Celebrating 1Malaysia Truly Asia Di Perak

C1MTA ini adalah “Celebrating 1 Malaysia Truly Asia”.Ruby mengikut lawatan bersama “Gaya Travel Magazine’. Kali ini perjalanan Ruby ke negeri kelahiran ruby di Perak. Yay. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013 di MATIC.

Kellie-Castle-2

Destinasi kami yang pertama adalah Kellie Castle, Kellie Castle ini terkenal dengan dongeng seramnya. Pada masa kecil kami di ceritakan oleh nenek tentang tempat ini. Selepas merasai suasana seram di Kellie Castle, kami ke “Tin Dredge Heritage”. Untuk makluman semua tempat ini adalah kapal korek yang terakhir di Tanjung Tualang dan ruby rasa gembira kerana atok ruby pernah bekerja di kapal korek ini. Warisan Bijih Timah di Negeri Perak.

Bijih Timah Di Negeri Perak

Setelah melawat kapal korek di Tanjung Tualang kami ke “Lost World Of Tambun”. Di “Lost world Of Tambun” kami melawat sekitar taman rekreasi sehinggalah minum petang di sini. Menikmati kopi pekat dan roti bakar memang best.

Lost World Of Tambun

Lost World Of Tambun

Hari kedua di Perak, Ruby bersama peserta yang lain ke Stesen kereta api Ipoh.Di tempat ini kami menjejaki tapak warisan lama Ipoh. Daripada kurang minat dengan sejarah, sedikit demi sedikit ruby dapat belajar tentang sejarah-sejarah Ipoh. Bila tiba waktu malam kami ke gerbang malam, gerbang malam ini bazar yang buka pada waktu malam. dekat sini macam-macam barang anda boleh dapat dengan harga yang berpatutan.

Ipoh-Heritage-Foot-Trail-11

 

Kami juga berkesempatan mengedar buku dan cenderahati kepada pengunjung taman rekreasi di Ipoh bersempana Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ipoh-Heritage-Foot-Trail-2 Ipoh-Heritage-Foot-Trail-8

Masuk hari ketiga di Perak, kami bertolak ke Lenggong unutk ke Galeri Arkeologi Lenggong. Kita biasanya didedahkan betapa hebatnya orang barat kerana menjumpai rangka manusia zaman batu dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah turut bangga kerana kita telah menjumpai rangka lelaki dan memberi nama sebagai “Perak Man”. Perak Man ini berusia kira-kira 10,000 sebelum masihi dan dijumpai di Gua Gunung Runtuh. Perak Man adalah rangka manusia paling tertua dan lengkap di Selatan Timur Asia.

Warisan-Arkeologi-Lenggong-Perak-Man-3

Celebrating-1Malaysia-Truly-Asia-1

Celebrating-1Malaysia-Truly-Asia-2

Hari terakhir kami ke Ayam Penyet Mydin Meru Jaya untuk makan tengahari. Selepas selasai, bertolak ke Muzium Lama Gopeng. Muzium Lama Gopeng ini banyak warisan barang-barang antik seperti kamera, ubat gigi zaman dulu, perabot lama, kipas lama dan banyak lagi. Selepas itu, kami ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta di Kampar,banyak ilmu ruby timba tentang sejarah bijih timah.

Celebrating-1Malaysia-Truly-Asia-3

Bijih Timah Di Negeri Perak

Lawatan kali ini cukup bermakna buat Ruby, berada di kampung halaman sendiri belajar susur galur kehidupan kita. Ia sememangnya pengalaman yang tidak ternilai.

Untuk lebih informasi mengenai tempat-tempat menarik di Negeri Perak, anda boleh hubungi Gaya Travel Magazine.

www.facebook.com/gayatravel

www.gayatravel.com.my

#C1MTA #GayaTravel

xoxo!

sign5

5 comments on “Celebrating 1Malaysia Truly Asia Di Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge