Tefal Service Centre

Baru-baru ini Ruby telah membeli periuk nasi pelbagai guna dari Jenama Tefal. Awal beli tak boleh guna sebab ada error “EO”. Jadi dengan gigihnya Ruby google kat mana Tefal Service Centre. Google pun tak jumpa informasi yang boleh dipercayai. Maka Ruby pun call tanya rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengan Tefal. Nasib baik mereka tahu. Hehe.

Dapat je no telefon Tefal Service Centre, Ruby pun terus telefon dan mereka suruh hantar periuk nasi ke 10 Boulevard. Lokasi di 10 Boulevard memang lokasi yang baru bagi Ruby. Tapi confident je sebab dah biasa lalu Sprint dan kawasan sekitarnya. Memula nampak bangunan putih 10 Boulevard ni jalan masuknya kat bawah fly over. Alamak terlepas pula, tapi dalam hati nak cuba juga masuk laluan kiri ke Shell tu. Nasib baik ada laluan kedua. Hehehe.

Tefal Service Centre

Ambil token dan masuk parking. Alamat Tefal Service Centre ni A-5-6, Block Allamanda, 10 Boulevard. Nasib baik la Ruby ni tidak segan bertanya, tanya dekat pegawai keselamatan bangunan di 10 Boulevard sahaja. Beliau terangkan pintu lift yang mana dan perlu parking dimana, agar tidak menyusahkan kerana Ruby bawa Adam ketika itu. Terima kasih banyak-banyak ye! Hehehe.

Tefal Service Centre

Sampai je di sini, Ruby baru la tahu bahawa Service Centre ni juga menjaga beberapa jenama lain. Nama syarikat Service Centre ini adalah TMT Service Centre. Jadi kalau produk Tefal yang anda beli ada masalah boleh ke TMT Service Centre ni ya.

Tefal Service Centre

Tefal Service Centre Mereka ambil info pembelian produk dan kemudian mereka cek produk supaya apa yang ruby bagi akan dipulangkan sama kuantitinya. Senduk ke, cawan beras, periuk dan kukus plastik semua ada dalam kotak. Hehehe. Jadi dalam borang yang mereka cetak akan tertera model apa Ruby hantar dan beserta barang-barang kecil tadi. Mereka akan hubungi Ruby setelah produk siap dibaiki. Lebih kurang 3 minggu macam tu. Cepat juga siap.

Tefal Service Centre

Diingatkan jika ingin ke sini, pastikan anda tidak lewat ya. Kerana pintu akan ditutup jika anda datang pada waktu rehat.

A-5-6,
Block Allamanda,
10 Boulevard,
Lebuh Raya Sprint,
PJU 6A,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Malaysia
 
603 7802 3000

www.facebook.com/mytefal

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Tefal Service Centre

    Nooriana bt Mat Noor

    (October 1, 2015 - 11:37 am)

    Mula thn lps bl produk TEFAL BLENDER br pakai 6bln camtu tak blh nk blend…g pusat servis dkt Boulevard balang yg rosak terpaksa bl baru sbb takda waranty…tp ok la sbb balang br cuma RM30 ja..tiba2 masa bln ramadhan hr tu motornya plk berasap..pergi Boulevard sbb dlm waranty lg..tiba kat dpn pintu TMT SERVICE rupanya dh ttp…tgk kat dlm hbs dah segala wiring semua hbs berjuntai..tak tau la apa sebabnya…ni tgh mencari kat mn nk dibawa sbb waranty sampai 8/10 ni ja…masa call seminggu sblm tu msh berjawab dan org kat talian ckp akn ditukar baru..tp skrng semua talian tak berjawab..

      Arniza

      (July 4, 2016 - 10:09 am)

      Saya pun beli blender jenama Tefal. Alami yg sma iaitu brasap. Agk brand Tefal Ni mmg Ada msalah ke dri part motor. Walhal gna xsmpai 10x. Kesal sgt, fikirkan Tefal Ni produk yg bkualiti tp bli brgn x bjenama made in China lgi tahan.

    Nurul

    (July 31, 2015 - 3:10 pm)

    Mujur ada service centre tefal. Risau gak nak beli barang tefal, bukannya murah. Nampaknya servis tefal pun tip top jugak.
    Nurul´s last blog post ..VIVIX memang larisMy Profile

    Lola Paloma

    (July 23, 2015 - 1:05 pm)

    So Ruby, how was the service for the EO issues. Is it expensive?

      Ruby

      (July 28, 2015 - 10:06 am)

      Hi, because it is still under warranty, so it’s FREE. No payment need. hehe.

    akubiomed

    (June 9, 2014 - 1:49 pm)

    Tak sangka Tefal ada pusat perkhidmatan selepas jualan disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.