Belajar Bersama Little Scientists

little scientists

Little Scientists ini merupakan satu program untuk melatih kanak mempelajari benda baru dengan mengabungkan pelajaran dan keseronokan. Kita sedia maklum zaman kanak-kanak adalah zaman paling cepat mereka belajar dan berani mencuba apa sahaja. Dengan adanya program Little Scientists ini, kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai maklumat yang betul. Matlamat Little Scientists ialah untuk mendedahkan kanak -kanak kepada dunia yang penuh dengan sains.

Teringat ketika kanak-kanak dulu, Ruby di kampung bermain dengan kawan2. Pengasah pensil yang ada cermin tu pun kami boleh main pantulan. Kemudian membuat pelangi. Hehehehe. Seronok bila perkara mudah dan seronok ini di ketahui oleh kanak-kanak seawal usianya. Takkan nak tunggu darjah 4 di sekolah kebangsaan yang pada ketika itu baru ada kelas sains? Masa itu la baru nak kenal thermometer? Balang uji kaji? Cermin? Magnet?

LittleScientists

Program little scientists adalah satu program unik yang menggunakan “hands on” sebagai asas pembelajaran. Program ini selaras dengan Kurikulum Prasekolah Negara yang mengetengahkan keupayaan kognitif kanak – kanak melalui manipulasi objek. Sistem ini mengandungi kurikulum sains untuk prasekolah yang berumur dari 3, 4, 5 dan 6 tahun. Buku, plan mengajar, alatan eksperimen, kad imbas, poster dan alatan unutk mengajar turut disediakan. Para pelajar juga disediakan kit untuk eksperimen mereka.

Little Scientists-2

 

Fun Science Enterprise ditubuhkan pada tahun 2001 dengan Young Scientist Programme sekolah rendah. Pada tahun 2002, kami telah melancarkan Program Little ScientistS yang pertama di Malaysia untuk tadika. Sejak itu, program ini telah diterima pakai oleh lebih daripada 100 pusat tadika dengan beribu-ribu kanak-kanak mendapat manfaat daripadanya. Kami percaya cara terbaik untuk mengajar sains adalah melalui tangan & aktiviti yang menyeronokkan.

Dengan sokongan kuat daripada pelanggan, kami menukar namanya untuk Fun Science Sdn Bhd bermula 2006. Ramai pelanggan menyertai program Little ScientistS dan mereka percaya bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik dengan melakukan sendiri semua program sains.

Pada tahun 2009, pengasas Cik Ho Teh Eng telah dianugerahkan Creative Young Entrepreneur Award (Top 10) by Junior Chamber International (JCI) Malaysia.

Little Scientists-3

Little Scientists

Program Little Scientists semakin dikenali dan menjadi permintaan oleh setiap ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tadika. Pada 9 Julai 2014 jam 6.15 petang Program Little Scientists telah di wawancara di radio IKIM.FM.

10529620_10152336612135000_796142125_n

Senarai Tadika / Taska / Pre-Scool yang mengamalkan program Little ScientistS :

1. Brainy Bunch Islamic Montessori
2. Dzul Iman Smart Khalifah
3. IIUM Montessori Krisaliz Kindergarten
4. Al-Hidayah Islamic Preschool
5. Peter & Jane Kindergarten
6. D’Monte Child Care & Development Centre 
7. Little Beans Montessori 
8. Tadika Ummi Bestari
9. Al-Fatih Integrated Pre-school
10.  Smart Soleh Integrated Preschool
11. Kiddy World Montessori
12. Tadika Arif Minda
13. Little Tots Excel
14. Tadika Tahfiz Raudatul Iman
15. Tadika Al-Fath
16. Emaan Kindy Islamic Kindergarten
17. Bonda Islamic Kindergarten

www.facebook.com/TheLittleScientists

www.youtube.com/littlescientistvideo

www.LittleScientistS.com

www.littlescientists.com/shop/

www.twitter.com/Lil_Scientists

www.instagram.com/theLittleScientistS

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Belajar Bersama Little Scientists

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.