Buffet Ramadhan 2014 – Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Pertama kali ke Soi23 di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur. Tidak sangka lokasi ini memiliki permandangan indah dari tingkat 23. Hurrrmm teruja berbuka puasa di sini sehinggakan terlupa dengan kesibukan kerja. Gelak ketawa bersama rakan-rakan semasa berbuka puasa sememangnya kenangan indah. 🙂

Ruby paling suka makan semua lauk yang disediakan di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur. Semua ruby dah cuba, sedap dan tidak merepek dengan hidangan terlampau banyak. Tiap hidangan akan di tambah semula sekiranya habis!

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur menawarkan Buffet Ramadhan bertemakan Resepi Ibunda dan bernilai RM 88++ bagi seorang dewasa. Hidangan yang disediakan sangat menyelerakan iaitu Daging Rendang Hiris Daun Kunyit, Siakap Goreng Berempah, Sambal Goreng Udang Petai, Ayam Penyet, Soi Kambing Kuzi, Satay dan macam-macam lagi!

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Soi Kambing Kuzi

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Sambal Goreng Udang Petai

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Sotong Goreng Bersama Kacang Panjang

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Daging Rendang Hiris Daun Kunyit

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Gulai Lemak Kuning Ayam

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Paru Goreng Berlado

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Murtabak Ayam dan Daging

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Satay dan bahan-bahannya

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Aneka Kerabu, Ulam-Ulaman dan Sambal

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Pencuci Mulut, Kek dan Buah-Buahan

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Kuih tradisional

Buffet Ramadhan 2014 - Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Pelbagai jenis minuman panas dan sejuk. Ais krim dan ais batu campur juga turut disediakan!

Hidangan di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur sememangnya menepati citerasa bagi anda yang merindui masakan bonda. Sedap dan menyelerakan, tambahan pula lokasi yang indah ini sesuai untuk anda seisi keluarga! Hubungi Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur untuk menempah! Jika anda menempah untuk lebih daripada 8 orang, harga bernilai RM 78  akan ditawarkan untuk satu orang dewasa! Jadi, jom ramai-ramai berbuka puasa di sana!

Soi23
Pacific Regency Hotel Suites
KH Tower, Jalan Punchak, Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
www.pacific-regency.com
GPS N3 09.179 E101 42.326
+603-2332 7777 Ext 6107

xoxo!

sign5

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge