Jom Ke Pesta I Eat Burgers

Burger siapa tidak suka burger? Lebih-lebih lagi kalau bahan-bahan asli dan patty yang lazat. Nyum nyum nyum. Ruby berbesar hati ingin mengajak pembaca semua ke Pesta I Eat Burgers yang bakal berlangsung pada 7 Jun 2014! Sabtu ni aje! Lagi sehari! Pesta ini berlangsung dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Masa ni lah nak cuba semua burger yang berada di pasaran. Bila berkenan di hati, boleh lah kita lekat kan dihati burger kegemaran! Hmmm. Diantara pengusaha Burger di Kuala Lumpur yang menyertai Pesta I Eat Burgers adalah

1. Kaw Kaw Burger Bakar Ampang

2. myBurgerLab PJ

3. Raja Burger Shah Alam

4. Yazid Burger Shah Alam

5. Burger Junkyard Kota Damansara

6. Big Hug Subang Jaya

7. Steam & Grill Setiawalk Puchong

8. Mike Burger Grill Celup Sect14 PJ

9. Man Burger Kukus Damansara Damai

10. Uchop Celop Shah Alam

11. Abang Burn Burger Bakar Ampang

12. Kak Ana Green Apple Burger Ampang

13. Burger Om Ampang

14. Bob Republic

15. Master ‘Abang John’ Burger Uptown

16. Ady Burger Subang Jaya

17. Smashies Burger Setapak

18. Mustafa Jones Taman Melawati

19. Ayer Rock Avenue K

I Eat Burgers

Dalam banyak-banyak senarai diatas. Ruby pernah makan burger dari Abang Burn Burger Bakar Ampang, Smashies Burger Setapak, myBurgerLab PJ dan Man Burger Kukus Lava Damansara Damai. Tapi yang dekat dengan rumah sudah semestinya lah yang selalu Ruby makan iaitu Burger Abang Burn dan Smashies. Hahahaha!

Jadi pada Sabtu ini Ruby akan cuba setiap burger dan nikmatinya. Sambil itu Ruby akan mengulas keistimewaan burger dari 19 kedai ini. Mana la tau di outlet rasa lain dan di pesta I Eat Burgers lagi kebabom sedap ke kan? Hehehehe.

Di Pesta I Eat Burgers anda akan diberi Handbook agar anda mudah untuk terjah semua gerai burger ya. Selain itu di dalam handbook ini ada coretan istimewa setiap pengusaha burger ni. Mungkin anda akan tahu rahsia keenakan sesuatu burger dengan membaca buku ini nanti. 🙂

I Eat Burgers

Selain dari aktiviti makan burger dari pelbagai pengusaha. Anda juga boleh menyertai cabaran makan burger terbanyak yang melibatkan 10 biji burger atau anda makan 1kg burger dalam masa 5 minit? Menarik kan? Kebiasaanya kita melihat rancangan luar negara makan burger banyak-banyak. Kali ini, kita pula dapat merasai keseronokan dan adrenalin rush makan burger banyak-banyak! Good Luck bagi yang menyertai. Ruby ambil gambar anda ya nanti. Hahaha.

I Eat Burgers

Dapatkan kupon di kedai burger tertera di atas atau anda boleh beli di hari pesta I Eat Burgers berlangsung. Alamat kedai burger boleh rujuk laman sesawang www.friedchillies.com/blog/detail/kupon-i-eat-burgers-ada-dijual-disini

Tarikh : 7hb Jun 2014
Tempat : Padang Timur, Petaling Jaya (di hadapan Amcorp Mall)
Waktu : 11pagi- 11 malam

www.facebook.com/friedchillies

@FriedChillies

Jumpa anda disana!

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Jom Ke Pesta I Eat Burgers

    akubiomed

    (June 6, 2014 - 11:21 pm)

    Ingat hendak pergi tetapi memandangkan akan ke majlis kahwin blogger Titan di Banting.
    akubiomed´s last blog post ..Ubat cacing untuk AslahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.