F&N NutriSoy with Calcium

Apa yang anda inginkan dalam setiap gelas? Adakah gabungan khasiat protein, serat, kalsium, vitamin, mineral, asid lemak yang diperlukan, serta dapat merendahkan kolestrol dan bahan anti oksida? Kini kesemua khasiat tersebut oleh anda dapatkan dalam Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan tambahan kalsium, serta rasa yang lebih lazat.  F&N NutriSoy with Calcium adalah minuman yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan susu dari sayuran. Jika anda tidak minum susu lembu atau kambing, F&N NutriSoy with Calcium adalah alternatif yang terbaik!

Dengan mengekalkan keenakan asli susu kacang soya,  F&N NutriSoy yang baru dilancarkan ini ditambahbaik dengan sembilan kali lebih kalsium berbanding susu kacang soya biasa. Minuman ini juga diperkaya dengan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan menjamin kesihatan dan menambah kekuatan tulang. Protein soya turut membantu membina dan menggalakkan pertumbuhan tisu. 

“Susu kacang soya bukan sekadar minuman enak yang diminum bersama makanan atau untuk dinikmati pada waktu santai. Setiap gelas susu kacang soya yang diminum boleh menjadi asas kesihatan kita. Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium yang baru ini memberi anda rasa yang enak,  serta ditambah kalsium,  Vitamin D, dan nutrisi lain yang memberi tenaga agar anda berupaya untuk melakukan segalanya dengan hebat. Memang menakjubkan bagaimana kacang soya yang kecil ini boleh mempunyai begitu pelbagai kebaikan. Oleh itu, kacang soya telah menjadi sumber penting nutrien sejak seabad yang lalu. Melalui hasil tanaman dan penyelidikan turun-temurun, hari ini kita dapat menikmati sepenuhnya faedah tanaman yang berkhasiat ini. Untuk menghayati kebaikan kacang soya, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium ini dihasilkan daripada kacang soya bukan GMO (kacang tanpa diubahsuai secara genetik).  Ini membolehkan kami menghasilkan dan mengekalkan kesegaran serta rasa asli minuman kacang soya. Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium yang baharu ini ialah hasil daripada usaha berterusan kami. Minuman ini tidak mengandungi kolesterol dan laktosa serta kurang manis, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin menikmati gaya hidup yang sihat untuk diri sendiri dan orang tersayang ” kata Jenny Wong, Ketua Pembangunan Jenama Serantau (Minuman).

Selain daripada rasa yang enak, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy juga tidak mengandungi laktosa. Jadi ia merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan susu lembu, yang diketahui ramai mengandungi laktosa tinggi, dan kurang sesuai untuk kebanyakan orang. 90 peratus orang Asia adalah laktosa intoleran (ketidakmampuan tubuh untuk mencerna susu kerana kekurangan enzim laktase). 

Maka tidak hairanlah pihak Food and Drug Association (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan protein soya sebanyak 25g dalam hidangan harian kita boleh mengurangkan kolesterol serta risiko penyakit jantung.

Kacang soya berasal daripada Benua Asia, di mana ia mula ditanam seawal 11 B.C. di negara China, diikuti dengan Jepun, India dan Asia Tenggara pada kurun ketujuh. Selepas itu ia mula ditemui di Eropah dan semakin banyak didapati menjelang kurun ke18. Namun, hanya pada kurun ke-20 barulah khasiat kacang soya diketahui dan dihargai oleh penduduk Amerika.

F&N begitu komited memastikan usaha berterusan dalam menghasilkan minuman soya tinggi khasiat ini yang akan membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih gembira dan sihat.

F&N NutriSoy with Calcium

Secara ringkasnya, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium dilengkapi dengan sembilan kebaikan utama untuk anda dan keluarga. Antaranya:

  • memiliki sembilan kali lebih kalsium berbanding susu soya biasa1
  • mengandungi Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik.
  • membantu mengurangkan kolesterol.
  • rendah lemak.
  • sumber protein yang mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan
  • makanan tanpa laktosa.
  • diperbuat daripada kacang soya bukan GMO (tanpa diubahsuai secara genetik)
  • tiada pengawet, pewarna dan perisa tambahan.
  • kurang manis dengan 25% kandungan gula lebih rendah berbanding susu kacang soya biasa.

Dengan pek yang sedia diminum dan senang disejukkan, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium membolehkan warga Malaysia menikmati minuman yang menyegarkan pada bila-bila masa.

Photo 6 - F&N NutriSoy Soya Milk with Calcium_Pack Shot

F&N NutriSoy with Calcium (1L)  – RM 3.40 

F&N NutriSoy with Calcium (250ml x 6 pek) – RM 6.99

Minumlah segelas bagi merasai keenakan dan kebaikan Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium. Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium kini didapati di semua kedai utama seluruh negara.

Selamat mencuba!

www.facebook.com/NutriSoy.MY

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “F&N NutriSoy with Calcium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.