Menu Baru TGI Fridays

TGI Fridays memperkenalkan menu baru yang mula disediakan pada 19 May 2014 dan dikhaskan pada setiap hari Jumaat sahaja! Eh tidak lah macam tu. Setiap hari adalah hari Jumaat kan! Hehehehe. Thank God Its Friday jadi mood relax sikit dari kerja yang tidak pernah habis tu. Menu Baru T.G.I Friday’s ini adalah menu tambahan yang sangat berbaloi dari segi harga dan kuantitinya. Dengan serendah RM 17.90 hingga RM 47.90 anda boleh makan apa sahaja hidangan dan berkongsi dengan rakan-rakan. Big plate!

Friday’s Grill Special

Pembuka selera

Menu Baru T.G.I Friday's

BBQ Beef Taco Stack – RM 19.90

Kek Jagung yang dibakar dan disaluti daging serta bawang. Dilengkapkan dengan sos daging BBQ, Monterey Jack Cheese, Tex Mex segar, jeruk dan drizel bersama Sriracha aioli. Tekstur rangup kek jagung, daging panggang, cheese dan sayuran sangat serasi dan enak sebagai snek pembuka selera.

Menu Baru T.G.I Friday's

Crispy Loaded Chip Nacho – RM 22.90

Hirisan cip kentang tradisional dan digoreng garing. Colby cheese dan daging hancur sebagai pelengkap. Sedap dimakan bersama rakan-rakan kerana ia dihidangkan di dalam mangkuk besar.

Masakan Gril

Menu Baru T.G.I Friday's

Honey Pecan Salmon – RM 47.90

Isi ikan salmon diperap dengan 7 jenis bahan perapan dan dipanggang. Dihidangkan bersama nasi , sayur brokoli dan kacang pecan yang rangup. Hidangan ini sesuai untuk dikongsi juga kerana nasi pilaf terlalu banyak! Hehehe.

Menu Baru T.G.I Friday's

Hibachi Chicken Skewers – RM 25.90

Isi ayam bahagian dada diperap di dalam sos bawang putih bersama miso glaze. Dihidangkan bersama kacang panjang, sayur brokoli dan roti pita. Hidangan ini sangat lengkap untuk 1 orang makan. Ayam, roti dan sayur. Sesuai dengan diet anda kan?

Menu Baru T.G.I Friday's

Salmon With Tomato Basil Salsa – RM 44.90

Ikan Salmon dimasak bersama lemon dan minyak zaitun, kemudian dipanggang. Hidangan disediakan dengan tomato basil salsa dan sayur brokoli.

Hidangan Utama

Menu Baru T.G.I Friday's

Miami Cubano Chicken Stack – RM 47.90

Isi ayam bahagian dada di saluti tepung roti dan digoreng garing. Kemudian dilapisi dengan turkey ham dan Mozarella cheese. Dihidangkan bersama nasi pilaf, cendawan yang di gaul bersama sos krim lemon dan tomato basil mix.

Hidangan Pasta

Menu Baru T.G.I Friday's

Wild Mushroom Farfalle – RM 19.90

Campuran Crimini segar, shiitake, cendawan butang, farfalle pasta, arugula, Parmesan cheese dan sos bawang putih yang enak!

Menu Baru T.G.I Friday's

Penne With Beef Bacon Bolognese – RM 27.90

Sos daging tradisional dan marinara bruschetta yang di masak bersama al dente penne pasta dan arugula. Hidangan dilengkapkan dengan taburan Parmesan Cheese.

Hidangan Burger

Menu Baru T.G.I Friday's

Cowboy Triple Meat Burger – RM 35.90

BBQ Beef yang dimasak sempurna, dilapisi dengan Colby Cheese dan daging bacon panggang bersama sos horseradish dan bawang goreng garing. Kentang goreng, Mayonaise dan Sos Cili sebagai pelengkap. Hehehe.

Menu Baru T.G.I Friday's

Mushroom Chicken Mushroom Burger – RM 28.90

Isi ayam bahagian dada, Provolone cheese, Horseradish sos bersama cendawan, bawang balsamic dan cendawan Portobello yang digoreng garing. Dihidang bersama kentang goreng, mayonaise dan sos cili.

Salad

Menu Baru T.G.I Friday's

Chipotle Yucatan Chicken Salad – RM 29.90

Ini adalah kegemaran ruby. Ya ruby suka salad ayam! Isi ayam bahagian dada diperap dengan oregano bawang putih dan rempah ratus. Salad di hidangkan bersama avocado, cheese, tomato, bawang merah, cilantro dan crisp tostadas.

Pencuci Mulut

Menu Baru T.G.I Friday's

Molten Chocolate Cake – RM 18.90

Apa sahaja berkaitan coklat, memang ruby suka! Molten Chocolate Cake memang sangat yummy! Wajib anda cuba!

Menu Baru T.G.I Friday's

Oreo Stack – RM 17.90

Kek brownies oreo cheese ini menjadi kegemaran kerana ia dihidangkan dengan coklat putih dan biskut rangup. Sesuai untuk anda seisi keluarga!

Menu Baru T.G.I Friday's

Two High Carrot Cake – RM 18.90

Kek lobak murah ini kegemaran mak ruby. Dilengkapi dengan kismis, kekacang dan cebisan nanas. Penambah sedap lagi adalah krim cheese ising. hehehe.

 

www.tgifridays.com

www.facebook.com/fridays.com.my

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Menu Baru TGI Fridays

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.