Meraikan 30 Tahun AsterSpring

Lebih daripada 30 tahun, AsterSpring telah memastikan penjagaan kesihatan kulit  dengan ritual-ritual kecantikan yang membelai  dan menyegarkan dalam suasana yang cukup sensual dan mewah. Dengan sentuhan tangan ribuan profesional ke atas lebih 10 juta wajah, jenama yang dipercayai ini telah berkembang kukuh. Tahun ini, AsterSpring meraikan ulangtahun yang ke-30 sebagai ikon kecantikan dan kesihatan.

AsterSpring

Direka untuk menjadi sebuah sanktuari kesihatan, AsterSpring yang sebelum ini dikenali sebagai Leonard Drake telah membuka pintunya buat kali pertama di Plaza Imbi, Kuala Lumpur pada tahun 1984 untuk memenuhi permintaan pasaran dari kalangan wanita-wanita profesional yang semakin berkembang. Dijana dengan aspirasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui pelbagai pilihan rawatan, Leonard Drake telah menubuhkan kedai utamanya yang sulung di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur pada tahun 1992. Pada 1998, syarikat tersebut melebarkankan sayapnya ke Pulau Pinang diikuti dengan Johor, sebelum berkembang menjadi pakar penjagaan kesihatan kulit AsterSpring. Pada ketika itu, AsterSpring merentasi sempadan negara ke Singapura pada tahun 1994, dan Hong Kong serta Thailand pada tahun 2001. Pada tahun 2004, syarikat induknya, Esthetics International Group (EIG) telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Tahun 2012 menyaksikan pelancaran AsterSpring Signature Centre di KLCC, Kuala Lumpur dan setahun selepas itu, rangkaian pusat kecantikan tersebut meneruskan rancangan perluasan perniagaannya ke Melaka dan Alor Star. Kini, setelah 30 tahun, AsterSpring mempunyai lebih 70 cawangan di 4 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, dan Thailand.

Dengan tekad untuk memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggannya, AsterSpring menggunakan produk penjagaan kesihatan kulit jenama nombor satu di seluruh dunia iaitu Dermalogica, untuk meningkatkan kesihatan kulit. Bagi mengenalpasti jenis kulit dan masalah setiap pelanggan baru di AsterSpring, konsultasi peribadi dijalankan oleh pakar kecantikan terlatih. Selanjutnya, rawatan dibuat khas  untuk merawat dan memuaskan setiap keperluan individu. Dengan pengalaman tiga dekad, peralatan canggih, dan teknologi terkini, AsterSpring menawarkan sebanyak 246 pilihan rawatan khas untuk mencapai hasil optima bersesuaian dengan setiap jenis dan masalah kulit yang dihadapi pelanggannya.

Semua pakar kecantikan AsterSpring menjalani latihan rapi supaya dapat menguasai teknik-teknik rawatan yang tepat serta terperinci untuk membolehkan mereka menawarkan pengalaman yang menjangkaui kejelitaan. Di bawah pimpinan pakar-pakar kecantikan yang lebih berpengalaman, setiap pakar kecantikan dapat memperkayakan kemahiran yang menjanjikan hasil terbaik di samping memuaskan hati pelanggan. 

Seluruh warga kerja AsterSpring amat berdedidkasi untuk memastikan kebajikan pelanggannya, dan sentiasa berusaha untuk memberikan lebih daripada yang diharapkan oleh para pelanggan. Mereka sentiasa prihatin dalam memikirkan keperluan para pelanggan sehinggakan ramai daripada mereka telah menjadi sahabat baik kepada para pelanggan yang terus mempercayai mereka sebagai rakan yang boleh merawat serta mentransformasikan kulit wajah masing-masing. Ini memastikan kepuasan para pelanggan pada setiap kunjungan ke AsterSpring.

AsterSpring

“Para pelanggan kami sangat bermakna buat kami” kata Susan Lim, Pengurus Besar Kanan Aster Spring.  Susan, seorang kakitangan setia Aster Spring sepanjang 19 tahun, menyatakan betapa pentingnya memberikan perhatian terperinci kepada kehendak pelanggan, dari jenis rawatan muka yang disukai hingga  ke jenis teh yang digemari mereka sebelum menjalani terapi. “Pelanggan yang gembira memberi kepuasan kepada kami. Ia memberi semangat kepada kami dan kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kepuasan pelanggan kami”

Ramai pelanggan merasakan pengalaman di AsterSpring tidak boleh ditukar ganti dengan pusat rawatan kecantikan kulit lain. Salah seorang pelanggan setia AsterSpring sepanjang 23 tahun, Datin Roselyna berkata “Saya suka memanjakan kulit saya di AsterSpring. Pakar rawatan kulit saya sentiasa memastikan rawatan yang terbaik untuk kulit saya dan saya tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai sesiapa untuk merawat kulit saya”. Seorang lagi pelanggan, Jenny Liew mendedahkan “Minyak essensi yang lembut pada kulit, bilik rawatan yang selesa dan rawatan wajah yang menenangkan membuat saya berasa seperti seorang VIP kerana kakitangan AsterSpring sentiasa memastikan saya menikmati rawatan mereka”

Susan menambah, “Kami mempunyai pelanggan yang telah bersama kami selama 10 hingga 30 tahun lamanya. Mereka merupakan jurucakap sukarela kami dan kami sangat gembira dapat menyambut ulang tahun ke 30 kami dalam industri ini bersama mereka. Kami sangat teruja untuk menyambut 30 tahun mendatang bersama mereka dengan lebih banyak produk  dan rawatan baru yang lebih inovatif  dari jenama seperti terapi wajah AsterSpring V Lift.

Rawatan tanpa pembedahan AsterSpring V Lift yang menganjal, menegang dan mencerahkan kulit ini,  menngatasi masalah kulit kendur akibat dari proses penuaan,  faktor hormon dan  tindak balas bio kimia. Rawatan yang menggunakan teknologi lonto-Sono® yang berpaten dari Jerman ini,  memacu penghasilan kolagen, terapi ini mengukuhkan tisu-tisu penghubung yang lemah untuk menganjal dan menegangkan kulit wajah dari bentuk ‘U’ ke bentuk ‘V’ dalam 3 sesi rawatan.

Dalam tempoh 3 tahun akan datang, AsterSpring menyasarkan untuk meluaskan perniagaan ke30 cawangan pusat kecantikan dirantau ini menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 100 cawangan. Warga kerja dan kumpulan pengurusan AsterSpring sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik serta berusaha kearah kecemerlangan dan meningkatkan  kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan serta mendahului pesaing-pesaing dalam industri.

AsterSpring 30Raikan ulang tahun yang ke 30 bersama AsterSpring dan nikmati keahlian eksklusif dan cenderahati istimewa dengan setiap perbelanjaan minima RM500 untuk pakej promosi termasuk perkhidmatan rawatan dan produk.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua rawatan, produk dan promosi AsterSpring, sila layari laman web AsterSpring di www. asterspring.com dan  laman facebook  di www.facebook.com/AsterSpring atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan 

AsterSpring di (603)78096777 dari hari Isnin-Jumaat, jam 10am -5pm.

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.