Nasi Lemak Saleha Kg Pandan

Pertama kali mencuba Nasi Lemak Saleha Kg Pandan, sampai sesat larat nak ke sana. Hahaha. Terima kasih abang Sham kerana mengenalkan ruby dengan restoran Nasi Lemak Saleha Kg Pandan. Sedap dan kena dengan selera ruby.

Nasi Lemak Saleha Kg. Pandan

Nasi Lemak + Sambal Sotong + Bergedil : RM 4

Teh Tarik : RM 1

Harga di Nasi Lemak Saleha Kg Pandan berpatutan, tidak mustahil pelanggan tak putus-putus ke sini. Ruby dan rakan-rakan pun menikmati sarapan pagi disini dari jam 10.30 pagi hingga 1 tengahari. Mula-mula abg sham dan kak marini datang. Lepas tu ruby dan suami. Kemudian abang ed dengan shaker. Hahaha. Jadi tidak putus-putus ketibaan kawan-kawan. Hehehe.

Nasi Lemak Saleha Kg. Pandan

Nasi Lemak Saleha Kg. Pandan Nasi Lemak Saleha Kg. Pandan Nasi Lemak Saleha Kg. Pandan

Motif bergambar depan kedai. Hehehehe. Dari kiri Ruby, Abang Ed, Kak Marini, Abang Sham dan Shaker.

Cara nak ke Restoran Nasi Lemak Saleha Kg Pandan, dari MRR2 menghala ke Pandan Jaya tu. Anda berada di lorong kiri untuk ke Pandan Jaya tetapi jangan masuk kanan ke Pandan Jaya. Anda terus dan belok kiri. Ikut jalan baru siap tu. Trafik light pertama disebelah kanan anda akan nampak AEON Big. Terus lagi dan selepas trafik light ke dua anda belok kiri. Terus sahaja sampai jumpa jalan besar. Masa ni anda akan nampak  Masjid disebelah kanan. Nampak jalan besar T junction, anda belok kiri. Teruskan perjalanan dengan kelajuan 20km/j??? agar tidak terlepas Nasi Lemak Saleha Kg Pandan. Hahahaa.

Waktu perniagaan

Isnin – Khamis 06:00 pagi – 11:00 malam
Fri06:00 pagi – 12:00 tengahari
Sat – Sun06:00 pagi – 11:00 malam
No Telefon : 012-718 0400
Selamat Mencuba!
xoxo!
sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Nasi Lemak Saleha Kg Pandan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.