eh Bazaar telah mendapat sambutan dari ramai pihak. Ada yang bertanya berkenaan harga tapak bazaar, saiz bazaar dan jenis tapak bazaar. Hehehe. Semua ruby salurkan kepada organiser Eh Eh Bazaar agar mereka boleh berbincang dengan lebih lanjut.

Eh Eh Bazaar

Lagi 30 hari sebelum Mega Bazaar 2014 berlangsung dan 100 tapak bazaar masih boleh di tempah. Jadi kepada anda yang mengusahakan perniagaan secara dalam talian sama ada dari blog, website, instagram dan facebook. Jom kita meriahkah Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.

MEGA BAZAAR WEB BANNER 500X300 MIX M

Lebih 900 peniaga “online” telah mendaftar sebagai vendor untuk acara Mega Bazaar 2014. Acara besar yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun bertempat di MAEPS Serdang mendapat sambutan yang memberangsangkan!. Awalnya macam tidak percaya, tapi itulah hakikatnya apabila kesemua peniaga online berebut-rebut mendapatkan ruang niaga di Mega Bazaar 2014 ini.
 

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, pihak penganjur sendiri tidak percaya dengan sambutan yang  diterima. “Tinggal lagi 100 saja gerai yang masih kosong dan belum ditempah lagi. Dalam masa seminggu selepas Sidang Media Mega Bazaar 2014, lebih 500 booth kami sudah ditempah. Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga,” katanya.

Menariknya, Mega Bazaar 2014 berbeza daripada kebanyakan bazaar lain kerana ia adalah paling besar dan bakal direkodkan dalam sejarah penganjurannya sendiri. Malah lebih 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing.

Jadi, apa tunggu lagi? Kepada anda yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk kita berniaga secara offline.

Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131. Jumpa anda di sana!

Twitter : @EhEhBazaar

Instagram : @EhEhBazaar

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.