FIFA World Cup 2014 RM 100 Dari Astro Football Pass

Dalam banyak-banyak sukan, Ruby minat Hoki. Tetapi dalam banyak-banyak perlawanan sukan, Ruby suka bola sepak. Miahahaha! Dalam keluarga Ruby kalau FIFA World Cup tiba je, saya lah orang yang duk tercongok depan televisyen sampai la pagi. Masa sekolah dulu Ruby pilih kumpulan yang ruby suka aje untuk tonton secara langsung sebab kang kena pelangkung dengan mak sebab tidak tidur. Esok nak sekolah, nak exam. Study bola pula tu. Hahahaha.

Nasib baik la FIFA World Cup ni 4 kali setahun je. Hehehe. Serius ruby suka tengok perlawanan bola sepak diantara negara sahaja. Kalau perlawanan bola sepak yang ikut kelab tu Ruby tak minat. Sebab jika mewakili negara, semangat patriotik tu lain sikit. Ruby fanatik dengan Spain dan Brazil. Hehehehe.

Pada tahun 2010. Ruby siap masuk peraduan untuk menang Adidas Jabulani dan beli vuvuzela tau! FIFA World Cup 2014 kali ini pun begitu juga. Nak dapatkan Adidas Brazuca pula. Hehehehe.

FIFA World Cup 2014

Pengalaman masa FIFA World Cup 2010 memang mencabar sebab siaran di televisyen terhad dan ruby selalu online streaming dari laman sesawang luar negara. Walaupun internet semput-semput, redha je la goal dah masuk tapi ruby duk tunggu lagi streaming. hahahahaha! Adoi penglaman demam world cup memang lawak!

Jadi lepas ni tidak perlu nak merepek streaming siaran dari luar negara tu, dapatkan siaran FIFA World Cup RM 100 dari Astro Football Pass. Kesemua 64 perlawanan sepanjang FIFA World Cup 2014 akan disiarkan! 12 Jun 2014 hingga 13 Julai 2014 kita sama-sama sorak tengok Spain dan Brazil ya. Hehehehe.

Astro World Cup Football Pass

 

Banyak negara yang Ruby sokong. Tapi.. Spain dan Brazil ni cara permainan dia semangat lain skit. Takda banyak drama swasta. Hehehe.

Screen Shot 2014-05-28 at 10.30.38 AM

Dapatkan Football Pass dari Astro untuk menonton kesemua perlawanan FIFA World Cup 2014 sekarang! Suami Ruby sokong Korea Republic dan England. Bayangkanlah demam World Cup ni macam mana nanti kami dirumah.  Wakakakaka!

Ruby sudah melanggan FIFA World Cup RM 100 dari Astro Football Pass. Nanti pada 12 Jun 2014 secara automatik siaran akan ada. Football Pass ni ada sepanjang FIFA World Cup 2014 sahaja. 1 bulan tu televisyen khas untuk FIFA World Cup 2014. Hehehehe. Bagusnya hanya RM 100. 64 siaran perlawanan secara langsung dengan High Definition!

Untuk melanggan anda hanya perlu dail nombor khidmat pelanggan Astro 1 300 82 3838 atau gunakan alat kawalan jauh Astro anda dan pilih siaran 200. Disitu anda akan dibawa ke Astro Self Service. 🙂

www.astro.com.my

www.fifa.com

xoxo!

sign5

 

1 comment on “FIFA World Cup 2014 RM 100 Dari Astro Football Pass

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge