Aidilfitri Kali Ini Lebih Bermakna

Walaupun ada peristiwa tak berapa best berlaku, tetapi bila difikirkan balik. Hmmm. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan beraya tahun ni memang kena rombak sebab gaji tak masuk pada tarikh sepatutnya! Memang rasa serba salah suami nak buat keputusan sebab sudah pasti mak dan ayah tunggu di kampung. Nak tak nak kena maklumkan mereka. Alhamdulillah Ibu ruby ada di Kuala Lumpur. Jadi ruby dan suami beraya di KL dulu lah. Kumpul duit raya untuk Adam. Tak sangka duit raya Adam bantu kami balik kampung di Kuantan, Pahang pada raya ke-3. Wuwuwuwu. Ibu pinjam duit Adam dulu ya!

Raya Pertama, pagi raya tu selepas solat Aidilfitri ruby, suami dan Adam terus bergegas ke rumah mak ruby di Damansara. Hehehe. Sampai dekat rumah mak, apa lagi makan besar la kan. Alamak gambar makanan takda pula, sedap sangat makan sampai lupa nak ambil gambar. Seperti biasa mak masak ayam masak merah kegemaran kami semua! Juadah lain adalah nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, rendang daging ayam tua, rendang daging lembu, lemang dan apa lagi eh?? Ha ya tak lupa nasi beriyani! Hehe. Beraya kali ni ramai pada hari pertama Syawal, sebab Pakcik Rahman, adik ruby dan semua ada elok berkumpul.

Aidilfitri-2014-5 Aidilfitri-11 Aidilfitri-2014-7 Aidilfitri-2014-2 Aidilfitri-2014-12 Aidilfitri-2014-14

Sekitar jam 12 tengahari kami sekeluarga keluar bertolak balik Perak. Sambil balik perak tu kami pergi beraya juga. Rumah pertama adalah rumah Pak Lang di Slim River, kemudian kami ke rumah Pak Mat di Mambang Di Awan. Baring2 dulu. Tido kroh kroh siap. Hahaha. Lepas tu pergi rumah  Pak Su di Kg Timah. Sepanjang perjalanan memang penat dan letih. Cuaca panas pula. Jadi mengantuk memandu. Maka, berehat di rumah Pak Mat je terus. Hehe.

Keesokan harinya persediaan rumah terbuka di rumah Pak Mat. Kami semua berkumpul dan makan ikan bakar dan lauk-lauk masakan kampung. Tukang masaknya adalah mak ruby. Makan sedap. Kenyang! Makan ramai-ramai ni memang seronok sebab kita berkongsi ikan bakar besar tu, lepas tu selera pula pelbagai. Yang pasti tempoyak wajib ada!

Aidilfitri-2014-8 Aidilfitri-2014-1

Dah makan tengahari sedap-sedap pada raya ke dua ni. Kami pun bersiap untuk balik ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan balik tu, beraya ke rumah sepupu di Slim River. Hehehe. Beraya lagi! Beraya di sini pun makanan meriah! Dah tak muat perut. Hahaha!

Aidilfitri-2014-3 Aidilfitri-2014-11 Aidilfitri-2014-9

Ini lah sebahagian keluarga besar Ruby. Alhamdulillah tahun 2014 ini ruby berkesempatan merasa kemeriahan beraya dengan semua ahli keluarga. Meriah juga bila ada anak ni. Duit raya Adam pun meriah. Terima kasih semua!

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Aidilfitri Kali Ini Lebih Bermakna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.