Wawabra Times Square

Kebiasaanya bila membeli lingerie, Ruby beli pada waktu yang memerlukan sahaja. Tidak mengikut peredaran fesyen dan bila lingerie tidak selesa kerana penambahan atau pengurangan saiz baru lah sibuk ke butik lingerie. Hahahaha. Kebanyakan butik lingerie tidak menawarkan warna yang menarik dan lebih fokus kepada keselesaan sahaja. Walaupun lingerie ini hanya di dalam pakaian, tetapi bila lingerie kita bewarna ceria. Tidak mustahil ia mempengaruhi mood harian kita. 🙂

Wawabra Times Square adalah cawangan pertama butik Wawabra. Lokasi di Berjaya Times Square sememangnya lokasi stratergik kerana disini adalah syurga pakaian! Jika membeli-belah pakaian, sudah tentu pelanggan mencari lingerie juga kan?

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-1 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-2 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-3 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-4 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-5

Melihat pelbagai warna, fesyen, saiz, jenis cup, jenis kain dan harga di Wawabra ruby rasa seronok untuk masuk ke dalam butik. Harga sangat berpatutan, malah ada diskaun pula tu.

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-23

Bagi Ruby, lingerie perlu di beli dalam keadaan satu set supaya kita lebih teratur dalam menjaga bra dan seluar dalam apabila dirumah nanti. Masa anak dara dulu dah biasa diajar untuk jaga aset oleh mak. Hingga hari ni Ruby amalkan. hahahaa. Jadi kalau ada bra yang dah terkeluar besi atau dah rosak ke, Ruby akan kira berapa bra perlu di top up untuk di pasangkan dengan “seluar dalam” yang ada. Hehehe.

Tidak kiralah ketika hamil dulu pun ruby menambah stok membeli maternity lingerie juga. Jadi, lingerie memang penting! Serius sangat penting! Jangan risau, anda boleh beli lingerie di Wawabra ya! Banyak pilihan! Saiz dari cup A hingga 40 C. Hehehe. Disini, mereka akan bantu mencari lingerie yang selesa untuk anda. Bantuan mengukur saiz payudara dan anda dibenarkan mencuba bra di dalam bilik persalinan. Baguskan?

Rakan-rakan non muslim Ruby juga sangat sukakan design Wawabra, sehinggakan mereka membeli lingerie dari Wawabra untuk dijadikan bikini. Selesa dan berwarna sangat ceria!

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-6

Apa hasil membeli-belah Ruby di Wawabra? Hehehehe. Kali ini Ruby mencari lingerie yang berwarna terang dan berwarna tona kulit. Hehehe.

Smooth Wawabra in Pink RM 132.80

Material Smooth Wawabra in Pink dan Skin yang ruby beli ni jenis yang serap peluh. Bahagian tepi juga agak besar supaya menyokong penolokan lemak payudara. Bila pakai jenis macam ni ia nampak kemas dan selesa. Ruby pakai Smooth Wawabra untuk buat Zumba di rumah juga. 🙂

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-24 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-11 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-13 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-12

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-9 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-8

Smooth Wawabra in Skin RM 132.80

Inilah Smooth Wawabra in Skin. Warna sama dengan tona kulit ni memang hot item! Cepat habis stock. Setiap wanita pasti ada satu koleksi warna Skin ni. Percayalah ia wajib ada! Hehehe.

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-19 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-21 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-20 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-22

Sexy Glamorous Flower Black RM 109.80

Fesyen berenda renda ni adalah lingerie yang jarang ruby beli. Hahaha. Sebab dulu rasa macam tak cun je. Macam fesyen orang dewasa. Bila dah cuba di fitting room, rasa eh eh he cantiknya. Hahaha.

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-14 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-18 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-16 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-17 Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-15

Wawabra Times Square juga sering menawarkan promosi-promosi hebat sempena cuti umum dan perayaan di Malaysia. Malah mereka juga turut menyediakan promosi mengikut musim luruh, bunga, sejuk dan panas.

Wawabra-Lingerie-Berjaya-Time-Square-25

Seperti promosi pada musim bunga Wawabra menawarkan lingerie dari material bunga-bungaan. Manakala promosi pada hari pekerja dan hari ibu bagi bulan Mei 2014 pula mereka menawarkan diskaun hebat. Tidak sabar untuk ke Wawabra bagi promosi Bra Raya pula! Hehehe. Musim perayaan untuk Raya Aidlfitri makin dekat. Harap-harap banyak fesyen menarik dan pelbagai saiz. 🙂

10171672_627734027320599_9127193774882017240_n

Lokasi Wawabra :
Berjaya Times Square, 3rd Floor, East Wing, Lot 03-86.
Waktu Perniagaan : 10:00 am – 10:00 pm
Telefon : +603 2141 0727
 

Instagram : @wawabra

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Wawabra Times Square

    Wani

    (October 5, 2016 - 12:26 pm)

    Hai, saya ada cari store die di time square tp dah tak ade?

      Ruby

      (October 5, 2016 - 3:10 pm)

      Hi Wani, ha’ah dah takda. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.