Mudahnya Membeli Di NATTA Cosme

Kebiasaanya kalau Ruby membeli barang keperluan untuk mekap, Ruby selalu ke Watson’s atau Guardian. Sebab barang mekap yang biasa ada di televisyen ada dijual disana. Kita kan mudah dipengaruhi dengan iklan. Hahaha.

Disebabkan dah bertahun berpengalaman dalam industri kecantikan. Banyak juga barangan mekap yang tidak sesuai dengan ruby. Ada yang sesuai tetapi mahal dan juga cepat habis. Sikit benor kuantitinya. 🙁

Sejak dah pandai mencari dan mencuba pelbagai barangan mekap, sekarang baru berani nak cuba produk jenama yang jarang kita dengar. Ruby nak beli barangan kosmetik yang dapat banyak bintang. Ulasan dari pengguna lagi penting dalam masa yang sama cuba 1 dulu baru beli banyak-banyak. Hehehe. Sebab barang kosmetik jenama dari korea, jepun dan taiwan ni lagi syok beli banyak-banyak sebab murah! Beli kat EXPO! Hehehe.

Sekarang dah ada anak, nak pergi EXPO dah tak sesuai sebab masih bayi. Jadi jom kita membeli-belah dalam talian di www.nattacosme.com. NATTA Cosme adalah sebuah pusat membeli-belah barang keperluan kosmetik, penjagaan diri, rambut, perhiasan dan kesihatan. Mereka ada kedai dan mereka juga mempunyai laman sesawang untuk pelanggan membeli dalam talian. Mudah kan?

Ruby tertarik dengan barang kosmetik dari NATTA Cosme iaitu jenama Miss Hana. Sebelum membeli secara dalam talian. Ruby google dan baca ulasan dari blogger, tengok mereka lakukan “swatches” dekat kulit mereka. Rasa yakin bila nak membeli bila ada ulasan telus begitu.

Jom membeli-belah dalam talian Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner di www.nattacosme.com 🙂

Natta-Cosme-Online-Shopping-9 Natta-Cosme-Online-Shopping-6 Natta-Cosme-Online-Shopping-5 Natta-Cosme-Online-Shopping-1

Setelah membeli belah, dalam masa 2 hari produk sudah sampai ke rumah dengan menggunakan servis penghantaran dari Skynet. 🙂

Natta-Cosme-Online-Shopping

Selamat membeli belah di Natta Cosme! Nantikan ulasan produk Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner pada minggu hadapan.

www.nattacosme.com

Facebook : www.facebook.com/NattaCosme

Instagram : @nattacosme

xoxo!

sign5

4 thoughts on “Mudahnya Membeli Di NATTA Cosme”

  1. Nampak menarik laman web Natta Cosme ni… Ruby ni sama dengan isetri saya.. Dia pun suka membeli belah secara Online… Biasanya dia membeli Pefume di Strawberry.net… Tapi sekarang tidak lagi…

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.