Raya Bagus Bersama Courts

      5 Comments on Raya Bagus Bersama Courts

Courts Mammoth yang terkenal dengan maskot gajahnya suatu ketika dulu tetap diingati bila waktu Ramadhan dan Aidilfitri bakal tiba. Masa ni sesuai sangat untuk pre-shopping untuk raya. Hehehe. Ruby ingat lagi, masa kecil dulu, mak beli set sofa dari Courts. Masa tu set sofa tradisional kayu tu je mak beli. Selesa untuk kami sekeluarga dan tetamu yang akan beraya pada Aidilfitri. Jom raya bagus bersama Courts.

Kenapa ramai suka Courts? Bagi pendapat ruby la kan sebab Courts berjaya mencuri hati ibu yang sentiasa sibuk dengan kerja harian. Waktu bila ibu ada masa nak baca majalah, surat khabar semua tu? Menjaga rumah tangga untuk rumah sebersih dan sekemas-kemasnya memang tiada masa untuk baca apa-apa artikel. Tetapi bila katalog Courts sampai? Hehehe. Masa ni tarik kerusi dan selak satu persatu helaian katalog.

Dah namanya ibu, mesti nak tukar yang lama kepada baru. Kot sofa dah berlobang dan dicakar kucing. Lebih baik beli baru. Hehehe. Tambahan bila lori Courts datang hantar barang yang mak beli, kami mesti pesan kepada pekerja Courts untuk tolong ambil perabot lama tu. Bagus kan?

Raya Bagus Bersama Courts

Baru-baru ini ruby berkesempatan ke Courts Mega Store di Bandar Sri Damansara. Walaupun ulang alik dari rumah mak di sini, tetap tidak berkesempatan untuk cuci mata di Courts. Walau apa pun permandangan Courts Mega Store pada waktu malam memang cantik dengan lampu bilik pameran yang jelas menunjukkan itu adalah Courts Mega Store. Hehehe.

Hari Raya Aidilfitri semestinya disambut dalam suasana penuh meriah dan ceria, dengan adanya rumah terbuka bagi mengalu-alukan sanak saudara, sahabat handai serta jiran-jiran yang disayangi. Sebagai persediaan awal untuk menyambut perayaan yang bermakna ini, Courts Malaysia telah melancarkan kempen Raya Bagus-nya di 64 gelung peruncitannya di seluruh negara. Selain penjimatan yang hebat, kempen ini turut menawarkan lebih banyak jenis produk kepada para pelanggan.

Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts

Kempen Raya Bagus Courts yang kini sedang berlangsung akan tamat pada 31 Julai 2014. Ia menawarkan beraneka jenis barang keperluan Hari Raya seperti perabot, kelengkapan bilik tidur, pelbagai produk elektronik, produk dapur, serta aksesori digital pada harga yang berpatutan, selain menawarkan diskaun hebat sehingga 50% menerusi Courts Flexi Credit.

Raya Bagus Bersama Courts

“Hari Raya merupakan satu perayaan penuh bermakna yang dapat memupuk semangat muhibah di kalangan ahli keluarga, sahabat handai serta jiran, sama ada mereka bersama-sama merayakan Hari Raya, mahupun sewaktu mereka membuat persiapan Raya di rumah. Menerusi kempen Raya Bagus kami, para pelanggan dapat memperolehi semua keperluan rumah di bawah satu bumbung, sejajar konsep peruncitan kami yang mengutamakan inovasi, tawaran hebat serta harga yang berpatutan,” kata Encik Allard Sjollema, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Courts Malaysia.

Antara daya tarikan Courts adalah Sofa Maker yang membolehkan pelanggan memperibadikan sofa mereka mengikut citarasa sendiri dengan memilih bentuk, fabrik serta warna kegemaran mereka. Mereka dapat melihat lebih 2000 jenis kombinasi rekaan versi digital di Megastor Courts Damansara dan Subang Jaya, serta gedung-gedung lain yang terpilih. Dengan adanya fasiliti Digital Sofa Maker tersebut, pelanggan bukan saja dapat melihat kombinasi yang dipilih dalam sekelip mata, malah Sofa Maker juga dapat mempamerkan empat rekaan bersama untuk memudahkan perbandingan!

Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih set-set ruang tamu serta bilik makan mereka dari rangkaian perabot Raya Courts dengan trend yang terbaharu. Mereka juga dapat menikmati penjimatan hebat, misalnya 3+2 sofa yang bermula dari harga RM1162, serta set perkakas makan 7-keping yang berharga RM299 sahaja. Lebih menarik, mereka dapat menjimat lebih banyak jika mereka membeli pakej ruang tamu yang terdiri daripada sebuah sofa, kabinet TV, meja kopi, serta set perkakas makan yang bermula dari harga serendah RM2999 dengan Courts Flexi Credit.

Di samping itu, Courts turut menawarkan pelbagai pakej ruang tamu untuk memudahkan pelanggan membuat gabungan dan pemadanan. Dengan adanya diskaun set bilik tidur sehingga 70%, serta lebih 15 jenama tilam di gedung-gedung yang terpilih, pelanggan dapat membuat persediaan rapi bagi Raya mereka

Justeru itu, sekarang adalah masa paling sesuai untuk membeli-belah di Courts dengan Flexi Credit. Pelanggan dapat menikmati kemudahan bayaran bulanan serta pelbagai tawaran hebat, termasuk diskaun sehingga 50% di semua gedung, cashback sehingga RM20,000 atau Beli 1 Percuma 2 tanpa bayaran bagi 60 hari. Tambahan pula, pelanggan dapat menikmati manfaat kupon diskaun sehingga RM3,000 yang terdapat dalam katalog Raya Bagus.

Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts

Courts (Malaysia) Sdn Bhd adalah peruncit perabot dari UK, jenama Courts ditubuhkan di Malaysia pada 1987. Sama tahun kelahiran ruby. Hehehe. Rangkaian barangan dari Courts termasuklah elektrikal, IT dan produk perabot. Selari dengan misi untuk ‘menjadikan produk rumah penuh aspirasi mampu dibeli’, Courts mematuhi ‘Janji Harga Courts’ dan komited untuk menawarkan harga kompetitif bagi semua rangkaian produk kami. Selain itu, Skim-Flexi Courts, kredit dalaman Courts ditawarkan sebagai satu daripada pilihan bayaran.

Antara jenama tambahan yang inovatif yang sudah dilancarkan adalah Solutions Bar, Sleep Clinic dan Dr Digital. Courts juga melancarkan eCourts, stor talian yang membawa lebih 10,000 SKUs. Malah Penghantaran Percuma juga turut ditawarkan jika membeli dalam talian.

Kini, Courts mempunyai lebih 70 stor dalam pasaran, membabitkan ruang jualan melebihi 1 juta kaki persegi. Ini termasuk Megastore ‘big-box’ pertama yang dimulakan di Singapura pada 2006 sebagai sebahagian ‘Skim Runcit Gudang’ oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi. Kami juga akan membuka Megastore ‘big box’ pertama di Lembah Klang, Malaysia menjelang Ogos 2013. Courts akan meluaskan pasaran ke Indonesia, dengan Megastore pertamanya akan beroperasi menjelang 2014.

Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts Raya Bagus Bersama Courts

Raya Bagus Bersama Courts

Courts Mega Store Bandar Sri Damansara ternyata sangat luas dan selesa. Ada dua tingkat dan semua bahagian pameran lengkap untuk keperluan rumah anda! Sejak sudah bergelar ibu, ruby dah ada wabak suka memasak, buat kuih dan kek. Hahaha. Jadi ruby selak katalog Raya Bagus Bersama Courts dan nampak ELBA Stand Mixer dengan harga RM 129 sahaja. Maka, ruby pun sambar la! Ruby beli kerusi Molly bernilai RM 29 setiap satu. Troli nak ke pasar RM 49. Cup Holder RM 15 dua unit. Hahahaha. Jemput datang ke rumah ya raya nanti!

Raya Bagus Bersama Courts

Untuk maklumat tambahan mengenai kempen Raya Bagus anjuran Courts sila hubungi

1800-88-1832

kunjungi cawangan Courts

www.courts.com.my

#CourtsMY

xoxo!

sign5

5 comments on “Raya Bagus Bersama Courts

  1. abe joe cd

    skrg ni brg kat courts mula dgn harga 28 sen. sempena ulang tahun 28 courts katanya. ye ke? tgk iklan kat paper bnyk psl ni.

    Reply
  2. Wiida

    Wah bestnye! Mixer rm 129? Murah tu! elba kan? Wiida pun kena cari mixer ni, sbb mixer lama rosak. leh la jenguk2 courts bile2 nanti. usha2 cuci mata .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.