Beraya Dengan Mertua

      1 Comment on Beraya Dengan Mertua

Beraya dengan mertua pada raya ke-3. Sob sob sob. Raya pada tahun ini agak pilu sedikit sebab perancangan yang dibuat tidak berjalan lancar. Tahun ini juga ruby dan suami banyak menggunakan duit untuk persediaan baby Adam, jadi kami berhasrat untuk menggunakan gaji terkini iaitu 25 Julai 2014 untuk kegunaan raya aidilfitri. Jika dapat gaji pada 25 Julai 2014 memang sempat sangat nak beli baju melayu dewasa di Jalan TAR. Tetapi gaji tidak masuk. Maka, banyak rancangan kena rombak balik.

Kali ini tahun ke-2 ruby beraya sebagai isteri, jadi balik beraya ke rumah mertua pada 29, 30 Ramadhan dan 1 Syawal mesti wajib ada di rumah mertua. Kemudian petang raya pertama tu balik kampung belah ruby pula. Oleh kerana perancangan tak jadi, kami duk KL sampai la 1 Syawal beraya kat rumah mak ruby di Damansara. Hahaha. Kemudian raya ke-3 kami gagahkan juga memandu dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang dengan duit yang ada ni (Duit raya Adam, hahahaha!). Tawakal je sepanjang perjalanan. Touch n Go ruby ada RM 50, insyaAllah cukup. Minyak kereta full RM 50 kami isi. Harap-harap selamat perjalanan kami.

Bertolak jam 7 pagi, tiba jam 11.30pagi. Alhamdulillah! Hehehe.

Aidilfitri Bersama Mertua

Beraya di Kuantan memang best sebab mak mertua suka memasak dan ayah mertua suka ke kebun. Hehehe. Suami ruby pulun bawa balik buah pulasan dan rambutan. Makan la kenyang-kenyang ya. Belakang rumah ada tanaman sayur yang dijaga oleh mak mertua, sihat-sihat tumbuh dan banyak pula tu!

Aidilfitri Bersama Mertua

Ini sebahagian aje, ada lagi pokok lain. Hehehe.

Balik pada raya ke-3 ni suasana tak seperti raya pertama, pakaian raya pun dah tak pakai. Hahaha. Hanya menyambut tetamu aje. Jadi gambar dengan Ibu Bapa mertua tiada dalam rekod ruby. InsyaAllah raya haji nanti kita bergambar molek-molek.

Aidilfitri Bersama Mertua

Yang paling best Adam la, sebab semua orang duk layan dia. Main dengan Tok, main dengan Wan, Main ngan Ucu. Semua duk hadap dia, gelak sakan dia. Alhamdulillah raya kali ini walaupun penuh dengan dugaan, tetapi terlaksana juga beraya dengan kedua-dua orang tua. Hehehe.

xoxo!

sign5

 

1 comment on “Beraya Dengan Mertua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge