Pulut Mangga Thai Aroy Aroy Monorail Imbi

Susah juga nak memenuhi nafsu teringin nak makan Pulut Mangga Thai ni. Dah sebulan teringin. Tanya kawan-kawan di facebook banyak betul lokasi yang mereka kongsikan. Salah satunya Pulut Mangga Thai Aroy Aroy Monorail Imbi. Tetapi bila masa pula nak pergi? Hahahaha. Beberapa hari lalu Ruby ada kerja di Berjaya Time Square dan waktu itu juga ingin menghantar pampers kepada ex office mate di 7-Eleven Malaysia office di Menara BGI. Jadi, Ruby parking kereta di Menara BGI dan berjalan ke Berjaya Time Square. Balik dari selesai kerja, melalui jambatan Monorail Imbi tu baru terperasan Pulut Mangga!

Hahahaha. Makanya berhenti dan beli Pulut Mangga Thai dari gerai Aroy Aroy di jejambat Monorail Imbi tu. Bungkus dan bawa balik rumah. Dalam kereta dah menggeletek perut ni nak buka bekas polystyrene yang berisi Pulut Mangga Thai.

Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-2

Pekerja di Aroy Aroy juga dari negara jiran iaitu Thailand. Jadi pulut mangga yang Ruby beli ni pure dari sana la kan.

Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-3 Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-5 Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-8 Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-7 Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-6

Pulut Mangga Thai – RM 5.00

Selain dari itu, Ruby ada beli Somtam juga. Hehehe. Di gerai ini terdapat lagi beberapa makanan dari negara Thailand. Kerabu ada. Tom Yam ada. Semua bahan segar juga ada disediakan. 🙂

Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-4

Pulut-Mangga-Aroy-Aroy-Monarail-Imbi-1

Somtam Thai – RM 5.00

Lokasi Pulut Mangga Thai Aroy Aroy Monorail Imbi ni berhadapan NOKIA Service Center tu. Turun Monorail mengarah ke NOKIA tapi pusing bawah untuk melalui jambatan Monorail Imbi. Kalau naik kereta parking di Menara BGI, naik lift sampai tingkat 1 dan keluar ke jambatan ya. Hehehe.

Selamat Mencuba!

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.