What’s In Your Bag?

Kita semua suka bila diberi peluang untuk pilih apa sahaja barang kegemaran tanpa perlu fikir berapa wang yang perlu dikeluarkan. Nikmat dapat barang FREE dan kesukaan memang syok sangat kan! Hahaha. Ruby ingin berkongi perasaan tersebut dengan mengajak anda semua sertai peraduan What‘s In Your Bag? dari klia2.

What's In Your Bag

Peraduan ini berlangsung dari 9 Jun – 23 Jun 2014. Selama 15 hari sahaja. 1 hari ada satu pemenang akan dipilih bagi melayakkan menjadi pemenang utama yang bakal mendapat peluang membeli-belah di klia2. Nilai hadiah utama adalah RM 25 ribu! Cukup tak untuk membeli-belah barang kesukaan anda di klia2? Kalau ruby dah cukup sangat dah tu. Nak beli hand bag, gadget, perfum dan banyak lagi!  

What’s In Your Bag adalah satu kempen bersempena perlancaran klia2. Seperti anda sedia maklum betapa luasnya klia2 dan lapangan terbang ini menawarkan banyak pilihan runcit termasuk makanan, minuman, gaya hidup, fesyen, elektronik, barangan bebas cukai, dan macam-macam lagi. Sambil anda ingin ke balai perlepasan, sambil tu membeli-belah bak kata rakan-rakan ruby yang sudah menjejakkan kaki ke klia2.

Jika anda tidak berkesempatan lagi merasai kemewahan berada di klia2. Jom sertai peraduan What’s In Your Bag sekarang! Caranya mudah sahaja. 🙂

What's In Your Bag

 

1. Masuk laman sesawang whatsinyourbag.my dan daftar diri anda.

2. Pilih barang kesukaan anda dan cukup kan RM 5 ribu. Bagi ruby, mereka yang suka shopping memang pandai dalam bab menghabiskan RM5 ribu tu. Sebab ruby punya perbelanjaan melebihi RM 5 ribu tau. hahaha.

3. Sahkan pembelian fantasi anda ini dan satu email pengesahan akan anda terima.

4. Rajin-rajin melawat facebook IndulgeMalaysiaAirports untuk mengetahui pemenang harian!

What's In Your Bag

 

Pelbagai jenama terdapat di klia2 What’s In Your Bag. Diantaranya Carlo Rino, Charles & Keith, Connect, Elianto, Eraman Duty Free, Famous Amos, Flying Nomad, Furla, Machines, Mylifestyle Gallery, Polo Haus, Royal Selangor, Swarovski, Tiamo, Time, Upin Ipin Store, Victoria’s Secret dan banyak lagi!

What's In Your Bag

What's In Your Bag

 

Good Luck!

www.whatsinyourbag.my

www.facebook.com/IndulgeMalaysiaAirports

instagram.com/indulgemyairports/

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “What’s In Your Bag?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.