Bijih Timah Di Negeri Perak

Bijih Timah adalah salah satu hasil bumi yang tidak akan habis dan penggunaanya sentiasa diperlukan. Antara lokasi paling terkenal adalah Bijih Timah di Negeri Perak. Iaitu kampung ruby. Hehehehe.

Bijih Timah Di Negeri Perak

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Bijih Timah Di Negeri Perak

Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawah pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Akibatnya, berlaku kedatangan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu atas jemputan para pembesar Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam perusahaan bijih timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong.

Masalah kekurangan buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting pula telah diatasi dengan mengimport buruh dari China melalui Sistem Tiket Kredit dari wilayah Fukien dan Kwangtung. Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah lombong dedah misalnya, telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat. Kaedahroda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antara teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti perlombongan bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan 50,000 tan pada 1904. Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.

Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh dasar pemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya, aktiviti perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar Inggeris kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan Inggeris yang memperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah.

Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama telah dibina menghubungkan Taiping dan Port Weld. Kemajuan pengangkutan ini telah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah. Sementara itu, masalh kekurangan buruh pula telah diatasi oleh Inggeris dengan menjalankan dasar yang liberal terhadap penghijrahan buruh dari negar China. Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan mengelakkan pergaduhan antara pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan pihak Inggeris ini terbukti telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan meningkatkan produktiviti perlombongannya.

Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan permintaan tinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan. Keadaan ini telah menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai £140 setan. Hal ini turut menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanya di Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.

Lain daripada itu, pengenalan kapal korek turut menjadi penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada tahun 1912 oleh syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan teknologi yang lebih moden ini membolehkan penghasilan bijih timah dengan kuantiti yang lebih banyak dan menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek boleh digunakan dengan selamat di kawasan berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timah dari tanah dengan cepat. Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah pengeluara bijih timah adalah dihasilkan oleh pengusaha Eropah yang menggunakan kapal korek dalam perlombongan. Pengeluarannya meningkat dari 51,000 tan pada tahun 1913 kepada 77,000 tan pada tahun 1937. Penggunaan kapal korek pula semakin meluas di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal korek beroperasi di lombong pada tahun 1929 berbanding hanya 20 buah pada 1920. Situasi ini sejajar dengan permintaan tinggi di pasaran Eropah dan Amerika hingga menjadikan kapal korek sebagai penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijihi timah di Tanah Melayu.

Walau bagaimana pun, zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932 menyaksikan kemerosotan teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga bijih timah yang jatuh dengan mendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran Eropah. Harga bijih timah merudum dari $2414 setan pada 1926 kepada $1020 setan pada 1931.

Selain itu, situasi kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal ini terjadi kerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku pengangguran dalam kalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu pekerja Cina telah dihantar pulang ke negara asal mereka bahkan ada yang pulang secara sukarela. Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira 10,000 orang pelombong di Perak telah dihantar balik ke China.

Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti didorong faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di pasaran dunia, dan penggunaan kapal korek dalam perlombongan. Malangnya, perusahaan ini menemui kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932 hingga menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan pelbagai langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak meluluskan sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.

Jika anda berminat  ingin mengetahui bagaimana susah payah atok moyang kita dahulu melombong bijih timah dan berjaya kumpul harta dengan bekerja di kapal korek. Anda boleh melawat dua tempat penuh dengan informasi sejarah Bijih Timah di Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta dan Kapal Korek Tanjung Tualang.

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

 

Bijih Timah Di Negeri Perak

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta dibuka oleh Tan Sri Hew See Tong iaitu seorang bekas taukeh lombong bijih timah selama 40 tahun (1949-1989). Muzium ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 1 petang. Manakala pada sabtu ahad masa dipanjang ke jam 4 petang. Masuk adalah PERCUMA! Lokasi Muzium ini di Jalan Batu Sinar, Bandar Baru Kampar, 31900 Kampar, Perak, Malaysia. Anda pasti teruja dengan konsep muzium ini kerana ia sangat lengkap dan ruby yang dari tidak faham tentang proses melombong Bijih Timah jadi rasa sayu hati mengenang betapa susahnya atok ruby bekerja.

Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak

Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak

 

Tanjung Tualang Kapal Korek

 

Bijih Timah Di Negeri Perak

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19′ 0″ Utara dan 101° 4′ 0″ Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.

Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak

Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70’an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.

Bijih Timah Di Negeri Perak Bijih Timah Di Negeri Perak

Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. 

Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter

Ketinggian : 5 Tingkat

Berat : 4500 Tan

Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.

Tahun Operasi : 1938 hingga 1992

Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta

Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg. Tualang.

Masa Lawatan :
8.00 Pagi hingga 6.00 petang setiap hari

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak : RM 3.00

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Century Mission Sdn. Bhd
5th Mile, Jalan Tanjong Tualang,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: 05-370 2253

Ruby google informasi berguna ini dari http://biby-avilla.blogspot.com/2011/09/perkembangan-perusahaan-bijih-timah-di.html dan http://www.mdbg.gov.my/web/guest/kapal-korek

Untuk lebih informasi mengenai tempat-tempat menarik di Negeri Perak, anda boleh hubungi Gaya Travel Magazine.

www.facebook.com/gayatravel

www.gayatravel.com.my

#C1MTA #GayaTravel

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Bijih Timah Di Negeri Perak

    Hasnul Mutawif

    (September 6, 2014 - 12:58 pm)

    Rupa2nya pakai cangkul je zaman dulu ya.

    Melombong bijih timah dah tak mendatangkan nilai ekonomi sekarang
    Hasnul Mutawif´s last blog post ..Pakej Umrah 2014 2015 Andalusia Travel and ToursMy Profile

    akubiomed

    (July 11, 2014 - 10:44 am)

    Teruja melihat bijih timah dan meninjau didalam kapal korek. Pengalaman yang tidak akan dilupakan kalau dapat pergi ke sana.
    akubiomed´s last blog post ..Ada apa dengan jumlah entri 888My Profile

      Ruby

      (July 16, 2014 - 3:04 am)

      Ruby lg teruja dapat pegang bijih timah tu. Akubiomed wajib ke muzium tu!

    […] Destinasi kami yang pertama adalah Kellie Castle, Kellie Castle ini terkenal dengan dongeng seramnya. Pada masa kecil kami di ceritakan oleh nenek tentang tempat ini. Selepas merasai suasana seram di Kellie Castle, kami ke “Tin Dredge Heritage”. Untuk makluman semua tempat ini adalah kapal korek yang terakhir di Tanjung Tualang dan ruby rasa gembira kerana atok ruby pernah bekerja di kapal korek ini. Warisan Bijih Timah di Negeri Perak. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.