Sertai Uji Bakat Siri TV SELUDUP Dan Menang RM 15,000

Pada 25 Jun 2014, Ruby berkesempatan membuat liputan ke Majlis Sidang Media Drama Aksi Terbaru oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd. Siri TV SELUDUP bakal memulakan pengambaran pada bulan Ramadhan ini dan berakhir pada Disember 2014.  Drama 13 episod yang bakal ditayangkan di Astro Prima (Saluran 105) pada 5 Disember depan ini merupakan hasil idea Jehan sendiri menerusi terbitan syarikat miliknya, Mastermind Group Sdn Bhd. Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd. Jika anda mempunyai bakat terpendam, anda juga boleh sertai Uji Bakat Siri TV SELUDUP dan menang RM 15,000. 

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.
Pembikinan drama Siri TV ‘SELUDUP’ bakal bermula pada 16 Julai 2014 dan lokasi penggambaran adalah di jeti Pengkalan Balak, Melaka.

Seludup

Barisan pelakon Siri SELUDUP bersama Blogger

Anda mempunyai bakat dan ingin berlakon bersama pelakon utama Siri TV SELUDUP jom sertai uji bakat SELUDUP sekarang! Hanya baca skrip yang diberikan dan rekod video anda sahaja! Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya dan Shafie Naswip menanti anda! 

Seludup

 

Facebook – fb.com/Seludup
Instagram – @seludup
Uji Bakat –  Bit.ly/Seludup

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.