Peraduan Courts Sofa Maker Dari Inspirasi Anda

Musim perayaan makin tiba. Masa ni kalau dapat set sofa baru mesti senyum lebar kan? Hehehe. Ruby ingin kongsikan dengan anda semua bahawa Courts akan mengadakan pertandingan mereka hias sofa dengan menggunakan aplikasi terkini dari Courts iaitu Sofa Maker. Aplikasi ini hanya ada di Courts Mega Store Bandar Sri Damansara sahaja. Ruby pun tidak pernah cuba, gemuruh pula ingin menggunakan aplikasi itu walaupun ia mudah! Hahaha! Inilah masa untuk anda menyertai Peraduan Courts Sofa Maker Dari Inspirasi Anda. Mana la tau kot kot dapat set sofa baru! Bestnya!

Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts

Aplikasi Courts Digital Sofa Maker

Courts - Sofa Maker Software Screenshot 1 Courts - Sofa Maker Software Screenshot 2

Aplikasi Sofa Maker sangat senang, macam permainan kanak-kanak tu je. Tukar warna dan pilih-pilih mana yang anda suka. Cuma anda perlu betul-betul pilih mengikut inspirasi ruang tamu idaman anda.

Inspirasi Ruang Tamu Kediaman ruby adalah ingin memiliki perabot warna warna bumi gitu. Paling penting tidak berserabut dengan perabut, sebab rumah ruby kecil aje. Jadi kalau boleh nak perabot tidak terlalu sarat dari segi warna, fabrik dan fesyen. Konsep jenis sofa besar atau sofa bed atau yang bersambung terus pun tidak mengapa. Asalkan warna tidak terlalu gelap. Warna pilihan ruby adalah warna cream!

Jika anda ingin terpilih sebagai salah seorang peserta “Peraduan Courts Sofa Maker Dari Inspirasi Anda”, anda perlulah menang komen di blog ruby.my. Apabila anda sudah dipilih sebagai pemenang, anda berpeluang untuk mengikuti Courts ID Workshop yang akan berlangsung pada 28 Jun 2014 jam 10 pagi. Sila komen dengan kongsikan cerita anda.

“Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?” 

Peraduan “Apakah Inspirasi Ruang Tamu Kediaman Anda” di tutup pada 26 Jun 2014, 6PM. Kami akan hubungi pemenang yang memberi komen terbaik dan memaklumkan anda pada 27 Jun 2014. Agenda program Courts ID Workshop dan Pertandingan Digital Sofa Maker bermula dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari sahaja. Tidak mengambil masa yang lama. Hehehe.

10 peserta yang menyertai pertandingan aplikasi Sofa Maker pada 28 Jun 2014 ini akan disenarai pendek oleh pihak Courts dan hanya satu pemenang sahaja akan dipilih. Pemenang akan memenangi hadiah utama iaitu 3 seater Jazine sofa yang direka khas oleh SilentNight bernilai RM2399

Juri adalah Encik Allard (Country CEO), Bee Yin (Marketing Director) dan Encik Wilbert Liu (Silentnight spokesperson).

Jadi apa lagi? Komen dan kongsikan Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda sekarang untuk terpilih menyertai pertandingan Courts digital Sofa Maker.

Selamat Berjaya!

www.courts.com.my

#CourtsMY

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “Peraduan Courts Sofa Maker Dari Inspirasi Anda

    ilasaleh

    (June 30, 2014 - 1:38 am)

    salam.. seronok jumpa masa event nie.. hopefully boleh jumpa lagi ye 🙂
    ilasaleh´s last blog post ..Teaser Courts ID Workshop + Digital Sofa-Maker ContestMy Profile

    Ierakan

    (June 26, 2014 - 5:56 pm)

    Inspirasi ruang tamu saya:

    Ingin merekacipta ruangbtamu yang santai dan elegan. Mahukan sofa yang selesa dan bergaya dengan pemilihan warna yang sesuai mengiku tema serta harga yang berpatutan yang paling penting ianya selesa untuk bersantai bersama keluarga dan mampu memikat hati tetamu yang berkunjung. Tidak lengkaplah sesebuah rumah tanpa ruang tamu dan tidak lengkaplah ruang tamu itu tanpa sofa.

    Di courts Malaysia kita berbelanja,
    Pelbagai pilihan pasti tertawan,
    Inspirasi ruang tamu kediaman anda,
    Digital sofa maker diperkenalkan.

    Azatulsheera binti Mohd Azman

    (June 26, 2014 - 3:03 pm)

    Courts Digital Sofa Maker nama diberi
    Melalui sebutannya pasti amat menarik dan tertarik sekali
    Hati terdetik untuk mencuba peraduan ini
    Soalannya, Apakah inspirasi ruang tamu yang diidami?

    Ruang tamu, ruang yang paling penting sekali
    Tetamu datang ke rumah, ruang tamu yang dituju pertama sekali
    Warna yang bersesuaian dan susun atur perabut yang ringkas amat diminati
    Kerana ruang tamu saiznnya minima sekali
    Konsep ‘mix and match’ menjadi idaman di hati
    Kalau ada rezeki, semoga Jazine sofa menjadi milik kami pastinya dari Courts yang amat dikenali

    Ezna Binti Ahmad Khalili

    (June 26, 2014 - 1:40 pm)

    Ezna Binti Ahmad Khalili / roseqisteena@yahoo.com / eznakhalili.com

    “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?”

    Saya mengimpikan gaya klasik dan elegan dalam penataan gaya ruang tamu,
    Tidak sesak dengan perabot yang tidak perlu,
    Pencahayaan yang baik juga amatlah dititikberatkan selalu,
    Tetamu boleh datang bertamu tanpa jemu,
    Moga rumahku menjadi syurgaku, sanktuari peribadiku,
    Suaipadan perabot oh Courts banyak yang saya perlu tahu….. tolonglah rumahku!,
    Sentuhan aplikasi Sofa Maker mungkin boleh bantu,
    Mendekorasi sofa idaman kepakaran SilentNight amatlah perlu,
    Mungkin gandingan mantap ‘girl power’ bakal menggoncang dunia….hmmmm manalah tahu, 🙂 🙂 🙂
    Ezna Binti Ahmad Khalili´s last blog post ..Trip to USA : San Francisco (Lombard Street/Palace of Fine Arts/Golden Gate Bridge/Jelly Belly Company) Day 9 Part 1My Profile

    asfiedaimpiana

    (June 26, 2014 - 12:01 pm)

    Inspirasi Ruang tamu saya…

    Perabot minimal warnanya ceria,
    Haruslah elegan dipandang mata,
    Tapi jimat dari segi harga,
    Ruang tamuku inspirasi curahan idea
    Lakaran sebuah kanvas keselesaan sekeluarga
    Dalam menikmati kehidupan berkeluarga

    Azatulsheera binti Mohd Azman

    (June 26, 2014 - 11:53 am)

    Ruang tamu merupakan tempat yang akan menggambarkan diri kita sendiri. Perabot ruang tamu adalah elemen penting didalam rumah dan pemilihan sofa yang betul amatlah penting kerana tempat duduk yang selesa membuatkan kita dan tetamu selesa setiap kali bertandang ke rumah.Pemilihan sofa haruslah bersesuaian dengan konsep rumah dan tidak harus bercampur bagi mengelakkan suasana serabut.

    marinimz

    (June 25, 2014 - 3:17 pm)

    Kediaman elegan paling diingini. Simple dan modern chic. Perabot putih menjadi pilihan.

    saiful

    (June 25, 2014 - 8:02 am)

    Bagi saya keselesaan, corak dan warna yang sesuai boleh membangkitkan mood persekitaran di dalam rumah. Walaupun mempunya ruang yang sempit. Warna dan corak yang dipilih sesuai mampu mencantikkan ruang tamu kita tidak kira lah konsep ape yang kita gunakan. Dengan penggunaan sofa i maker, haruslah kita mempertimbangkan warna, saiz sofa dan corak. Persoalannya, adakah kita lihat dan rasa ianya sesuai bila di letakkan di ruang tamu

    suraya azira

    (June 24, 2014 - 4:36 pm)

    Sy mengimpikn sebuah ruang tamu moden n simple… hanya merlukan sebuah Lshape sofa n sdikit susun atur n deco yg minimal… ???

    Lan Careno

    (June 24, 2014 - 12:32 pm)

    Inspirasi ruang tamu rumah saya adalah berkonsepkan modern classic dengan kombinasi sofa yg kelihatan exclusive tetapi simple dan dipadankan dengan tema warna ruang tamu yg lebih kepada semula jadi seperti warna coklat kayu atau hijau lembut serta susunan perabut yg kemas dan tidak padat.
    Lan Careno´s last blog post ..Ulang alik ketempat kerja jauh demi Akiff…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.