Berkenalan Memang Best

      2 Ulasan pada Berkenalan Memang Best

Pada masa kita di alam remaja, keinginan ingin berkenalan dengan berlainan jantina memang tinggi. Ditambah pula dengan rakan-rakan yang mengenyam nak berpakwe tu. Adehh. Stress betul rasanya diri ini. Kerana bagi Ruby ada tanggungjawab lagi besar perlu dilaksanakan iaitu menjaga adik-adik dan mak. Yelah sebab mak ayah Ruby bekerja, Ruby anak sulong. Besar woo tanggungjawab tu.

 

Jadi, zaman sekolah Ruby takda nak gatal-gatal sangat lah. Hahaha. Ya, remaja ku tidak best! Bila habis sekolah, masuk universiti pun begitu juga. Ruby belajar di Universiti Swasta, supaya dekat dengan emak. Mana la tau apa-apa terjadi ruby ada je dekat rumah. Bayangkan kalau ruby belajar jauh-jauh dan adik-adik ku membuas. Kesian mak nak jaga adik-adik. Membuas tu maksud Ruby macam susah nak kawal. Mungkin terkinja-kinja nak keluar dengan kawan-kawan ke. Waktu mak kerja mereka nak ke tuisyen tapi ke laut ke? Sebagai anak sulong, ya Ruby memang macam Singa Jadian. Hahaha.

Sebenarnya Ruby nak cerita macam mana Ruby mula berkenalan dengan suami. Hahahaa. Ececeh segan nak cerita. Miahaha. Ruby nak kata tak laku, laku juga la. Sampaikan ada juga yang cuba-cuba merisik hati ini. Walaupun Singa Jadian, mungkin mereka @ lelaki nampak Ruby ni tegas dalam buat sesuatu tugasan yang diberi oleh guru mahupun lecturer. Jadi, mungkin aku ni mangsa guna-guna oleh mereka agaknya kan? Ishh tak baik bersangka buruk. Walau apa pun Ruby berkawan dengan mereka, cuma tak lebih je. Ya anda hanya kawan saya. Fullstop!

Tipulah kalau tak teringin ada pacar. Untuk membuang rasa sunyi dan mengisi masa lapang, Ruby suka mengacau orang, ala chatting di internet. Ya saya suka chatting. Masa tu pula Teknologi Maklumat sedang berkembang pesat pada tahun 2003. Ruby pun berchatting di yahoo chatroom, MIRC, Mamak, Chat di 8TV. Tapi tetap tidak ada yang melekat dihati. Kawan-kawan macam tu aje. Bila chatroom disconnected, sama jugalah kehidupan Ruby. Sign Out dan kembali kepada realiti.

Berkenalan dengan suami, Ruby rasa ini cerita paling tragis. Hahaha. Sebab Ruby sebenarnya berkawan dengan kawan sekolah, ehem lelaki. hahahaa.. Dah lama tak berhubung tiba-tiba bersms. Kawan sekolah uolss. Bila dah lama-lama bersms dengan kawan tu, dia telefon. Dia telefon dan boleh pula bagi kat kawan lelaki dia untuk sembang dengan Ruby. Aku dalam hati, panik at the disko. Apahal pula suruh aku bersembang dengan stranger ni.

Maka jeng jeng jeng. Sembang apa eh masa tu? Ruby pun tak ingat. Tetapi habis juga lah kredit kawan sekolah Ruby tu. Hahaha. Masa dalam telefon tu siap bertukar nombor telefon dengan Ruby. Tapi Ruby tak salin pun. Buat apa nak salin pun kan? Entah sapa-sapa je tu. Muka dia camana pun tak tau. Bila fikir balik yang Ruby duk berchatting selama hari ini tidak pula kisah wajah atau rupa paras seseorang. Miahahahaa!!!

ruby dan handphone

Berkenalan macam tu pun boleh? 2 Minggu Ruby ambil masa untuk menjawab salam melalui SMS dari dia (suami). Gila jual mahal. Kemudian bersms pagi petang malam. Waktu tido, tido la kan. Berkawan dengan Singa Jadian, hahaha. Tegas kalah orang lain. Masa ni bulan Jun tahun 2006 perkenalan ni. Ruby tak ingat tarikh pertama kali kami bertelefon tu, tak sangka akan jadi sejarah manis. Kalau tahu mesti cantik je kronologi perkenalan ini kan. Hahahaha.

Oklah nanti sambung lagi episod lain.

P/S : Ruby cerita ini untuk suka-suka dan memberi inspirasi bahawa jodoh pertemuan Allah s.w.t yang tentukan. Seganas mana kita, ada juga rasa lembut dalam diri kita. Tiap masa ada ceritanya. Walaupun tidak seperti kisah drama dalam televisyen, tetapi memori tu indah. 🙂

xoxo!

sign5

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Berkenalan Memang Best

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge