Kemudahan Dan Keselesaan Di Mega Bazaar 2014

Jika ke Bazaar atau expo pasti Ruby akan cari apa kemudahan dan keselesaan yang disediakan oleh pihak penganjur. Yelah, kalau boleh nak selamat, selesa dan praktikal. Sebagai contoh kalau lokasi jauh ceruk alam tiada pengangkutan shuttle bus disediakan payah juga kan. Parking sesuai ke tidak untuk Ruby yang ada bayi dikendong. Stroller nak lalu kat dalam dewan bagus ke tidak jaraknya. Nanti asik langgar kaki pengungjung, tak selesa la kan masam-masam muka. Kita nak seronok membeli-belah, tambahan pula manisnya nak dekat puasa dan raya aidilfitri. Berbunga-bunga hati. Jom kita tengok apa kemudahan dan keselesaan di Mega Bazaar 2014 yang disediakan oleh penganjur  dari Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.

Janji utama penganjur adalah “Tak kan ada yang pengsan!”. Wah ini sudah semestinya. Macam mana nak membeli-belah nanti kalau ada pengsan-pengsan. Jatuh pengsan, nanti trafik sesak. Ish tak mahulah keadaan macam tu. Trauma Ruby dekat Bazaar Stadium Shah Alam tak hilang lagi. Semoga Mega Bazaar 2014 memberikan yang terbaik!

Mega Bazaar 2014

Lebih 1200 booth sudah terjual termasuk 60 selebriti terkenal akan turut hadir memeriahkan perhimpunan peniaga online terbesar Malaysia di Eh Eh Mega Bazaar 2014 pada 21 dan 22 Jun ini di MAEPS Serdang. Tapi persoalannya, adakah pengunjung akan selesa untuk membeli-belah memandangkan terlalu ramai orang yang akan datang nanti?

Berbeza dengan Eh Eh Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd ini adalah:

1) Lebih 3000 tempat letak kenderaan disediakan di luar MAEPS Serdang. Jadi tak akan ada masalah pengunjung terpaksa meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

2) Lebih 10 tram juga disediakan untuk semua pengunjung di tempat meletak kenderaan terus akan membawa anda ke pintu masuk MAEPS untuk “shopping”. Tak perlu jalan jauh dan penat sebelum sempat bershopping!

3) Sebuah bas secara percuma juga akan disediakan di stesen komuter Serdang bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan awam untuk ke MAEPS. Bayangkan, tak perlu tunggu bas atau teksi untuk ke MAEPS pada 21 dan 22 Jun ini.

4) Ruang pejalan kaki di antara booth dalam MAEPS juga selebar 10 kaki bagi memastikan pengunjung selesa untuk bergerak dan bershopping. Sure tak kan ada yang pengsan atau sesak nafas kerana terlalu sempit!

5) Lebih 100 hadiah istimewa termasuk barangan elektrik, pakej pelancongan, gajet dan banyak lagi disediakan untuk semua pengunjung untuk CABUTAN BERTUAH!

6) Ada persembahan istimewa selebriti, pertunjukan fesyen, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sesi minum petang bersama selebriti dan banyak lagi sepanjang 2 hari itu nanti!

Justeru kenapa perlu fikir lagi? Pastikan anda semua pangkah kalendar pada 21 dan 22 Jun ini untuk sama-sama “serang” Eh Eh Mega Bazaar 2014.

Jumpa anda di sana!

Twitter : @EhEhBazaar 

Instagram : @EhEhBazaar

xoxo!

sign5

1 comment on “Kemudahan Dan Keselesaan Di Mega Bazaar 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge