Buffet Ramadhan 2014 – Concorde KL

      1 Ulasan pada Buffet Ramadhan 2014 – Concorde KL

Tema buffet ramadhan bagi Concorde Hotel Kuala Lumpur adalah “Nostalgia Sajian Desa” pada Ramadhan kali ini.  Ruby tertarik dengan kesemua hidangan yang rata-rata semua rakyat Malaysia tahu dan pernah makan dari kecil lagi. Terasa rindu air tangan Opah masa dulu-dulu dan antara yang menarik adalah Concorde Hotel Kuala Lumpur berjaya membawa rasa dan kelazatan yang sama. Sebenarnya ruby “speechless” selepas makan daging salai masak belimbing dan daging opor daun salam. Kenapa sedap sangat ni? Memang susah nak dapat!

Concorde Hotel Kuala Lumpur menawarkan sajian sahur dan sajian berbuka buat warga muslim. Bermula dari 29 Jun sehingga 27 julai 2014, juadah di buat dua tempat iaitu di “melting Pot” dan Concorde ballroom. Kedua-dua tempat ini pasti dapat memukaukan anda dengan gaya dan citarasa yang tersendiri. Dengan hidangan masakan melayu tradisional, buffet ramadhan di Concorde pasti memukau.

Diantara menu yang membuka selera nostalgia pastinya umbut kelapa masak lemakgulai ikan puyu dengan ubi kemilirendang ayam pencen, udang galah tiga rasa, daging salai masak lemak belimbingsiput sedut daun selasihparu goreng berladosotong goreng kunyit, kambing kuzi, kurma telur,  hati dan pedal ayam, ikan patin masak tempoyakhati lembu masak hitam manis, sambal udang galah, batang keladi masak asamlidah lembu bakar cicah air asampuyuh goreng berempahsotong sumbatgulai ikan haruan dengan ubi kemiliikan keli berlado hijau,gulai daging kawahdaging dendeng, Sup Gearbox urat keting dan daging opor daun salam.

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Daging Salai Masak Lemak Belimbing

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Siput Sedut Masak Lemak

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Udang Galah Masak 3 Rasa

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Kambing Kuzi

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Umbut Kelapa Masak Lemak

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Dari kiri, Chef Mohd Ridzuan, Chef Rogayah Sharif dan Chef Abdul Halim Mohamad Zain

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Hidangan aneka kerabu! Seleksi ini memang kegemaran ruby!

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Makanan laut yang segar juga turut tersedia, pilih sahaja apa yang anda inginkan. Pasti membuka selera anda. Sos bersesuaian turut disediakan. 🙂

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Menu berbuka di Melting Pot Cafe Concorde KL.

Dari Kuali Panas :

  • Kacang masak  sos conpoy
  • Udang goreng masak masam manis
  • Tauhu buatan sendiri dengan sentuhan oriental
  • Kailan masak cili dan ikan masin

Dari Dapur Goreng :

  • Samosa
  • Popiah goreng
  • Sayur goreng potongan kecil
  • Udang tempura

Teater Teppan :

  • Udang
  • Salmon
  • Ayam
  • Daging
  • Sotong

Pengukus panas :

  • Ikan stim halia
  • Pelbagai Dim sum

Periuk Sup :

  • Tom Yam makanan laut
  • Bubur lambuk

Hidangan ais :

  • Kepah Hijau
  • Ketam bunga segar
  • Udang harimau
  • Tiram
  • Untuk perasa mempunyai tabasco sos, lemon dan koktil sos

Pastri :

  • Tart buah mangga
  • Kek lapis pandan
  • Tart strawberi
  • Tart beri biru
  • Roti John dan Murtabak
  • Popiah Basah

Untuk minuman pula :

  • Air tebu’
  • Air soya
  • Air bandung

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Kumpulan Balle-Balle

Sewaktu anda menikmati juadah berbuka puasa, musik tradisional akan dimainkan dan seterusnya “live band” akan memeriahkan suasana dengan menyanyikan lagu pilihan anda.

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Buffet-Ramadhan-2014-Concorde-KL-15

Bahagian pencuci mulut, di sini anda boleh menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut dari kek, kuih dan ais krim.

Buffet-Ramadhan-2014-Concorde-KL-13

Buffet Ramadhan 2014 - Concorde KL

Hidangan Steamboat pada waktu Sahur

Gaya masakan kampung ini juga dapat menarik minat pelancong asing yang suka mencuba rasa baru di negara lain dan bulan ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk mempromosikannya.

Waktu beroperasi di Melting Pot Cafe (Jun 29 – Julai 27)

  • Harge buffet sebanyak Rm 118.00 seorang
  • Ada persembahan live band yang meghiburkan
  • Harga untuk sahur adalah Rm 60.00 seorang

Concorde Ballroom (Julai 7 – julai 25)

  • Buffet Ramadhan pada Rm 98.00 seorang
  • Sesuai untuk syarikat yang mahu berbuka puasa bersama staff.

 Selamat Berbuka Puasa..

Concorde Hotel Kuala Lumpur
2 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, 
Malaysia 
Tel: +603 2717 2233

www.facebook.com/concordehotelkualalumpur

xoxo!

sign5

1 comment on “Buffet Ramadhan 2014 – Concorde KL

  1. Pingback: Bufet Ramadan 2018 “Semarak Rasa” Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur - RUBY - Malaysia Lifestyle Blogger

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge