Jom Ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 Esok!

      No Comments on Jom Ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 Esok!

Akhirnya saat dinanti tiba juga. Bermula esok hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam anda berpeluang untuk “SHOPPING” sakan di Eh Eh Mega Bazaar 2014. Bertempat di MAEPS Serdang, bazaar online terbesar Malaysia ini sedia menanti kunjungan anda ke lebih 1000 booth termasuk 60 selebriti menjual seribu satu barangan pada HARGA PALING RENDAH.

Ruby juga turut berada di sana bagi memeriahkan lagi booth Butik Stanza Styliska. Jadi jika anda ingin membeli barang persediaan untuk Ramadhan dan Aidilfitri, anda wajib datang ke Eh Eh Mega Bazaar 2014. Lokasi luas dan selesa. Malah parking pun banyak. Jadi esok anda hanya perlu bawa wang dan bag untuk simpan barang. Maklumlah esok hari tanpa plastik bag kan. Hehehe.

Mega Bazaar 2014

Sebuah bas juga akan disediakan di stesen komuter Serdang bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan awam untuk ke MAEPS.

Mega Bazaar 2014

Pastikan anda meluangkan masa untuk ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok selain mengambil peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.

Mega Bazaar 2014

Jadi jangan lupa pada hari Sabtu dan Ahad ini untuk sama-sama bershopping di Eh Eh Mega Bazaar 2014. Jumpa anda di sana! Kunjungi Booth Stanza Styliska di LH5 ya!

Twitter : @EhEhBazaar 

 Instagram : @EhEhBazaar

sign5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge