40 Ribu Pengunjung Hari Pertama Eh Eh Mega Bazaar 2014 MAEPS

Hari ini Ruby pergi Eh Eh Mega Bazaar 2014 memang best la. hehehe. Walaupun ramai pengunjung, tetapi masih lagi boleh bernafas lagi tau. Laluan semua luas dan selesa membeli belah. Semalam 40 Ribu Pengunjung Hari Pertama Eh Eh Mega Bazaar 2014 MAEPS. Pecah rekod tak? Jadi, hari esok anda pula tersenarai dalam rekod hari Ahad pula?? Agak-agaknya berapa puluh ribu pengunjung.?? Jadi jangan lepaskan peluang ya.

Bukan cerita orang atau laporan di laman sosial, tapi ini memang pengalaman saya sendiri yang sempat berkunjung ke bazaar online terbesar Malaysia, EH EH MEGA BAZAAR 2014 yang berlangsung di Hall A MAEPS Serdang semalam.

40 Ribu Pengunjung Hari Pertama Eh Eh Mega Bazaar 2014

Ucapan kata alu-aluan dari Datuk Ayaluddin Che Hassan, Timbalan Presiden Dewan Peniaga Melayu Malaysia

40 Ribu Pengunjung Hari Pertama Eh Eh Mega Bazaar 2014

Puan Salmah Hayati, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan)

Memang “havoc” rasanya sejak awal jam 10 pagi ketika majlis perasmian yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan), Puan Salmah Hayati dan Timbalan Presiden Dewan Peniaga Melayu Malaysia, Datuk Ayaluddin Che Hassan hinggalah ke jam 10 malam, pengunjung masih penuh bershopping.

Paling seronok apabila kesemua pengunjung yang datang langsung tak serabut kerana laluan shopping disusun kemas dan laluan pejalan kali di antara booth luas membuatkan kesemuanya selesa untuk memilih barangan.
Malah ramai pengunjung juga turut memuji pihak penganjur yang menyediakan perkhidmatan TRAM secara percuma dari parking untuk terus ke pintu masuk dewan. Dua buah bas juga turut dikhaskan untuk membawa pengunjung dari stesen komuter Serdang untuk terus MAEPS. Jadi tak jadi masalah untuk sesiapa yang menggunakan kenderaan perkhidmatan awam untuk sama shopping.

40 Ribu Pengunjung Hari Pertama Eh Eh Mega Bazaar 2014

Rakan media dan penganjur yang bertungkus lumus bersama-sama memberi acara Eh Eh Mega Bazaar 2014 sangat viral!

40 Ribu Pengunjung Hari Pertama Eh Eh Mega Bazaar 2014

Selebriti yang datang seperti Neelofa, Adi Putra, Anita Baharom, Arja Lee, Rosyam Nor dan ramai lagi turut sempat beramah mesra dengan peminat selain sempat mengadakan persembahan khas untuk peminat-peminat. Memang seronok!

Esok adalah peluang terakhir kepada mereka yang masih belum berkesempatan mengunjungi EH EH MEGA BAZAAR 2014 hari ini. Lebih gila diskaun yang disediakan oleh lebih 1000 vendor dan paling penting, lebih banyak hadiah-hadiah istimewa untuk CABUTAN BERTUAH yang disediakan untuk semua pengunjung.

Jangan tunggu lagi, pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah fenomena bazaar terbesar di Malaysia ini bermula jam 10 pagi esok! Jangan lupa ok!

Jumpa anda di sana!

Twitter : @EhEhBazaar 

  Instagram : @EhEhBazaar

xoxo!

sign5

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.