Planta Seceria Air Tangan Ibu

Planta, tiap keluarga pasti ada satu tin Planta. Tak pun ada Planta dalam peti ais untuk dijadikan sarapan pagi, buat jem sapu roti. Banyak kegunaan Planta ni, boleh dikatakan ia kegunaan seharian. Masak nasi goreng guna Planta, nak masak roti bakar sapu Planta. Jika buat doh capati juga Ruby tambahkan Planta agar ia lembut dan bila makan tu taklah tebal dan muak. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba Planta telah mengadakan kempen Planta Seceria Air Tangan Ibu.

Sesuai dengan tema, memang ceria bila dapat makan masakan ibu. Mak ruby orang yang paling Ruby sanjung dalam bab masakan. Minta apa je, pasti tersedia. Nak nasi beriyani? Kuih tart nanas? Kek? Namakan apa sahaja, pasti mak boleh buat. Tenaga dan Kasih Sayang masa memasak tu memang berbeza bila dapat ngap masakan mak. Along sayang mak!

Planta Seceria Air Tangan Ibu

Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’ mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.

Resepi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut tren pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna.

Planta Seceria Air Tangan Ibu

Dari kiri Sheila Rusly; host of Planta’s television segment on Wanita Hari Ini (WHI-TV3); and online baking entrepreneurs, the BakedKL sisters Iziana Sallehuddin and Iza Sharmilla Sallehuddin.

Planta Seceria Air Tangan Ibu

Dari kiri Tanya Teng, Brand Manager Foods Retail & Beverages, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd; Rakesh Mohan, Chairman of Unilever Malaysia & Singapore; Sharifah Shahirah, celebrity and host of Planta’s television segment on Wanita Hari Ini (TV3-WHI).

Resepi-resepi Planta yang diperkenalkan melalui kempen Seceria Air Tangan Ibu akan dibawa secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3. Rancangan ini akan bermula pada 11 Jun dan bersiaran selama tujuh minggu dihoskan oleh selebriti dan pelakon, Sharifah Shahirah. Beliau akan mengetengahkan resepi biskut moden yang mudah dibuat, menarik dan lazat yang dicipta oleh Planta.

Sepanjang segmen bertemakan Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anaknya bergembira bersama menyiapkan biskut Planta yang ceria dan berwarna-warni disamping berkongsi pengalaman air tangan masing-masing.

Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura berkata, “Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni. Anak-anak pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang.”

“Saya sangat teruja untuk menjadi hos untuk segmen televisyen ini. Sebagai seorang anak dan ibu, saya faham perasaan kasih seorang ibu yang dicurahkan melalui air tangannya. Segmen ini membolehkan saya mengeratkan hubungan bersama keluarga dan anak-anak serta menyediakan kuih Raya hasil air tangan sendiri. Saya berharap ia akan membawa inspirasi kepada ibu-ibu untuk mencetuskan keajaiban di dapur, penuh warna, keseronokkan dan inspirasi menjelang Raya ini,” kata Sharifah Shahirah.

Bulan Ramadan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Di sini, Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia. “Berkongsi hasil air tangan kaum ibu bersama anak-anak yatim akan membawa kegembiraan yang tidak terhingga. Ia pasti dapat memberi peluang untuk anak-anak yatim menikmati dan merasai kasih sayang seorang ibu dan menceriakan hati mereka sepanjang Raya ini,” kata Rakesh.

Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadan mulai 16 sehingga 20 Julai 2014. Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16 sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia. Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbang dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.

Planta Seceria Air Tangan Ibu

Chef Rose dan Sharifah Shahirah

Planta Seceria Air Tangan Ibu

Pada majlis pelancaran kempen Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah Shahirah bersama dengan chef profesional, Chef Rose Weiss turut mengajar para tetamu cara menyiapkan biskut Red Velvet Planta untuk diberi kepada anak-anak yatim. Untuk mendapatkan pelbagai resepi kuih Raya yang menarik dan maklumat mengenai Beramal Bersama Planta, layari saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta

Selamat beramal di bulan Ramadhan ini!

www.resepiplanta.com.my

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 thoughts on “Planta Seceria Air Tangan Ibu

    sherly

    (February 17, 2018 - 10:15 pm)

    is this product available low fat butter?
    sherly´s last blog post ..Tel-U Talk Edisi Rabu 14 Februari 2018My Profile

    Iza

    (June 8, 2014 - 8:48 pm)

    Hi there Ruby! Great post btw, hope you don’t mind me posting this post on our social networks sites! sedih x dpt nk mkn biskut red velvet sendiri hari tuh. bau dr oven sedan kn. haha. keep in touch!

      Ruby

      (June 9, 2014 - 1:02 am)

      Hi Iza, ya boleh. Silakan. Takpe tak dapat rasa cookies tu, nanti Iza buat lagi di rumah sama-sama ngan ibu ya. 🙂

    Anuar

    (June 7, 2014 - 8:12 am)

    Anak-anak saya pun sangat meminati Planta, terutamnya anak saya yang sulung… Walaupun baru berumur 7 tahun, tetapi setiap kali nak pergi ke sekolah, dia akan menyuruh saya buatkan Roti Planta gula, sebagai bekalan untuk di bawa ke sekolah…
    Anuar´s last blog post ..Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online masih dibuka sehingga 8 June 2014My Profile

      Ruby

      (June 9, 2014 - 1:01 am)

      Anuar tu kegemaran ruby masa sekolah dulu. Yela mak penat jaga ruby dan adik-adik. bila ruby pergi sekolah bekalan roti planta ada gula pun dah nikmat makan pada waktu rehat. actually makan macam tu taklah mengantuk bila kelas dah mula. hehehe.

    akubiomed

    (June 6, 2014 - 10:23 pm)

    Masakkan disediakan oleh air tangan ibu adalah terbaik
    akubiomed´s last blog post ..Ubat cacing untuk AslahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.